Semenjak kehadiran Haikal, Koh Win merasa seperti mempunyai keluarga lagi. Ia berharap agar Haikal tidak bosan bekerja ditempatnya. Awalnya ia menolak permintaan pekerjaan Haikal, namun Haikal merengek membuatkan Koh Win menerima tawarannya.

Saat Koh Win bertanya apa sebab Haikal bekerja, Haikal hanya berkata ia ingin membantu keluarganya. Dari situlah Koh Win mulai kagun pada anak yang sudah hampir seminggu lebih berada ditempatnya.

Koh Win mengambil buku di rak dan meniup debu yang terletak disana, "Ini, ini cerita tentang seorang pemuda yang merantau dan menghilang di tengah laut"

Haikal mengambil buku tebal tersebut, "Terima kasih Koh"

Haikal mulai membuka halaman pertama buku tersebut, membacanya dengan teliti dan berhati hati. Membuat Koh Win terkekeh saat Haikal keliru jika ada bahasa Cina yang tertulis di sana.

"Ini maksud dia apa Koh?" tanya Haikal.

Koh Win melirik lalu tersenyum, "Oh, ini maksudnya 'kematian adalah perpisahan yang paling menyakitkan"

Haikal mengangguk, "oh begitu"

"Izz Daniel!" laung Haikal sambil melambai lambai ke arah Daniel yang nampaknya baru saja habis shiftnya

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.


"Izz Daniel!" laung Haikal sambil melambai lambai ke arah Daniel yang nampaknya baru saja habis shiftnya.

Lelaki itu menoleh ke arah Haikal lalu menundukkan pandangannya seraya berdoa agar lelaki tidak tahu malu itu tidak berlari ke arahnya, berpura pura dia bukanlah gerangan yang bernama 'Izz Daniel'. Orang yang lalu lalang hanya melihat mereka dengan tatapan pelik berjaya membuatkan tingkat kemaluan Daniel naik mencanak.

Namun apa yang didoakan oleh Daniel tidak dimakbulkan Tuhan, lelaki itu berlari lari anak ke arah Daniel yang berdiri diseberang jalan sana. "Kenapa?" tanya Daniel.

"Aku tidur rumah kau malam ni boleh tak?" tanya Haikal semula.

"Ermm..." Daniel keberatan untuk membenarkan Haikal mengikutinya pulang ke rumah kerana dia risau Haikal akan berasa tidak selesa dengan kelakuan ayahnya yang sentiasa balik ke rumah dalam keadaan mabuk.

"Ala bolehlah Daniel~" rengek Haikal.

Sudah. Daniel tidak boleh. Dia lemah ouh tidak, semua orang pasti lemah dengan rengekan Haikal. Bagaimana tidak jika rengekannya itu disertakan renungan bak anak kucing yang mampu meluluhkan hati sesiapapun yang melihatnya.

Daniel berpeluh peluh, dalam otaknya berfikir fikir patutkah ia membenarkan Haikal pulang bersamanya?

"Ha yelah yelah. Tak payah buat muka macam tu. Jijik" kata Daniel sambil menolak muka Haikal ketepi. Haikal yang diperlakukan begitu memaparkan riak muka bosannya. Baginya, mempunyai sahabat seperti Daniel sungguh membosankan.

Haikal dan Daniel pulang ke rumah Daniel. Daniel turun dan membuka pintu rumah dengan kunci yang dia miliki.

"Ayah kau mana?" tanya Haechan.

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Kde žijí příběhy. Začni objevovat