kes

6 2 0
                                    

"Nah."

Ketua Haikal memberi kes baharu kepadanya dengan meletakkan kertas berhelai-helai yang diklip bersama di atas meja Haikal.

"Ush! Ni macam kes besar ni."

"Tak besar mana pun, cuma dah lama jadi"

Haikal mula membelek-belek kertas tersebut. Dia baru perasan yang kes itu berkaitan dengan kes dadah di kelab malam tempat Dhia pernah bekerja. 'Dhia kerja situ lagi ke?'

Haikal bergerak ke tempat kerja rakannya untuk membincangkan tentang kes tersebut.

"Zam, bila nak start ronda ni?"

"Malam ni boleh start kot."

"Susah jugak kerja detektif ni kan?"

"Nak buat macam mana? Dah takdir."

...

Apabila malam menjelma, Haikal dan rakan baiknya merangkap teman serumah memulakan misi rondaan.

Malangnya, kelab yang mempunyai unsur pengedaran dadah itu tutup pada malam itu.

"Takpalah, hari lain pun boleh ronda. Kita bukannya ada benda nak buat pun. Kan zamarul? Ke kau nak dating dengan awek?"

"Eh kau ni! Ke situ pulak. Aku pun free je la."

"Haa elok la macam tu. Minggu depan kita datang lagi."

Setelah selesai rondaan dan pemerhatian, mereka bergerak pulang, tak mahu berlama-lama. Takut ada jumpscare pulak, dah la gelap.

Secara tidak sengaja, Haikal terpandang kelibat seorang wanita berbaju blaus warna kuning air berjalan seorang diri ke arah mereka.

Setelah diperhati, Haikal seperti kenal akan wanita tersebut. Cuma yang lainnya, dia dah memakai tudung!

"Dhia?"

"Eh, awak ni sapa? Macam mana tau nama saya?"

"Lah tak kenal ke? Dua kali saya tangkap awak dekat kelab."

"Takkan semua orang kau tangkap, kau cam muka?"

"Haihh. Tak ingat lagi? Awak pernah marah saya dekat kafe, padahal awak yang tumpahkan air dekat kot saya."

"Ohh, sorry la. Short term memory, plus saya tak cepat cam muka orang. By the way, nama kau apa?"

"Haikal. Iman Haikal. Nama penuh awak?"

"Saya Dhia Khalisya."

"Oh. Bai Dhia Khalisya! Nanti jumpa lagi!" Jerit Haikal sambil berjalan menuju ke keretanya. Lama dah agaknya Zamarul menunggu.

Dhia pun berlalu tanpa membalas lambaian tangan Haikal. 'Sapa nak jumpa dia lagi? Aku rasa mamat ni la yang suka ambek kesempatan dekat aku tu.'

Setelah sampai di rumah, tanpa sedar, Haikal dan Dhia melakukan perkara yang sama dalam waktu yang sama.

Setelah mandi, mereka menjamah sedikit makanan dan air. Kemudian terus tidur tak ingat dunia.


BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now