Koh Win sedari tadi tidak beranjak dari sisi katil Haikal. Tangan Haikal yang lemah ia genggam dan memohon agar Haikal membuka mata. Dibelakangnya terdapat Thaqif yang sedang memperhatikan bagaimana kesedihan Koh Win.

"Bangun ya nak.....?" pinta Koh Win sambil mengelus kepala Haikal, tapi apa daya Haikal hanya diam.

"Bangun Haikal"

"Bangun, atuk tau Haikal penat. Tapi Haikal tak boleh menyerah ya?"

"Nantik atuk bagi buku cerita menarik lagi! Nanti kita baca sama sama dekat kedai!"

"Adik abang ni mimpi jumpa ayah dengan ibu ya? Sebab tu lambat bangun?" kini yang bersuara Thaqif, ia begitu terpukul melihat Haikal seperti ini. Koh Win mengusap kasar air mata yang ingin turun.

Mikaeel dan Hayden yang baru datang dari kantin terus masuk keruangan dimana Haikal berada. Mikaeel terus berdiri disamping Haikal sedangkan Hayden hanya menatap dari dekat pintu. Hayden hanya merasa malu atas apa yang orang tuanya lakukan, dan ia juga menyesal memperlakukan Haikal dengan tidak baik.

"Hai, ni Mika. Bila kita nak pergi sekolah lagi hm? Nanti kita naik bas sama sama lagi ya? Kita ajak Daniel sekali. Lepastu kita ke rooftop sekolah lagi oke?" Mikaeel menarik nafas dalam untuk menahan tangisannya.

"Haikal tau, Daniel dah pindah.Dia ikut ayah dia balik China semula. Mungkin nanti dia balik sini. Jadi sekarang adik kena bangun supaya nanti kita boleh tunggu Daniel balik sini sama sama."

"Hayden, sini nak" Koh Win menyuruh Hayden untuk mendekat. Hayden yang ragu akhirnya menghampiri Koh Win.

"Maafkan Hayden ya!" Hayden terus bersujud di kaki Koh Win dan menangis bersungguh sungguh disana. Ia mreasa hina dan malu.

"Bangun nak, bangun" suruh Koh Win, Hayden terus bangun dan menatap Koh Win.

"Hayden tak salah, Koh cuma nak cakap terima kasih dekat Hayden sebab dah jaga Haikal sampai sebesar ni." katanya, lalu Koh Win memberikan sekeping gambar lama kepadanya, Hayden menerimanya.

"Ini anak Koh, sama macam Haikal kan? Ya, sebab Haikal anak dia. Koh kehilangan anak Koh masa tu, dan Koh rasa tak berguna kerana tak boleh melindungi anak Koh. Koh rindu anak Koh, dan sekarang Koh boleh tengok senyuman anak Koh bila tengok Haikal. Demi apapun Koh tak nak kehilangan Haikal" Koh Win tersengih dan menangis, Hayden menatap gambar itu lama. Orang di gambar ini benar benar iras Haikal.


Kini malam tiba, semua pengunjung hospital tidak henti henti bolak balik

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Kini malam tiba, semua pengunjung hospital tidak henti henti bolak balik. Ada juga yang menginap seperti yang dilakukan oleh Hayden dan Mikaeel. Thaqif tidak boleh menemani malam ini kerana pekerjaan syarikat yang sempat ia tunda. Sedangkan Koh Win, ia harus pulang mengurus rumah.

Keadaan Haikal tidak berubah dan tidak ada peningkatan. Kata doktor yang baru saja memeriksa tadi, Haikal hanya bergantung pada keajaiban Tuhan. Mikaeel mendengus ketika kepala Hayden tumbang ke bahunya, ia menolak kepala Hayden yang sedang terlelap.

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang