Bab 32 - Temptation

Start from the beginning
                                    

Setibanya di lokasi, Anis melangkah keluar dari kereta sambil melihat suasana di sekelilingnya. Dia hairan kerana mereka sekarang di tepi pantai, bukannya restoran atau kedai makan. Tiba-tiba Anis di sapa oleh seseorang dari belakang.

"Hai", tegur Datuk Din.

"Ohhh Datuk", terkejut saya. Anis yang terpesona dengan kecantikan pantai Pulau Pangkor, tidak menyedari kehadiran Datuk Din.

"Sorry Datuk. Cantik sangat view, sampai saya tak sedar Datuk", jelas Anis.

"Hahaha it's okay. Tapi betul. Memang view di sini sangat cantik", kata Datuk Din bersetuju dengan pendapat Anis.

"Malam tadi tak berapa jelas sebab gelap. Now in broad daylight, you can see clearly, the beauty of it", tambah Datuk Din lagi. Sengaja dia menyebut tentang malam tadi, mengingatkan Anis tentang kemesraan mereka bersama malam semalam. Nyata plan Datuk Din berjaya. Anis teringat kembali kemesraan mereka malam tadi. Dia menjadi malu dan tidak dapat memandang Datuk Din. Hanya tertunduk, merah padam mukanya. Datu Din tersenyum. Jeratnya mengena.

"Let's go and eat. Shall we?”, ajak Datuk Din. Anis mengangguk dan berjalan mengikuti Datuk Din. Tidak jauh, kelihatan sebuah meja yang diletakkan di bawah payung besar di kawasan pantai. Ada dua buah kerusi tersedia. Mereka melabuhkan punggung masing-masing. Cuaca agak panas tetapi angin pantai menyejukkan kembali keadaan.

"If you don't mind, i already ordered for us", kata Datuk Din.

"Ehh saya okay jer Datuk", jelas Anis.

Beberapa minit kemudian, makanan untuk mereka tiba. Sepanjang mereka menikmati hidangan,banyak yang dibicarakan. Datuk Din bertanya tentang latar belakang Anis. Cuba mengenalnya dengan lebih lanjut. Anis pula tidak keberatan menjawab. Baginya penting untuk menjaga hubungan baiknya bersama majikannya.

"Anis, come work for me. Full time", tiba-tiba soalan itu terbit dari mulut Datuk Din. Anis agak terkejut. Dia tidak menyangka Datuk Din akan menawarkannya pekerjaan. Bekerja dengan Datuk Din maksudnya mungkin sebagai model full time. Atau mungkin Datuk Din mahukannya sebgai setiausahanya yang baru, menggantikan Farah. Atau juga sebagai kerani di syarikatnya. Anis semakin keliru. Fikirannya berpusing-pusing sehinggakan dahinya berkerut.

"I'm sorry Anis. Buat awak rasa tak selesa dengan soalan tadi", kata Datuk Din memecahkan kesunyian. Anis tersedar. Dia tidak menjawab soalan Datuk Din tadi. Dia menyebabkan lelaki di hadapannya itu rasa bersalah.

"Ehhh minta maaf Datuk. Saya agak terkejut sahaja. Tak sangka pula Datuk Din nak offer saya kerja pada waktu sebegini", jelas Anis.

"Soalan itu datang secara tiba-tiba. So what is your answer?”, soal Datuk Din mengulangi soalannya.

"I'm sorry Datuk. Saya tak mencari full time career dalam modelling ni. Benda ini sekadar suka-suka sahaja. Harap Datuk tak kecil hati", balas Anis. Dia menganggap tawaran kerja Datuk adalah menjadi seorang full time model.

"Well, if you don't want to work for me as a model, then you just work at my office. Any position you want", tawar Datuk Din lagi.

"Terima kasih Datuk sebab offer saya kerja. Tapi saya rasa saya selesa dengan kerja saya sekarang", jawab Anis, menolak dengan baik.

"Okay. But if you ever changed your mind, just call me. Posisi apa sahaja yang awak nak. Gaji awak lebih tinggi dari apa yang awak dapat sekarang", terang Datuk Din lagi.

"Okay Datuk Din. Thank you again for the offer", kata Anis tersenyum. Dia gembira Datuk Din tidak mendesaknya. Sungguh sweet Datuk Din di fikirannya. Seorang yang gentleman. Berkenaan tawaran kerja tersebut, dia belum bersedia meninggalkan pekerjaannya. Meskipun gajinya bakal berlipat ganda, tetapi hatinya belum terbuka lagi. Pendek kata, dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Selesai menjamah, mereka bersiar-siar di tepi pantai. Ombak tenang membasahi kaki. Mereka berbual, bergurau-senda, jalan seiringan. Perlahan-lahan tangan mereka tersentuh. Daripada sentuhan tak sengaja, menjadi sengaja. Lama-kelamaan ia bersatu. Mereka berjalan berpimpin tangan. Seperti pasangan berbulan madu.

"I have a great time today, Anis", kata Datuk Din, memandang wajah Anis sambil tersenyum.

"Me too. Thanks Datuk", balas Anis, juga tersenyum.

"No problem. Anyway, kita datang sini untuk kerja. Awak tak lupa kan?”, soal Datuk Din dengan nada senda.

"Of course la tidak. So bila shoot? Di mana?”, soal Anis mahukan maklumat lanjut.

"Driver akan hantar awak balik dulu. Shoot this evening until night. Ada after party lepas itu. Farah akan inform you. Just be ready", terang Datuk Din. Anis mengangguk faham.

Tiba di kereta, Datuk Din membuka pintu untuk Anis. So gentlemen. Anis tersipu-sipu malu.

"So i'll meet you there. Jumpa kejap lagi", kata Datuk Din ringkas lalu menutup pintu kereta. Anis melambai melalui tingkap. Berdebar perasaannya. Apakah perasaan ini? Soalnya di dalam hati. Dia semakin keliru.

*********************************

Datuk Din tersenyum, memandang kereta yang berlalu pergi. Rancangannya bakal menjadi kenyataan.



*Cerita akan ditangguh sepanjang bulan puasa. Terima kasih atas sokongan.

Bersambung...

Awek Seksi BertudungWhere stories live. Discover now