Haikal menyandarkan kepalanya didada Johan, ia sedar siapa yang mendukungnya. Johan boleh merasakan bahawa suhu badan Haikal sangat panas. Setelah membaringkan badan Haikal, Johan mengambil besen kecil berisi air suam dan meletakkan kain ke kening Haikal.

Setelah dirasakan cukup ia mengambil berat tentang Haikal, Johan keluar dari bilik itu dan meninggalkan sepucuk surat untuk Haikal. Johan terus beralih ke arah bilik Hayden dan mengambil beg lalu memasukkan baju Hayden secukupnya. Setelah dirasa cukup, Johan bergegas kembali ke hospital. Meninggalkan Haikal sendirian.

Haikal sekarang sedang beradandi sekolah sepertinya biasanya, bersama Mikaeel dan Daniel, dua orang sahabatnya yabg tidak akan pernah berpisah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haikal sekarang sedang beradandi sekolah sepertinya biasanya, bersama Mikaeel dan Daniel, dua orang sahabatnya yabg tidak akan pernah berpisah. Namun ada yang berbeza kali ini dengan Haikal. Senyum dan tawanya menghilang, hanya ada raut wajah kesedihan.

"Haikal kenapa?" tanya Daniel membuat Haikal menoleh.

Haikal tersenyum, bukan! Bukan senyuman yang biasanya mengawali pagi Haikal, bukan senyuman cerah yang biasanya ia perlihatkan. Kali ini, senyumannya seperti senyuman penuh beban dan penderitaan.

Mikaeel dan Daniel mengetahui apa yang sedang Haikal alami, sudah seminggu Haikal begitu. Selalu merisaukan keadaan Hayden yang semakin hari semakin kritikal. Haikal tidak boleh fokus setiap kali belajar, kadang ia juga menghindari kedua sahabatnya jika ingin menyendiri.

Mereka berdua hanya mampu berkata sabar. Mereka tidak tahu berbuat apa. Terkadang mereka kagum dengan Haikal, ia rela meluangkan masa tidurnya hanya untuk menjaga Hayden. Haikal juga penah berkata, setiap kali pulang sekolah ia akan menjenguk Hayden yang tak kunjung membaik.

Loceng balik berdering, tanpa mengatakan apapun Haikal menarik begnya yang sedikit terkoyak dan meninggalkan kedua sahabatnya. Mereka yang biasanya ditarik lengan oleh Haikal merasakan perubahan yang terjadi pada Haikal. Mereka perpandangan sesama sendiri lalu mengejar Haikal yang sudah pergi sebentar tadi. Mikaeel menahan tangan Haikal membuatkan Haikal menoleh menatap keduanya. Mikaeel dan Daniel hanya menayangkan sengihan tidak bersalah.

"Hm? Kenapa?"

Mikaeel menggeleng "Kitorang nak ikut kau pergi jenguk Hayden jugak, jadi kita pergi sekali eh?"

Haikal mengangguk lalu berjalan beriringan dengan Mikaeel dan Daniel. Haikal yang berbeza dari biasanya. Haikal yang pendiam dan sangat dingin. Sangat berbeza dengan sifat sebenar seorang Ryan Haikal.

Sepanjang perjalanan menuju hospital, hanya diisi dengan keheningan. Bahkan sampai didepan pintu masuk bangunan bercat putih pucat itupun mereka masih berasa kekok untuk membuka suara.

Haikal membawa keduanya ke wad yang bertingkap kaca. Menampilkan Hayden yang terbaring lemah dengan wayar infus dimana mana, tak lupa juga alat degup jantung yang terus merecordkan setiap degupan. Haikal menatap sendu abangnya itu.

"Abang Hayden boleh sembuh kan?" Haikal berharap sambil tersenyum. Mereka hanya mampu mengangguk. Ia melihat figura familiar disisi katil Hayden.

Yuna dan Johan, figura yang telah mengambil Haikal daripada kehidupan keluarganya. Figura yang telah membunuh kedua ibu bapanya. Mikaeel mengecilkan matanya dan tersengih.

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Where stories live. Discover now