"Anak kita, Syaf. Anak kita," ucap Anan dengan sinar menerangi netra bundar itu. Benar-benar bahagia, syukur Syaf bisikan dalam hati. Membiarkan perlakuan Anan bangkit, cuba letakkan perlahan-lahan posisi jasad kecil Hasya berdekatan tubuh susut arjuna.

Anan tindak melelar lengan kurus Syaf, masih dibaluti pakaian sembari bawa lingkari susuk kecil Hasya yang pulas lena. Anan kemaskan lilitan, elus pipi rona merah cahaya matanya sembari senyum tipis terbit di cangkir bibir.

"Sarayu Hasya, anak kita." Hasya pula diam dan tidak meragam, cukup nyaman berada rapat dengan papanya. Anan kembali duduk, menarik kerusi lebih merapat ke kasur Syaf. Kepala Anan miring ke tepi, sandar meneliti momen dua beranak dalam sepi.

Keadaan sunyi, tiada sesiapa melainkan bunyian mesin semata-mata. Kerjap lembut, jari-jemari Anan ramas gemas cadar kasur secara spontan. Syaf perhatikan setiap skala kecil tingkah lalu Anan, mencuit naluri lelakinya tatkala Anan sekadar diam menatap Hasya yang ada padanya.

Mungkin, tiada yang menarik ikutkan. Melainkan iris bundar itu, benar-benar kudus curahkan dama. Bekali kasih seorang ibu itu tiada tandingan bukan? Tetap jaga biarpun seraut lelah tak bermaya.

Serasa berat menyengat hebat, kerunyut dahi tahan panahan tajam hingga ke akar umbi pedihnya. Pelan-pelan layar pandangan Syaf kian berbalam-balam, kabur penglihatan pada roman muka indah gadis awan tampak leka dan mengecil mata terhadap sang anak.

Ambien berkekalan sebegitu. Anan hanya menikmati senang hati meskipun jujur rawan tatkala kelopak mata Syaf semakin kuyu. Lelah lingkaran hitam hiasi, juring mata berkaca-kaca tunak mencumbui aksa sama sendiri.

Kontan, Hasya merenggek dengan suara kecilnya. Menghentikan perlakuan mereka, serta-merta Anan larikan mata. Tawa hambar Anan meletus, usir rasa janggal meladeni antara mereka. Syaf mampu koyak senyum tipis sahaja, terhibur sebenarnya meskipun benar-benar tak berdaya. Anan ambil Hasya pangkuan semula, letakkan pada kain batik dililit ke batang tengkuk miliknya.

Kain baju diselak sedikit, pastikan posisi mudah buat sang kecil selesa untuk menyusu badan. Anan bawa rapat Hasya ke dada, membenarkan kesayangan hisap puting daripada tubuhnya. Tampak benar-benar lapar, rakus cecap dengan bibir comelnya.

Anan leka berceloteh mendamaikan sanubari. Betapa gadis awan itu cuba yang terbaik dalam setiap perkara, membenarkan dia rehat dengan tenang tanpa memikirkan lagi.

"Anak mama lapar ya?" gumam Anan seraya belai merah padma pipi mulus itu. Geram dengan kecomelan sang kecil, berat hatinya fikirkan bagaimana menjalani hari mendatang.

Tanpa aba-aba, daun pintu luar ditolak secara mengejut. Gamam, Anan anggul wajah dengan reaksi terpinga-pinga. Melihat gerangan figura semakin mampir hampiri, mulai kabut apabila sedar keadaan Syaf juga dimamah kondisi kritikal sudah.

"Syaf," seru Ummar sembari pegang tangan rakannya. Dia genggam kemas, salurkan kekuatan tatkala wajah Syaf persis mayat hidup menanti masa. Diabaikan kehadiran Anan yang sudah berkolam lensa, memeluk lebih erat Hasya dalam dakapan. Tidak tahu bagaimana sepatutnya respon diberi, yang pasti melankolis lebih menjamah nurani.

Tak adil baginya. Patut dia yang paut jari-jemari Syaf, bercantum demi sekelumit sokongan. Sepertimana Syaf dahulu tegar jaga dia dahulu, memberi hangat dalam sejuk membaluti dirinya. Namun kenangkan dia bukan sesiapa untuk mempersoalkan, Anan simpan rasa itu jauh ke dalam selebu hati. Katakan sahaja terkilan mendominasi, tiada apa boleh dilakukan melainkan lihat setiap perilaku Ummar membisik sesuatu pada sang arjuna yang lasat.

Syaf sekadar gerakan bebola mata, keberadaan figura menemani ini lebih daripada mencukupi. Bibir Syaf bergerak tuturkan sesuatu, diperhatikan Ummar tanpa lepas sebelum dia lirik sekilas pada Anan. Pucat senyuman terbit, kelemanyar sepasang iris pohon Ummar sudi sampaikan padanya.

Sarayu Hasya, Anan Nurfiza. Penawar kasih pawana.

Cukup membuatkan Ummar tergemap, meligih jari-jemari pegang tangan Syaf sebelum angguk-angguk mengiakan.

"Jangan risau Syaf, awan kau tu kuat orangnya." Ummar desah berat, rabak senyum buat Syaf. Semuanya akan baik-baik sahaja, percayalah.

Tanpa sedar, Syaf lebarkan senyum sama. Mengalir lesu sentuh pipi tatkala lega selusup sanubari, dia pegang kata-kata Ummar tentang gadis awannya.

Anan Nurfiza, juita milik dia di dunia.

Moga jika ditakdirkan Dia, temukan mereka dan sudi jadi pasangan kekasihnya di syurga.

Cukuplah dia tahu, Anan boleh hadapi semuanya biarpun rajau duri terpaksa selusuri. Anan satu-satu wanita paling kuat dan tabah dia pernah kenali, cintai dan rindui sehingga akhir hayatnya ini.

Aku nak rehat, Mar.

Kali ini, Ummar kemam bawah bibir. Faham bait kata cuba disampaikan sembari jatuh kepala tahan bahang memenuhi tubirnya.

Jerih menusuk tajam bahagian dada, sukar jujut nafas dalam keadaan tertahan-tahan. Syaf katup mata pelan-pelan, tampak sang keluarga dalam layar fikirannya. Senyuman mereka mekar bak serayu, subur jiwa kuyup rindu mahu dakap penuh kasih darah dagingnya. Dingin membungkus hampir seluruh tubuh apabila serasa tidak lagi mampu bertahan, mengah alunan nafasnya sudah. Syaf senyum buat kali terakhirnya, terima bahawa harapan telah lama sirna buatnya untuk sembuh.

Syaf nak jumpa umi abah dah. Syaf pun rindu adik kesayangan along juga, Syifa'Ilani tunggu along ya.

Bisikan senandika berdiksi, sememangnya menggebu sudah rindu buat mereka.

Ummar bongkokkan postur tubuh, bawa bibir ke koklea Syaf bisikkan lafaz kalimah syahadah. Syaf ikut juga dalam payah, terketar-ketar dalam gelugut dihadapi. Ummar pegang lebih kejap tangan Syaf, dingin mencengkeram seakan memang sudah tiada rasa. Hancur lebur ampuh dirinya, bahang ruas mata cuba bendung sebaiknya.

Gagal, melemah tangan Syaf dengannya. Akhirnya roboh benteng Ummar sehingga air matanya turut laju mengalir sama.

Ritma jantung berirama tidak sehaluan, bunyian vandilator juga kian berdetak celaru. Ummar tutup mata, tidak sanggup ditadah deringan siren kuat tanda dia bakal kehilangan sahabat. Berantakan atma Anan kala ia menjamah halwa telinga semakin nyaring, lencun mengalir diikuti Hasya juga sudah lepaskan hisapan dan tangis kecilnya bergema memenuhi suasana.

Tit....

Guruh berdentum kuat hentam atma, terhenti seketika putaran masa. Berakhir degupan jantung dikandung badan insan, tanda noktah bagi hikayat dia di dunia. Anan lemah terjelepuk tak berdaya, akur terima takdir katakan sebegitu kisahnya.

"Innalilahiwainnalillahirajiun..." desis Ummar rapuh. Perlahan-lahan leraikan genggaman, tangan menggigil cuba tekan punat disediakan sebagai pemberitahuan. Renggut nafas kasar, Ummar raup wajah cuba hilangkan tangisan nodai dia.

Jangan nangis Mar. Jangan nangis.

"Kau sengaja kan Syaf," gumamnya sembari carik senyum nanar. Membiarkan sahaja sebelum beberapa derapan kaki pengawai kesihatan masuk berderu. Dia undur tiga tapak, membenarkan mereka lakukan tugasan sebaiknya.

"Syaf dah janji dengan Anan kan?" Bergetar nada dengan tubuh gemelugut, birai mata Anan basah hanya mampu perhatikan sahaja kala berlaku kejadiannya.

Bekas oksigen menghubungkan Syaf dibuka. Selimut putih membaluti jasad kurus itu mulai ditarik menutupi seraut sang arjuna. Bunyian desas-desus hadir umpama silir berlalu, Anan berada dalam dunia sendiri lantas bangun menapak ke belakang.

Tatkala katil tersebut mulai ditolak, hanya lirik mata sahaja mampu dilakukan. Hasya dalam dukungan dibujuk, menepuk-nepuk lembut tenangkan sang kecil seakan memahami.

"Syaf tunggu Anan boleh?" bisiknya perlahan, pohon jawapan. Anan runduk bawah, tatap tunak wajah berona merah Hasya. Mirip sepenuhnya tentang Syaf, tiada cacat cela terutama mata hitam tersebut kadangkala terbuka kuyu kasat mata. Betapa dia rindui, sakitnya tidak terperi sebelum ulas bibirnya menaup lembut dahi kecil itu.

"Jadi penawar kasih pawana Anan selamanya..." Ibu jari elus pipi Hasya, kendur perlahan tangisan sang permata. Kembali larut dalam lena, lirihnya dia berbicara melafazkan satu nama.

"Syaf Inas."

Jatuh. Setitik pada kulit halus Hasya, lembut usir noda mutiara yang kena. Akan dipastikan tiada luka garit sang kecil, dia akan lindungi sebaik mungkin meskipun nyawa sendiri dipertaruhkan sekalipun.

Itu janjinya.

Penawar Kasih Pawana | CUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum