Bab 21 - Hijab Yang Terlerai

19K 58 9
                                    

Aku mengambil Anis pagi itu untuk menikmati sarapan di kedai berdekatan. Dia memakai gaun labuh bersama cardigan berlengan panjang. Tudung pula jenis bawal yang dilipat ke belakang. Kasut pula heels 5 inci kerana dia tahu aku suka begitu.

Dalam perjalanan tanganku mula nakal, meraba-raba betis Anis dari luar gaunnya. Terasa lembut. Dia pula tidak membantah. Kami berbual kosong sehingga tiba di kedai. Ketika hendak keluar dari kereta, sempat aku meraba dan meramas bontotnya. Anis terkejut kegelian tetapi hanya tersenyum manja.

Ketika di kedai makan, kami duduk di kawasan yang jauh dari orang sambil menikmati hidangan.

"Abang bila nak masuk meminang sayang?”, soalnya tiba-tiba.

"Abang sedang usahakan. Kumpul duit semua. Sayang sabar ya", balasku.

"Cepat sikit tau. Sayang tak boleh hidup tanpa abang. I love you so much", ujar Anis. Meluahkan perasaannya. Aku memahaminya dan memegang tangannya.

"I love you too", balasku.

Selesai makan, aku membawanya meronda menaiki kereta. Kami berpegangan tangan. Akhirnya aku menghantarnya pulang ke rumah.

"Sayang tak nak ajak abang naik ke", soalku. Aku tersengih memandangnya.
Anis yang faham akan maksudku mencubit lenganku.

"Gatal", katanya.

Kami bersalaman dan dia mencium tanganku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus mencium mulutnya. Anis membalas ciumanku.

"Nanti abang datang lagi tau. Jumpa sayang di sini", kata Anis dengan nada sedih. Dia tahu ini hari terakhir aku bersamanya. Mungkin lambat lagi kami akan berjumpa selepas ini. Air mata mula membasahi pipi.

"Ya sayang. Nanti abang datang lagi", kataku sambil mengelap air matanya.

Anis membuka pintu, keluar dari kereta. Air matanya masih mengalir. Aku menurunkan cermin. Melambai ke arahnya.

"Bye sayang", ujarku. Anis melambai tangannya. Matanya masih berkaca. Aku meneruskan perjalanan.

Aku akan kembali sayang. Bersama rombongan meminang.

Aku janji.

***************************************

Beberapa hari berlanjutan selepas kali terakhir aku dan Anis bersua. Daripada beberapa hari menjadi beberapa bulan. Kami seperti biasa, chatting sentiasa. Apabila ada masa kami on the phone. Ada kalanya tapi jarang sekali, kami video call. Aku semakin sibuk dengan kerjaku. Mencari wang lebih untuk menikahi Anis. Menghalalkannya. Aku percaya dia memahami situasi aku sekarang.

Aku faham Anis kesunyian. Kebosanan. Sering dia membandingkan dirinya dengan housemate nya yang lain, Syaza, Fatin dan Ciklong. Menurut ceritanya, pernah dia terserempak Ciklong membawa boyfriend nya pulang ke rumah. Ketika itu Anis hanya berseluar pendek sahaja. Kelam-kabut dia mengambil kain menutup dirinya. Ciklong kemudian meminta maaf dan meminta Anis berjanji supaya tidak menceritakan hal ini kepada yang lain. Risau akan perkara ini diketahui oleh tuan rumah kerana membolehkan dirinya dihalau keluar serta merta. Anis memaafkan Ciklong dan bersetuju merahsiakan perkara ini daripada yang lain.

Photoshoot nya dengan Syaza juga berlangsung seperti biasa. Namun kini dia ditawarkan photoshoot secara solo, tanpa Syaza. Syaza memahami dan merestui Anis bergerak sendirian, tanpa bayangan dirinya. Dia yakin Anis mampu berdiri dengan kakinya sendiri, menerajui bidang peragaan. Tambahan pula, bayarannya semakin lumayan. Ada kalanya Anis menceritakan padaku dahulu sebelum sesi photoshoot bermula. Namun ada kalanya dia menceritakan selepas photoshoot berakhir. Aku mengerti dan tidak memarahinya. Bagiku Anis tahu menjaga dirinya sendiri dan tahu batasnya.

Awek Seksi BertudungWhere stories live. Discover now