Cyberaya

473 31 28
                                    

Stesen Keretapi Pulau Rintis.

“Huhuhu! Aku akan rindu kan kau Boboiboy! Balik lah cepat sikit nanti huhuhu!”

Gopal sekuat-kuatnya dia memeluk Boboiboy. Kaki,tangan,rambut semua diusapnya.

“Aku pergi sana bercuti jelah! Bukan pindah sana!” jerit Boboiboy bila dah rasa rimas dengan pelukan Gopal.

“Kenapa kau tak nak ajak kitaorang? Kau boleh jaga diri ke kat sana?” Fang meletakkan tangannya di bahu Boboiboy.

“Kalau ada masalah,aku panggil lah korang. Jangan risau lah. Maaf lah. Tapi aku betul-betul nak sendiri. Kalau korang ikut,aku takut kalau korang ikut terlibat dengan masalah yang aku buat.”

“Haiya! Itupun mau takut ka? Kita susah sama-sama! Senang sama-sama!” dengan semangat nya Ying berkata.

Mereka mengangguk.

“Kau takkan buat masalah punya lah. Jangan risau. Tapi rajin-rajin lah call kitaorang ye. Sebab susah nak jalankan misi tanpa kau.”

Boboiboy senyum kecil. Rasa terharu bila ramai yang kisah pada dia. Penting jugak ya dia ni pada orang lain.

“Nah. Koko. Boleh lah kamu buat masa kamu cari bilik kat sana.” kata Tok Aba.

Sepaket serbuk koko Tok Aba dihulurkan ke tangan Boboiboy. Rambut nya yang beralaskan topi oren diusap perlahan.

“Berdikari dah ya cucu atuk ni. Balik cepat sikit. Atuk rindu nanti. Ochobot pun sama.”

“Hehe baik Tok!” Boboiboy tabik askar. Tok Aba ikut tabik askar juga.

“Eh Yaya. Kau tak bawak biskut kau ke?”

Senyap sepi terus suasana kat stesen tu dengar suara Gopal. Gopal sempat senyum hambar dekat Boboiboy.

BoBoiBoy telan air liur. Habis. Jantung berdegup laju.

“Tak. Bahan tak cukup. Kenapa? Kau nak ke? Hehe! Esok aku bawak! Aku janji!” Gopal pulak yang kecut perut.

“HAHAHA HIAS DENGAN COKLAT JUGAK YAYA! MESTI SEDAP!” jelingan tajam diberikan oleh Gopal.

Maaflah, Boboiboy takkan takut dengan jelingan siapa-siapa. Kecuali Tok Aba. Kalau Halilintar? Faham-faham lah.

“Okeylah! BoBoiBoy gerak dulu! Bye korang!”

“Bye!”

Akhirnya Boboiboy masuk ke dalam kereta api tersebut dan mula mencari tempat duduk yang jauh daripada orang. Yang kosong.

Lambaian terakhir Boboiboy beri sebelum keretapi itu mula bergerak menuju ke destinasi yang dituju.

Selepas kelibat semua kawan-kawan nya dan Tok Aba hilang dari pandangan. Dia kembali duduk ke posisi yang betul. Semasa melambai pada kawan-kawan nya,dia tersenyum lebar.

Tetapi sekarang automatik riak wajah nya bertukar serius. Suram saja pandangan nya sebaik melihat susuk seseorang yang amat dia kenali sedang duduk di hadapan nya sambil tersenyum.

“Kau nak pergi mana ni?”

Boboiboy tak membalas. Earphone dipakai dan kepala disandarkan ke kerusi. Dia berpeluk tubuh. Dan memejam matanya. Menghiraukan soalan susuk itu.

“Sombong betul. Aku tanya elok-elok kau balas macam tu je.”

Soalan itu tetap dipalau Boboiboy. Susuk itu menayangkan riak wajah yang bosan.

“Bosan lah kau ni!”

“Mata aku sakit tengok muka kau. Sebab tu aku pejam mata.Baik kau pergi kalau tak nak hilang muka.” nampak simple dan berbau gurauan,tetapi mampu membuatkan susuk itu tergamam.

NEW AGENT? Where stories live. Discover now