Buah Hati Yang ke-1(b)

Start from the beginning
                                    

“Yoi, kalau hang tolong aku kali ni, sewa rumah hang, aku bayaq! Tiga bulan! Ha, tiga bulan sewa hang aku bayaq.” Tiba-tiba kedengaran suara Hud daripada luar pintu.

Ayoi terus terduduk semula.

Hud nak bayaq sewa rumah aku? Tiga bulan? Serius la...

*********

Teaser #2

“Pandai tengok jam ke tak? Dah pukul berapa ni? Awak janji pukul berapa? Ingat saya ni tak ada kerja lain ke tunggu awak macam orang bodoh sampai lima belas minit?”

Sumpah, seumur hidup Una, belum pernah ada lelaki yang memarahinya begini.

“Eh, sekejap! Awak sedang marah saya ke? Like, seriously? On your first meeting with a girl, awak sembur orang?”

Lelaki itu berdecit dan bercekak pinggang.

“Cik Erina, awak sedar tak awak lambat? Bukan lambat sikit-sikit tau! Lambat banyak! Itu namanya tak menghormati waktu. Takkan awak expect saya puji-puji awak pulak?” balasnya.

“Oh.my.God! This man... Unbelievable! You are sooo banned, bro! Memang langsung tak ada can lah! I won’t let…”

“Eh, eh, eh! Tak payah nak membebel, oh my God, oh my God, cakap omputih tergedik-gedik macam tu. Tak ada can, apa? Can nak couple dengan awak, ka? Memang dak lah, cik adik! Kirim salam. Saya memang tak boleh gi orang tak hormat waktu ni. Dahlah tak hormat waktu, tak hormat orang lain pulak. Sebutir perkataan maaf pun tak keluaq daripada mulut awak. Ada hati nak bahasakan saya pulak! Manusia jenis apa ni? Tak belajaq adab, ka?” Tiba-tiba sahaja loghat utara lelaki itu kedengaran.

Mata Una membulat.

What? Dia cakap aku apa? Tak belajar adab?? guman Una.

“I guess, this is it. Ini pertemuan pertama dan terakhir. Saya tak mau, eh silap, tak sudi teruskan dengan perempuan macam ni. Bye, Cik Erina! Buang masa aku betul!” sambung lelaki itu dan terus berpaling.

Una kepal tangan sekuat hati. Dada berombak kencang. Dia perhatikan lelaki itu melangkah pergi daripadanya.

“STOP! You stop right there!” Una menjerit sekuat hati.

**********

Teaser #3

“Kawan Cik Erina!”

Kaku langkah Una. Perlahan-lahan dia menoleh. Lelaki itu membuka cermin pengadang muka di topi keledarnya itu.

“Awak lagi? Hei, awak ni stalk saya ke? Kenapa ada dekat mana-mana? Gila!” marah Una dan kembali berpaling dan meneruskan langkah.

“Cik kak! Jangan perasan, boleh? Saya pun tak inginlah nak stalk singa betina macam awak. Garang tak kena tempat. Tengking orang tak pandang kiri-kanan!”

Heh??

Untuk kali kedua, langkah Una bantut. Dia terus berpaling dan kembali merapati lelaki itu.

“Eh, helo! Saya pun tak ada kerja nak marah-marah, tengking-tengking orang tak tentu pasal, eh! Awak yang cari pasal dulu. Awak yang mulakan dulu dengan marah saya tanpa dengar apa yang saya nak cakap. Takkan awak expect saya diam macam tikus mondok, tadah je telinga dengar awak hina saya! Silap sikit eh! Ini Husnalah! Jangan ingat semua perempuan lemah dan akan menangis bila bergaduh macam tu!”

Lelaki yang dia kenali dengan nama Hud itu diam. Hanya memandangnya, namun Una nampak ada segaris senyum di bibir si dia.

“Tapi Husna menangis bergaduh dengan saya hari tu...” Lembut sahaja balas Hud setelah diam beberapa ketika.

Entah kenapa, Una terkelu bicara. Terkebil-kebil memandang lelaki yang berkulit hitam manis itu.

Hesyyy!! Una! Apa ni?

***********

Teaser #4

“Penat tak, Husna?”

Una angkat wajah. Dahi dikerutkan. “Hmm? Tak adalah. Okey je. Malam tadi saya menangis banyak. Tu muka sembap sikit. Obvious, eh?” balas Una sambil mengusap wajahnya sendiri.

“Penat play tough? Berdikari, jadi tulang belakang keluarga, support orang lain, risaukan ahli keluarga, tapi bila diri sendiri ada masalah, kena urus dan pujuk diri sendiri.”

Una tercengang sejenak mendengar soalan Ayoi itu. Tak sangka, itu maksud lelaki itu. Serta-merta, air mata memenuhi ruang mata, lantas dia terus menunduk kepala.

“Saya tahu Husna penat. Sekental-kental, setegas-tegas dan segarang-garang Husna yang cuba awak tayang pada orang, saya tahu jauh dalam hati awak nak dibelai dan dimanja. Bila ada masalah, awak nak tempat bersandar dan mengadu.”
Air mata terus meleleh. Dia tunduk sambil mengesat air mata. Tak mahu orang lain melihat dia sedang menangis.

Ayoi menghela nafas panjang dan dia menolak tubuhnya ke hadapan sedikit. Tangan direhatkan pada meja. Dia pandang gadis yang sedang tunduk menyembunyi wajah itu.

“Saya rasa saya boleh faham awak. Sebab saya pun berada di situasi yang sama.  Awak tak ada mak, saya tak ada ayah. Awak hilang tempat mengadu dan bermanja, saya tak ada tempat bergantung. Semua perasaan yang awak cuba sembunyikan dengan kegarangan awak tu, saya tahu semuanya. Tapi saya lelaki. Bahu saya bidang. Kudrat saya kuat. Husna perempuan. Fitrahnya lemah dan manja.”

“Jadi, kalau awak sudi, mulai hari ni, awak sandar dan mengadu pada saya, Husna? Menangis di bahu saya, sandar pada belakang saya bila awak lelah. Cari saya bila awak perlukan seseorang.”

*************

Tempah esok ok! 😘😘😘

Tempah esok ok! 😘😘😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now