"Zayden lower your voice. Ayahanda buat semua ni bersebab"

Zayden memandang bonda nya pula. Kenapa semua orang mendesak nya tanpa memberi tahu sebab kukuh

"Bonda akan buat majlis khas pada khamis ni. Pintu istana akan dibuka untuk seluruh rakyat Elgarien dan pada hari itu, ayahanda akan bagi pengumuman tentang kenaikkan takhta kamu dan tujuan bonda buat semua itu untuk kamu mencari bakal isteri."

Lagi sekali Zayden terkejut dengan kata kata bonda nya. apa semua ni? Fikir ini kisah dongeng Cinderella ke? 

Seorang pembantu istana yang tadi nya datang ingin meletakkan air menggigil berjalan di depan Zayden .

Baru sahaja dia meletakkan cawan kaca di atas meja..

PRANG!

"Zayden!"

Terkejut Tunku Zain dan Harline apabila Zayden menolak cawan kaca yang dipenuh air itu sehingga jatuh berderai ke bawah.

"Auch"

Pembantu istana itu terjatuh apabila kaki nya terkena sepihan kaca dan tangan nya terkena air panas.

"When I said no! that's my final answer. Jangan paksa Zayden"

Tunku Zain seperti mahu berdiri untuk memukul anak nya tapi di tahan Harline.

"Biarkan dia abang. Satu hari dia akan faham semua nya" Kata Harline di telinga Tunku Zain

Zayden memandang pembantu istana tersebut. Dia tergemam apabila melihat sepasang mata yang berwarna  hijau.

Zayden mengalihkan pandangan nya dari terus memandang mata gadis itu.

Gadis itu nampak muda. Mungkin anak pembantu istana di sini.

Tapi mata gadis itu benar benar memukau nya. Hanya 2% sahaja mata yang berwarna hijau di dalam dunia.

dan salah seorang dari 2%  ada di depan matanya sekarang.

"Come, let me help you"

"Tak apa Tunku. Patik boleh buat sen-"

Kata kata gadis itu terhenti apabila mendengar suara ibu nya.

"Ya Allah , Diana .. Kamu ni kenapa."

Tunku Zayden memberi ruang pada  Puan Dhiya untuk membantu anak nya.

Tunku Zayden menunduk, tangan nya mengutip kaca kaca yang pecah akibat diri nya.

"Eh Tunku, tak apa lah.. Biar kami saja bersihkan"

Tunku Zayden memandang Puan Dhiya. Dia tersenyum nipis "Tak apa  Mak cik.. Zayden boleh buat sendiri."

"Eh tak apa lah Tunku. Biar saya je yang-"

"Kalau mak cik nak buat. Biar saya yang tolong  pirana ni"

Diana terkejut apabila Zayden memandang nya. Dia membulat mata apabila Zayden memanggil nya pirana??

"Nama patik Diana. Diana Evelyn" Celah Diana berani

"Ha iyelah Diana ke pirana ke . Sama je" Kata Zayden selamba

Puan Dhiya mengangguk "Baiklah. Boleh saje"

Zayden tersenyum segaris. Dia pergi ke arah Diana yang masih duduk di lantai.

Baju nya dibuka dengan selamba di depan gadis itu sebelum baju itu di ikat pada kaki Diana yang berdarah.

"Arghh! Tunku! kenapa bukak baju!" Diana menutup mata nya.

Zayden menghiraukan kata kata Diana.

"Open your eyes pirana. Show your pretty eyes to me."

Diana membuka mata nya perlahan lahan. Jantung nya berdegup kencang apabila wajah Zayden betul betul dekat dengan nya.

"Dah siap. Tangan kau nanti pandai pandai lah. Sorry sebab buat kau jadi macam ni. Get well soon pirana."

Zayden tersenyum sedikit sebelum dia berjalan naik ke atas.

Tunku Zain dan Harline yang memandang semua nya tadi turut tersenyum.



Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now