42 || ERDEN'S ✧.*

Začít od začátku
                                    

Carl menolak tubuh isterinya. Kini gilirannya pula menarik kuat rambut Irene.

"Penting. Kerja aku lagi penting dari perempuan macam kau. Kalau aku tak kerja, aku tak ada duit. Kau juga nak duit aku kan? Kalau aku tak kahwin dengan kau, aku tak perlulah buat kerja ni semua!" Carl menampar wajah isterinya kuat. Pantas tangan Irene naik menyentuh pipinya yang baru saja ditampar oleh Carl.

"Sampai hati you naik tangan pada I sebab kerja you tu! I ni isteri you tau!" Irene merenung tajam wajah Carl. Merah pipinya tatkala ditampar Carl.

"Kau tak habis-habis dengan status isteri kau tu. Kau ingat isteri ni penting ke untuk aku? Aku tak perlukan kau pun. Berhenti ingatkan aku pasal status kau. Aku tak nak dengar pun. Lebih baik aku tak ada isteri daripada aku ada isteri macam kau. Perempuan sundal!"

Terkejut Irene apabila mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut suaminya. Membulat matanya.

"Sundal? You cakap I sundal? You siapa nak cakap I macam tu?!" Irene memukul kuat dada Carl. Namun Carl hanya diam. Sedikitpun dia tidak naik tangan kepada Irene.

"Aku lelaki yang boleh jadikan kau janda bila-bila masa je.. Kau nak ke?" Soal Carl sinis. Dia menolak tangan Irene jauh daripada tubuhnya.

"YOU!"

"Tapi itulah.. Kalau kau janda, takut tak ada orang nak.. Siapa je nak perempuan macam kau ni?"

Carl terus bangkit dari duduknya. Dia menjeling isterinya sebelum dia membuka langkah mahu meninggalkan Irene sendiri.

"Pelacur.." Ujar Carl perlahan sebelum dia keluar dari bilik itu. Irene hanya merenung tajam Carl yang berjalan meninggalkannya.

 Irene hanya merenung tajam Carl yang berjalan meninggalkannya

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

CARL menendang pintu rumah agam abangnya. Mereka yang sedang menonton drama di ruang tamu itu tersentak apabila mendengar pintu rumah tiba-tiba ditendang dari luar. Laju kepala mereka menoleh.

"Kau ni tak belajar adab ke masa sekolah?" Stephen menggeleng kepalanya. Carl turut membalas jelingan Stephen dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Cadee.

Cadee memandang adiknya yang tiba-tiba muncul di rumahnya. Dia memandang adiknya dari atas hingga ke bawah.

"Kau kenapa ni? Mimpi apa tiba-tiba balik sini? Kau tinggalkan isteri kau sorang-sorang ke dekat rumah?" Soal Cadee hairan. Biasanya orang yang dah berkahwin ni kalau tiba-tiba lari rumah mesti ada masalah rumahtangga.

"Diam." Tegas Carl sebelum dia menutup matanya. Dia malas mahu mendengar bebelan abangnya, jadi lebih baik dia menutup mulut daripada memberitahu kepada Cadee.

Cadee hanya akur. Dia kembali memandang kaca televisyen itu. Dia membiarkan adiknya yang mahu menenangkan diri. Dia malas mahu mengganggu, risau nanti dia pula yang kena tendang.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Kde žijí příběhy. Začni objevovat