"Anak sulung boleh nangis,tetapi tidak boleh lemah di depan adik adikmu. Bahkan ketika pengebumian ayah dan ibu pun kamu tidak boleh menitiskan air mata di depan adik adikmu kerana saat itu mereka hanya ada kamu yang menjadi sumber kekuatan mereka."

"Anak sulung itu harus jadi tiang keluarga, harus jadi hutan di mana semua haiwan berlindung di dalamnya."

"Harus jadi rumah tempat untuk berpulang, harus jadi guru kepada adik adiknya." ujar Jefri kepada Thaqif.

"Kamu juga harus pandai, tidak boleh bodoh agar boleh diteladani oleh adik adikmu. Kamu juga harus pandai berdikari agar nanti mampu mengurus adik adikmu kelak jika ayah dan ibu sudah pulang ke rumah baru kami." sang anak hanya menatap tepat ke arah ayahnya yang tersenyum hangat.

"Ingat, seorang panglima tidak akan sesekali membuka perisainya di depan askarnya walaupun ia terluka, kerana di belakangnya masih ramai yang berharap dan berlindung kepadanya."

"Berat. Tapi anak sulung itu hebat. Kamu hebat. Ayah bangga denganmu..."

Kata kata sang ayah terngiang ngiang di telinganya. Thaqif semakin terisak apabila mengingat pesan pesan ayahnya kepadanya.

Jika saja saat itu dia berani melawan dan mengambil Haikal dari Johan pasti adiknya masih ada di sini, di sisinya.

Jika saja....

"Maaf ayah, panglimamu ini bahkan gagal menjaga salah satu harta berharga yang ayah dan ibu tinggalkan. Thaqif gagal ayah ibu... hiks" ucapnya sambil menekukkan mukanya di lutut.

"Apa kerana Thaqif hanya diam dan menangis membiarkan adik diculik dan dibawa pergi hingga membuatkan ayah dan ibu mengambil adik pulang bersama ke rumah baru?Kerana Thaqif tidak pandai menjaga adik?"

"Abang mohon. Jangan mengambil Mikaeel pergi seperti ayah dan ibu mengambil Haikal pergi bersama... hiks" katanya sambil terisak pelan.

"Hanya dia yang abang punya..." lirihnya sebelum jatuh tertidur.

Mikaeel menutup pintu biliknya dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mikaeel menutup pintu biliknya dengan perlahan. Raut muka yang sedih ia tampakkan. Bagaimanapun, antara dia dengan Thaqif, dia lah yang paling rapat dengan Haikal mengingatkan ia yang menyamar menjadi pelajar sekolah dan menjadi sahabat adiknya.
Petang tadi Daniel juga datang ke pemakaman Haikal. Ia yang baru saja tiba dari China terus bergegas ke pemakaman Haikal. Anak itu pun sama saja dengan abangnya. Tatapan mereka yang  kosong, riak muka mereka yang datar. Namun ia tahu, Daniel juga sedang mencuba untuk kuat. Mereka bertiga sama, sama sama menghadapi perpisahan yang paling menyakitkan untuk kesekian kalinya.

Mikaeel mendudukkan diri di kerusi dan menatap cermin yang menampilkan dirinya sendiri. Dimeja itu terdapat kalendar dengan tarikh 6 yang sengaja ia bulati.

"Esok lusa rupanya, kenapa happy birthday kamu tahun ini harus jadi happy birthdid?" Mikaeel tersenyum palsu pada dirinya sendiri.

Dengan hati hati ia membuka laci meja tersebut. Menampakkan foto anak kecil dengan bingkai bercorak bunga matahari. Mikaeel mengusap foto itu lama, merasakan keheningan malam itu. Hanya ditemani suara cengkerik khas malam hari. Menambah mood dalam berlarut dalam di pusaran kesedihan. Air mata menitis dari mata seorang Ryan Mikaeel. Jujur saja ia cengeng, sedari tadi di perkuburan hanya dia saja yang menangis.

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Where stories live. Discover now