Yang papa dia sampaikan. Keluarga itu sudah tidak seperti dulu. Habis berpecah belah semua.

Dan dia? Dia tidak kisah langsung. Lantak merekalah. Papanya pun hanya sekali setahun agaknya bertemu mama sendiri. Wanita itu yang tidak mahu melihat mereka lagi.

Yang penting papanya. Bukan dia.

Dia selepas kejadian itu memang tidak ingin bertemu mereka lagi.

He's done with it.

Dia bahagia dengan kehidupan baru dia. Keluarga baru dia...

"Abang kenapa."

Seakan perasan Aizack yang termenung menatap dia dengan Dahlan. Daneen bertindak mendekatkan wajah nya dengan Aizack. Betul-betul dihadapan Dahlan.

Seakan tersedar. Aizack menggeleng.

"Nothing sayang." Daneen ragu-ragu tapi mengangguk juga.

CUP!

"woh!"

"Eh abang." Puncak hidungnya dipegang. Berona merah dia apabila Aizack selamba mengucup hidungnya dihadapannya khalayak ramai. Aizack suka buang tebiat tahu tak sekarang.

Aizack tersenyum mengejek. Kenyitan diberikan terhadap isterinya yang sudah kemerahan itu.

 Kenyitan diberikan terhadap isterinya yang sudah kemerahan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Goodnight baby. Sleep well okey babyboy." Bisik Daneen sebelum mengusap kepala anaknya. Kuyu sudah mata anaknya. Betul-betul sudah mengantuk mungkin juga sudah penat sebab terlampau aktif hari ini.

Dahlan mengangguk kecil. Masih berusaha menahan mengantuknya.

CUP!

CUP!

CUP!

Dahi serta kedua pipi tembam itu Daneen kucup pantas. Tersenyum Dahlan dibuatnya dalam dia sudah menutup kelopak matanya. Suka.

Daneen turut tersenyum.

"My turn."

Aizack pula yang menunduk sebelum melakukan benda yang sama. Kelihatan anak mereka itu semakin tersenyum lebar.

"Now I can sleep well..." Terlalu perlahan suara kecil itu kedengaran. Boleh lena apabila sudah berjaya mendapat ciuman daripada kedua insan tersayangnya. Perlahan-lahan senyuman dia pudar.

Dahlan akhirnya terlena.

Melihat itu Aizack menarik perlahan selimut sampailah menutupi bahu anaknya. Satu lagi kucupan diberikan didahi anaknya sebelum dia kembali menegakkan tubuhnya.

"Jom sayang."

Daneen mengangguk. Dia turut memberikan satu kucupan didahi anaknya sebelum mula bangun dari birai katil itu. Kini kedua pasangan itu perlahan melangkah keluar daripada bilik anak mereka. Keluar saja terus berada didalam bilik mereka. Bilik Dahlan tersedia dalam bilik mereka saja.

[C]✓Prince Aizack Where stories live. Discover now