𝐅𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚|2

Start from the beginning
                                    

Dia menarik lembut pergelangan tangan Hely dan meninggalkan Arfan dan Marlin di luar.

Marlin menjeling abangnya yang sudah menuju ke keretanya. Terus langkahnya dibuka mendekati abangnya itu.

"Abang Ar nak Zy tolong apa - apa ?" Soal Marlin lembut. Sememangnya hanya dia yang rapat dengan abangnya yang satu ini.

Arfan tersenyum memandang adiknya. Dia mengusap rambut Marlin dan mencium ubun - ubun Mely.

"Zy pergi lah rehat, mesti Zy dah penat drive. Setakat beg ni, abang boleh angkat sendiri." Jawab Arfan lembut dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

"Hm okay, Zy naik dulu tau ? Bye abang sayang." Kata Marlin sambil melambai - lambai kan tangannya. Arfan tersenyum sendiri.

Rasa sebak mula hadir di dalam diri. Mengapa ibu bapanya tidak melayannya sepertimana Marlin melayannya ?

"Ish kau ni, dah la angkat beg beg ni." Kata Arfan sendiri. Terus dia mengeluarkan dua bagasi yang sudah tentu milik adiknya dan satu bagasi asing.

Mungkin mililk kawan adiknya. Terus dia membawa bagasi itu masuk ke dalam rumah. Sempat dia melihat ibunya yang sedang bergelak tawa bersama Hely.

Seketika senyuman tipis terlakar di bibirnya. Bagaimana gadis yang baru hadir itu dapat membuat ibunya ketawa sedangkan dia yang sudah bersama ibunya selama 28 tahun masih tidak mampu melakukan perkara yang sama ?

Air matanya perlahan - lahan jatuh ke bawah membentuk sungai yang jernih. Marlin yang menyedari akan kehadiran abangnya itu terus bergegas ke arah Arfan.

"Shh jangan menangis abang, nanti lagi teruk mama marah abang. Dah, Zy ada dengan abang kan ? Stop crying my handsome brother." Pujuk Marlin lembut, tangannya naik menyeka air mata Arfan.

Arfan tersenyum nipis. Hatinya terusik dengan pujukan Marlin. Andai ibunya melakukan perkara yang sama, perkara itu mungkin akan menjadi perkara terindah di hidupnya.

"Dah biar Zy angkat beg Zy. Abang angkat la yang kawan Zy." Kata Marlin, dia mencapai bagasi yang dipegang abangnya itu.

Arfan mengangguk. Dia terus keluar mengambil bagasi Hely dan membawanya ke bilik tetamu.

Hely yang menyedari akan Arfan yang menangis itu pantas memandang ke arah Puan Melissa.

"Puan.."

"Mama sayang, bukan puan." Tegur Puan Melissa lembut. Hely tersenyum mendengar teguran Puan Melissa itu.

Pasti wanita ini ialah ibu yang baik, Marlin dan abang - abangnya beruntung mendapat ibu sebaik Puan Melissa.

"Maksud Hely mama, erm yang tadi tu abang Marlin kan ?" Soal Hely lembut. Tiba - tiba sahaja dia berminat dengan abang Marlin yang satu itu.

"Haah, Marlin ada dua abang kembar. Yang tu abang kedua, Mike Arfan Zyker nama diberi." Kata Puan Melissa mengusik. Nama Marlin tiba - tiba sahaja digunakan padahal selama ini mereka sekeluarga memanggilnya Zy.

"Ouh kalau kembar dia nama apa ma ?" Soal Hely lagi. Puan Melissa tersenyum.

"Kalau kembar dia pula, namanya Mile Irfan Zyker." Kata Puan Melissa. Hely menganggukkan kepalanya.

"Hely pergi naik atas rehat dulu ye ? Nanti pukul 7 kita makan sama - sama." Kata Puan Melissa lembut. Hely menganggukkan kepalanya.

"Hely pergi dulu ma. Assalamualaikum." Puan Melissa terdiam mendengar ungkapan itu. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu.

"Wa...waalaikumussalam." ujarnya perlahan. Tiba - tiba sahaja dia dihurung rasa sebak.

"Ya allah." Ucapnya perlahan. Bayangan Hely sekali lagi bermain dimatanya. Wanita lemah lembut yang menutupi auratnya. Sedangkan dia ? Masih membuka aurat.

Terasa dirinya hina apabila menyebut semula nama tuhan yang telah lama dia lupakan. Kewajipannya kepada Yang Maha Esa juga telah lama ditinggalkan.

Dia lalai...dia tahu itu.

"Err abang Arfan, kiblat arah mana ye ?" Soal Hely kepada Arfan. Arfan memandang Hely yang memakai telekung itu.

Apa yang gadis dihadapannya pakai ? Kiblat ?

"Er kiblat tu apa ?" Soal Arfan dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan. Tak pernah dia mendengar perkataan itu.

Perkataan baru ke ?

Hely mengerutkan dahi. Aik takkan kiblat pun tak tahu ?

"Kiblat, tempat umat islam hadap sewaktu solat. Abang Arfan tak tahu ke ?" Soal Hely lagi dengan kerutan di dahi.

Dia tak pernah solat ke apa ?

"Ouh kiblat ahaha err cuba tanya Zy. Abang ada kerja sikit." Kata Arfan sebelum berjalan meninggalkan Hely yang masih terpinga - pinga itu.

"Eh Hely, kau buat apa tercegat kat sini ?" Soal Marlin, pelik melihat Hely yang memakai telekung itu.

"Kiblat arah mana ye ?" Soal Hely lagi. Marlin terdiam...dia mana tahu arah kiblat di rumah ini.

"Ouh Hely cari arah kiblat eh ? Mari ikut mama pergi bilik solat." Ajak Puan Melissa yang baru tiba. Hely mengangguk manakala Marlin mengerutkan dahi.

Sejak bila rumah ni ada bilik solat ?

Sejak bila rumah ni ada bilik solat ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐞𝐫 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐇𝐞𝐫𝐨 | 𝐂Where stories live. Discover now