Dylan Mikhael 11.

207 16 1
                                    

"Dah pergi masuk rumah cepat Dan kau tolong bawakan pakaian ni sekali" arah Dylan

"Tapi baju baju ni berat..banyak pula tu" jawap aku penat dahla sakit hati lepastu diperbuat seperti maid dia!

"Banyak cakaplah kau ni CEPATLAH!" Jerkahnya aku hanya patuh. Kenapa?

tutt..
tutt..
tutt..

Ya itu dia mesti girlfriend dia siap senyum senyum lagi tengok skrin phone aku disini hanya membantu

"Aahh ye Sayang ? Kejap kejap I nak gerak dah" kata Dylan dengan skrin phone yang melekap ditelinga nya itu. Langkah dituju ke pintu lalu keluar dari rumah ini meninggalkan aku bersendirian.

Melihat saja Dylan keluar Dari rumah aku terus naik ke bilik. Pintu dihempas kuat lalu aku menangis sehabis habisnya hanya katil saja yang tahu bertapa banyaknyaa air mata ku saat ini

.
.
.

"serious lah kau buat dia' sampai macam tu sekali?" Dylan hanya tergelak besar suka betul dia melihat reaksi Fara saat dia mengatakan yang dia akan berkahwin dengan yang lain. Gurau jela Sayang!

"AHAHA ye. Aku perasan saja dia nak menangis tapi dia tahan..ni mesti aku tak ada kat rumah dia menangis" kata Dylan suka

"Dahlah lepasni aku call kau jangan nak bersayang sayang dengan aku geli kau tahu?!" Kata Arfan ingin saja dia memberi sedas tumbukan pada muka Dylan

Dylan tergelak halus lalu menggelengkan kepala nya

"Kenapa ?? Dulu bukan kau suka ke ? Bukan ke kau layan ?" Kata Dylan lalu mengangkat sebelah keningnya

"Kau fikir aku kunyit ke sia ? Dulu aku layan sebab aku kesiankan kau lonely je sekarang aku dah tak boleh layan nanti someone mayah tite" kata Arfan lalu tersenyum sendirian

"Siapa?" Soal Dylan ingin tahu

"Ada lah! Nanti kau tahu lah" balas Arfan

"Yelah by the way boleh kau bagi aku tutorial nak pujuk perempuan tak ? Fara mesti marahkan aku kat rumah tu" kata Dylan dia berharap bahawa temannya dapat menolongnya

"Wow bro tu kau selesaikan sendiri rumah tangga sendiri kann?" Kata Arfan

"Kepala tempurung kau kami belum kahwin lah!" Kata Dylan lalu menepuk kepala Arfan sedikit kuat

"AHAHA ada ada je kau..by the way kau dah berubah." Kata Arfan tiba tiba

"Berubah ? Berubah apa ??" Soal Dylan lalu memandang Arfan serious

"Kau lah tak macam dulu.. dulu aku nak cakap dengan kau pun risau yelah kau kan kadang betul kadang tak. Tapi sekarang kau dah nampak normal" kata Arfan

"Kau nak cakap aku gila kah?" Tanya Dylan lagi lalu mencerlung Arfan tajam

"Tak dulu kau kan-"

"Psycho?" Potong Dylan lalu bangun Dari duduknya

"Kau nak pergi mana?" Tanya Arfan memandang pelik kearah Dylan tiba tiba je bangun. Nak bunuh aku ke? Memang betul lah dia tu psycho tanak ngaku!

"Nak balik. Aku nak bawa Fara balik kerumah dia kau la ni! Ajak aku keluar sampai aku lupa yang Fara ada minta dengan aku yang dia nak ke rumah dia" kata Dylan yang menyalahkan Arfan padahal dia yang lupa!

"Eh aku pula macam lah aku tahu yang si perempuan tu nak balik rumah dia" kata Arfan yang turut bangun Dari duduknya

"Dia ada nama jangan kau sesekali panggil dia dengan panggilan perempuan" amaran Dari Dylan lalu membetulkan jam tangannya

"Whatever bye bro" kata Arfan lalu meninggalkan Dylan. Dylan hanya menggelengkan kepala nya mentang mentang dah ada someone cepat aje dia nak balik!

Dylan pergi kearah keretanya yang elok terparking ditempat parking kereta lalu dia menolak tubuhnya untuk masuk kedalam perut kereta. Kereta milik Dylan memecut laju untuk pulang kerumah

Sambil membawa kereta kepala otak Dylan ligat berfikir macam mana nak pujuk Fara. Ahh pandai pandai kau lah!

.
.
.

Kereta dihentikan dihadapan rumah tubuh Sasa nya dikeluarkan Dari perut kereta. Pintu rumah dikuak luas namun susuk tubuh badan Fara tidak kelihatan. Ni mesti dalam bilik!

Kaki melangkah naik keatas kerana bilik Fara berada diatas pintu diketuk perlahan namun tiada sebarang respon Dylan mula panik namun dia tetap bersabar. Tidur mungkin. Mungkin? Masih tiada respon Dari Fara untuk membuka pintu

Dylan mula berdengus geram lalu menendang pintu itu kuat. Boom!!

Terbuka saja pintu bilik itu Dylan terus menerjah masuk lalu dapat dilihat susuk tubuh badan seseorang yang dia cinta terbaring diatas katil. Lahh tidur rupanya. Tido mati ke apa ? Aku pecahkan pintu pun tak dengar

Kaki melangkah kearah katil dimana tubuh Fara elok terbaring disitu. Dapat Dylan lihat ada sisa air mata ditubir mata Dan di pipi Fara. Dylan tersenyum nipis tak boleh dia lihat kalau wanita ini menangis

Sisa air mata itu dikesat lembut "I'm sorry Sayang..nanti dah bangun kita pergi rumah awak ya ?" Kata Dylan perlahan tak mahu menganggu tidur Fara

Selimut ditarik lalu menutup tubuh Fara yang sedap tidur itu. Dylan mengangkat kakinya untuk tidur disofa bertentangan dengan katil dalam bilik itu. Wajah Fara dipandang Dari jauh lalu tak lama kemudian matanya mula berat Dan seorang yang bernama Dylan Mikhael mula hanyut dalam mimpi nya itu

Fara membuka matanya lalu bangun Dari baring nya. Sebenarnya dia tak tidur tapi dia berpura Pura tidur saat dia mendengar enjin kereta Dylan sudah sampai kerumah dia cepat cepat naik kebilik Dan buat buat tidur. Kaki mula melangkah kearah sofa dimana Dylan elok tidur dihadapan katil yang bertentangan dengannya. Rambut Dylan diusap lembut Dylan mula merengek kecil

"Saya maafkan awak. Saya percaya yang bukan niat awak nak buat dekat saya macamtu..sekarang awak tidurlahh berehatt ya Abang?" ucap Fara lalu melangkah keluar Dari bilik


Sweet But Psycho!Where stories live. Discover now