𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|29

Start from the beginning
                                    

Kenal sangat dengan perangai Hely yang susah nak percaya orang ni.

"Kau tunggu jap Senah, aku nak cari video waktu kita akad nikah. Kau tunggu kejap !" Hely mencebik mendengar kata - kata Adrian.

"Ni ha, kau dengar la nama mamat mana yang tok kadi tu sebut." Hely menggulingkan bebola matanya. Dia mengambil telefon Adrian dan menonton video yang ditunjukkan oleh Adrian.

"Aku terima nikahnya Arabella Helicopter Zakaria binti Adrian Fathan dengan eh ?"

Terhambur tawa Hely mendengar ucapan Farhan itu. Dia mnnghelikopter kan aku ye ? Dah la sebut Zakaria, jantan mana pulak disebutnya lahai. Dengan binti nama dia lagi ! Haih tenat.

"Kau dah pahal gelak macam nak mampus ?" Soal Adrian kasar. Macam lah dia tak tahu yang Hely gelakkan dia sebab dia salah sebut. Dasar isteri derhaka ! Bangun dari koma je dah buat dosa.

"Apa nama panjang saya eh ? Saya lupa la wak, tolong sebut sikit nama panjang saya dengan binti." Adrian mendengus mendengar permintaan Hely. Penganjingan apakah ini ? Dengan mata kelip - kelip macam anjing minta penyepak, nasib tak jelis lidah je kalau tak memang aku terajang dia sampai ke Pluto.

"Arabella Hely Xandria binti Hery Zarith." Jawab Adrian sebal. Dia menjeling Hely sekilas.

"Lah kita ingat nama kita Arabella Helicopter Zakaria binti Adrian Fathan." Galak Hely mengusik Adrian yang sudah memasamkan muka itu.

"Sudah la kau, penat je aku jaga dua tahun. Macam ni kau buat kat aku ye ? Takpe takpe, aku merajuk dengan kau !" Tangan Adrian naik memeluk tubuh. Sampai hati dia buat kita ceni !

"Alolo siannya orang tua ni, cedih ye ? Cedih ?" Adrian menganggukkan kepala mendengar soalan Hely.

"Padan muka awak !" Adrian tercengang mendengar kata - kata Hely. Dia memandang Hely yang menjelirkan lidah ke arahnya. Wah ini sudah lebih !

"Kau ni memang la, aku sepak sepak kau ni sampai ke Pluto nyawa kau tau ?"

"Tak tau." Selamba sahaja jawapan Hely. Adrian menarik nafasnya sebelum menghembus semula, sabar Han sabar. Orang bangang memang macamni, kita sebagai orang handsome perlu bersabar.

"Assalamualaikum," Pandangan dikalihkan ke arah Rely dan keluarga kecilnya yang berada di hadapan pintu.

"Waalaikumussalam, hi kakak kembar saya. Eh ni Rina kan ?" Rely mengerutkan dahi bila mendengar nama yang disebut Hely sebelum menganggukkan kepala.

"Sejak bila kau panggil dia Rina ? Bukan selalu Arina ke ?" Soal Rely pula. Hely mengerutkan dahi.

"Dah nama dia Rina je, kan nama dia Rina Zayira Xandria ?" Berkerut dahi Rely, Adrian dan Zain mendengar nama itu. Rely dan Zain memandang sesama sendiri.

"Nama dia Arina Zenlira Xandria, sejak bila pula jadi Rina Zayira Xandria ?" Hely mengerutkan dahi, hairan. Tiba - tiba dia tersedar sesuatu.

"Ouh nevermind, aku rasa sebab mimpi aku waktu koma." Jawab Hely selamba. Lambat - lambat mereka menganggukkan kepala sebelum sekali lagi Hely bersuara.

"Ouh by the way Rely, mana nenek ? Tadi aku jumpa arwah ummi, abi, adik, abang, atuk dan nenek." Kejung tubuh Rely mendengar soalan Hely.

"Nenek...nenek dah meninggal lima bulan yang lepas.." Terhenti gerakan Hely mendengar kata - kata Rely sebelum dia ketawa yang jelas dibuat - buat.

"Maaflah tapi lawak kau sumpah hambar, dah la hambar, tak lawak langsung pula tu. Kau kalau nak main - main tolong jangan pasal ni." Rely menggelengkan kepalanya. Dia menunduk dengan mata yang berkaca.

Hely terkaku disitu, jadi ini maksud nenek dengan 'baliklah dan kamu akan ketahui jawapannya' ?

Dia menunduk menggenggam tangannya membentuk penumbuk. Nenek yang menjaganya dari kecil mati dan dia tak sempat melihat arwah untuk kali terakhir.

Adrian mengusap lembut belakang badan Hely. Tahu yang Hely masih lagi cuba menerima hakikat bahawa nenek kesayangannya sudah pun pergi ke tempat yang lebih baik. Tempat dimana semua manusia akan pergi di pengakhiran hidup mereka, kubur.

 Tempat dimana semua manusia akan pergi di pengakhiran hidup mereka, kubur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now