𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|11

Începe de la început
                                    

          "DAPATKAN dia dengan apa cara sekalipun. Itu aje arahan aku tapi kenapa susah sangat kau nak buat ? Aku suruh bawa dia kepada aku, tak kisah sama ada dia tercedara atau tidak cuma jangan mati. Susah sangat ke ha ?" Kuat suara itu bergema di pelusuk ruangan itu.

Nazmi dan Izara tertunduk ke bawah akibat jerkahan yang dilakukan oleh bos mereka itu.

"Ka-kami akan cuba, jangan risau. Kami akan pastikan bos dapat dia." Tergagap gagap Nazmi menjawab.

"One week. Kalau kau tak dapatkan dia jugak, tahulah apa yang aku nak buat dengan bangkai murahan macam korang ni. Now get your ass out from my room." Sejurus sahaja itu, pantas mereka keluar dari bilik yang diduduki oleh bos mereka.

Izara dan Nazmi menghela nafas. Peluh dikesat, entah kenapa mereka takut dengan lelaki itu.

"Look at your stupid ex-husband. Dia arah arahkan kita macam kita ni kuli dia." Kutuk Nazmi. Izara berdecit.

"Dia berharta boleh lah, kalau miskin macam abang ni apa je yang boleh buat ?" Herdik Izara pula.

"Shut the fuck up Izara or else I'll kill you." Namun ugutan itu jelas tidak memberi kesan kepada Izara. Jika mahu dibandingkan Nazmi dan bekas suaminya, sudah tentu dia akan lebih memilih bekas suaminya.

Sudahlah kaya, punya rupa, punya pangkat dan segalanya, satu kata sempurna. Mahu dibanding dengan Nazmi yang sememangnya bertentangan ini ?

Huh, sudah pasti Nazmi akan kalah. Entah kenapa dia bodoh memilih Nazmi dan hidup susah seperti ini padahal hidupnya sewaktu di dalam tawanan bekas suaminya lebih...sempurna.

"Teruk sangat ke abang ni sampai Izara tak berhenti lempar pandangan sinis lepastu pandang bekas suami Izara tu ?" Sampuk Nazmi menyentakkan lamunan Izara.

"For real, yes." Cukup setakat itu, Izara pantas beredar dari tempat itu. Nazmi mengeluh sebentar sebelum turut mengekor Izara.

Adrian yang memerhati gelagat pasangan itu melepaskan tawa sinis dengan kepala yang digelengkan beberapa kali.

"Heh bodoh rupanya." Gumamnya perlahan sebelum turut beredar. Batang lolipop nya tadi dicampak sahaja disitu.

Bukan ada tong sampah pun dekat sini. Tak jaga kebersihan langsung.

          "HUWAA bye nek bye Linda, nanti jangan lupakan Ria tau tau tau ?" Nek Yah memicit pelipis apabila Hely terus mengulang kata - kata yang sama untuk kali ke 57 manakala Linda sekadar menganggukkan kepalanya.

Pasrah apabila Hely masih memeluknya. Rely yang melihat tindakan adiknya itu pantas menarik Hely menjauh dari Linda.

"Woi apa benda ni Jamilah ?" Marah Hely, mahu saja dia menyerang Rely namun dihalang oleh Arfan.

"Dah la tu sayang, biarlah Rely pulak yang salam dengan nenek. Awak tu dah berafus kali salam dengan nenek pastu ulang yang sama, bila kitorang pulak nak salam ?" Lembut sahaja suara Arfan menegur.

Hely mencebik apabila ditegur. Dia menarik tangannya yang berada didalam genggaman Arfan sebelum memeluk tubuh dan menjauhkan diri. Merajuk !

Arfan mengeluh. Nek Yah yang melihat itu bingkas memanggil Arfan mendekatinya. Akur, Arfan terus membuka langkah mendekati Nek Yah.

Nek Yah menghulurkan tangannya. Arfan yang faham akan maksud Nek Yah menyambut huluran itu sebelum disalam.

"Ria tu memang macam tu, suka merajuk. Tapi kadang - kadang dia bukan merajuk sangat pun. Dia nak orang layan dia aje. Kau layankan jelah dia ni ye ?" Pesan Nek Yah, Arfan sekadar mengangguk.

"Nah ni bekal, Hely kau jangan mengada sangat aku siku kau karang nak ?" Hely menjuihkan bibir mendengar ucapan kakaknya. Dia mengambil bekal yang disediakan oleh Rely itu.

"Kau tak letak racun kan ?" Rely pantas menjeling Hely apabila mendengar pertanyaan selanmba itu.

Bodoh perempuan ni memang tak boleh dibawa bincang. Aku letak racun bebetul karang menggelupur dia.

"Eh aku letak racun setan tadi dalam tu, makan lah semoga cepat mampus." Hambur Rely jengkel.

Pak !

"Aduh nek, apa ni ?" Soal Rely apabila tangan Nek Yah naik memukul bahunya.

"Apa kau doa macam tu ? Tak baik tau ? Setiap ucapan kita tu satu doa dan doa tu akan berbalik pada kita semula. Nak ke adik kau tu cepat mati ?" Soal Nek Yah garang.

Hely tersenyum kepuasan apabila Nek Yah menyebelahinya. Rely mencebik.

"Gurau aje, dia tu yang soal macam - macam." Kata Rely pula. Nek Yah mengeluh.

"Engkau ni pun Ria, apa tanya soalan dekat akak kau macam tu ? Kalau akak kau terasa macam mana ?" Hely mencebik, pantas dia menjeling Rely yang menayangkan senyumam kemenangan.

Baru adil, aku kena marah kau pun kena.

"Dah pergi cepat, kesian laki kau tunggu kau lama - lama." Hely menganggukkan kepala. Kakinya mula melangkah ke arah kereta.

"Bye semua, nanti Ria balik tau ? Jangan rindu Ria, tata." Mereka membalas lambaian Hely.

Setelah kereta yang dipandu Arfan itu keluar dari perkarangan rumah Hely duduk semula.

Dia mengangkat kaki dan duduk bersila di atas kerusi itu sambil memandang ke arah Arfan.

"Abang." Terjungkit kening Arfan mendengar panggilan Hely itu. Aik ? Tak merajuk dah ?

"Yes darling, anything ?" Hely yang mendengar panggilan Arfan itu terus tersenyum lebar.

Ehek suami kita panggil kita darling, awak ada ? Takde, awak kan single hoho.

"I love you." Pantas Hely menekup mulutnya apabila menyedari dia tersilap kata. Alamak, apa yang aku sebut tu Jamal ?

Tersentak Arfan mendengar pernyataan yang dikeluarkan Hey tadi. Dia memandang Hely yang malu sendiri itu sebelum menjawab,

"Love you too cinta." Memerah wajah Hely mendengar balasan Arfan itu. Aaa nenek tolong ! Ria tersedak oksigen !

"Apa muka merah tu ?" Soal Arfan sengaja ingin mengusik. Baru sahaja dia ingin menekan break, keretanya dilanggar dari belakang.

Rempuhan itu menyebabkan kereta mereka bergerak kedepan dan...

Bush !

Ye part ni tak pernah ada, saya tambah sebab nanti orang susah nak faham jalan cerita

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Ye part ni tak pernah ada, saya tambah sebab nanti orang susah nak faham jalan cerita.

𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum