1

21 4 0
                                    

" Siapa kau ? Kenapa kau selalu masuk dalam mimpi aku . Siapa perempuan yang kau tengah pegang di sebelah tangan kau ? "

" Dia masa depan kau "

" Masa depan aku ? Apa yang kau cuba nak  maksudkan ? "

" Dia penawar segala duka dan kau ubat laranya. Dia orang yang selamani kau nantikan , Kim Seokjin "

" Hah ?? "

Wajah gadis yang sedang dipegang erat oleh seorang nenek tua itu dapat dilihat dengan jelas. Wajah cantik dan manis bak puteri.

" Suatu hari nanti , kau akan jumpa dia. Antara karma atau hikmah , keputusan tu ada di tangan kau "

Tangan gadis yang dipegang itu dilepaskan. Dia ditolak dan Seokjin menyambut badannya. Mata mereka saling bertatapan antara satu sama lain.

" Kau siapa ? Kenapa kau selalu muncul dalam mimpi aku ? "

" Ka- "

" Ayah ! Ayah ! Ayah ! Bangun cepat ayah !  Chae dah lambat nak pergi school ! "

Mimpi itu terputus begitu sahaja bila Eunchae melompat-lompat di atas katil sambil mengejut Seokjin yang terlajak tidur.

" Chae , kenapa lompat-lompat ni sayang .." Seokjin masih tersisa baki mengantuknya.

" Ayah, Chae dah lambat pergi school. Bangun ! Bangun ! "

Kelopak mata yang berat dibuka perlahan-lahan. Dia memandang jam dinding di dalam biliknya. Tepat pukul 9 pagi, terus terbeliak matanya lalu berlari masuk tandas.

" Ish Ish Ish ayah ni. Tu la, kerja bebel je , sebab tu bangun lambat "

Eunchae yang dah siap pakai baju sekolah tadikanya duduk di atas katil dan mengambil telefon ayahnya untuk main game sementara menunggu Seokjin bersiap.

" Alahai macam mana aku boleh terlajak tidur ni ..."

**********

Seokjin masuk ke dalam bilik pensyarah selepas tamat sesi kuliahnya. Akhirnya dia dapat duduk dan bernafas dengan tenang. Harini dia sangat kelam-kabut selepas bangun lambat pagi tadi.

" Haih Encik Seokjin. Termenung jauh nampak " tanya kerani ketika datang ke mejanya untuk hantar sepucuk surat untuk dia.

" Penat. Saya baru habis mengajar " jawab Seokjin sambil menyambut huluran yang diberi oleh kerani itu.

" Surat apa ni ? " Tanya Seokjin.

" Entah lah. Saya tak pasti tapi ini dari pengarah "

" Oh ye ke. Baiklah. Terima kasih "

Sampul surat itu dibuka lalu dia membaca isi surat rasmi yang diberi oleh pengarah universiti tersebut

" A-apa ??!?! "

***********

" Kenapa saya perlu dipindahkan ke Seoul ?"
Seokjin duduk berhadapan dengan pengarah universiti untuk membincangkan tentang pertukaran pensyarah dari Jepun ke Seoul.

" Sana memerlukan ramai lagi kakitangan pensyarah. Lagipun kamu pun dah lama kan tak balik Seoul ? Ini la masanya kamu balik ke negara kamu "

" Tapi saya dah selesa tinggal sini. Hampir 5 tahun saya kerja sini "

Pengarah itu tersenyum.

" Atau ... Kamu risau tentang Chae kalau balik sana ? " Tanya pengarah

Seokjin mendiamkan diri. Banyak alasan kenapa dia lebih suka tinggal di Jepun dari negara asalnya.

My Dear, KALEAWhere stories live. Discover now