⌗ ; 09

45 11 48
                                    

author's

"Juyeon, Hyunjae!"

"Kita sekarang ni berlatih sebagai kumpulan bukannya lawan." Cikgu Hyunjin bercekak pinggang dihadapan dua manusia itu. Juyeon dan Hyunjae memandang antara satu sama lain dengan pandangan tidak puas hati.

"Lepaskan bola itu." Arah Cikgu Hyunjin. Kedua mereka masih memegang erat bola keranjang itu.

"Kau lepaslah!" Hyunjae cuba merampas bola itu.

"Kaulah lepas!"

"Kenapa aku pulak aku dapat bola ni dulu!"

"Aku dapat dulu!"

"Juyeon! Hyunjae!" Mereka berdua masih tidak melepaskan bola itu. Malah makin kuatkan pegangangan pada bola itu.

"Haih, korang ni. Tak fahamlah cikgu." Cikgu Hyunjin mengeluh perlahan. Dah dua hari latihan tak berjalan lancar disebabkan dua manusia ni. Sedikit pun tak ada rasa nak mengalah, malah makin menyusahkan semua orang.

"Cikgu kira sampai tiga, kalau kamu berdua tak nak lepas bola tu cikgu denda." Cikgu Hyunjin memberi kata putus.

"Satu."

"Dua."

"Tiga."

ᵕ̈⚝♡

"Sebab kau la aku kena berdiri kat luar ni!" Juyeon menjeling Hyunjae. Kaki dengan tangannya dah lenguh. Tak cukup dengan berdiri kat luar, dapat pula package kena angkat kerusi kayu atas kepala.

"Kau yang taknak lepas bola tu!" Hyunjae menolak bahu Juyeon dengan sikunya. Hampir-hampir sahaja Juyeon hilang keseimbangan badannya, namun dia cepat-cepat berdiri tegak.

Kalau jatuh tadi, boleh dapat gelaran nangka busuk.

"Kau yang taknak lepas bola tu dulu!" Balas Juyeon. Tak cukup dengan hampir-hampir jatuh, boleh pula dia sambung bertekak dengan Hyunjae.

"Kau! Kau!"

"kaulah!"

"Kau!"

"Juyeon! Hyunjae! Sila diam!" Cikgu Hyunjin mengeluh. Entah bilalah dua manusia itu boleh berkerjasama macam orang lain.

ᵕ̈⚝♡

"Okay rehat sepuluh minit!" Cikgu Hyunjin meniup wiselnya. Mereka semua terus berlari menuju ke tempat duduk yang disediakan.

"Yay rehatt!" Younghoon hanya menggelengkan kepala melihat telatah Jungwon itu.

"Younghoon." Seseorang menyentuh bahu Younghoon dari belakang. Tanpa berkata apa-apa Younghoon terus menoleh kebelakang.

"Apa?" Soal Younghoon pada Eric. Eric tersengih kecil. "Aku nak tanya kau something."

"Apa?" Eric terus menarik tangan Younghoon supaya menjauhi manusia-manusia lain yang sedang merehatkan diri ditepi gelanggang itu.

"Kau dah lama ke kenal Hyunjae?" Soal Eric sebaik sahaja mereka berdua duduk bersila diatas lantai itu.

"2 tahun." Balas Younghoon sambil memandang Eric. Dia agak pelik dengan perangai Eric, tapi masih menjawab soalan manusia itu.

squad warWhere stories live. Discover now