"Nanti nak balik baru kita bagi. Okey sayang?"

 Okey sayang?"

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Cepat tiup." Arah Daneen apabila mereka yang lain selasai menyanyikan lagu birthday untuk anaknya. Dahlan yang berdiri diatas kerusi menunduk perlahan sebelum satu persatu lilin dia tiup.

"Yeay." Tepukkan diberikan apabila budak kecil itu berjaya meniup kelima-lima lilinnya. Dia tersenyum. Anak matanya memerhati mereka semua dihadapan.

"Happy birthday hero daddy." Aizack yang setia berada ditepi bertindak mengucup pipi anaknya. Dahlan menoleh kearah daddy nya. Semakin lebar senyumannya.

"Happy birthday hero mummy." Giliran Daneen pula yang mengucup pipi anaknya disebelah. Menoleh lagi Dahlan kearah mommy nya.

"Dahlan cepat peluk daddy dengan mummy nak gambar ni." Suara Zania kedengaran dari hadapan. Kelihatan ibu mengandung itu sudah mengangkat iPhone dihadapan mereka. Bersedia mahu menangkap gambar mereka. Padahal ada je photographer Daneen ambil. Saja nak gambar keluarga bahagia di iPhone nya hehe.

Tidak menunggu lama. Laju Dahlan memeluk perlahan leher kedua insan kesayangannya. Tertunduk Aizack mahupun Daneen. Walaupun begitu keduanya terus memandang hadapan apabila Dahlan sudah kelihatan tersenyum manis sambil mata menatap hadapan.

Aizack tersenyum nipis. Kini dia menoleh ketepinya kembali. Kelihatan isteri serta anaknya yang Masih tersenyum lebar malah keduanya masih tekun memandang hadapan.

Siapa sangka dulu dia yang tidak inginkan sebuah perkahwinan kini boleh sebahagia ini dengan keluarga kecilnya. Hidup dia dulu dimasa bujang gelap malah kosong. Hadirnya Daneen berjaya menerangi kehidupannya. Malah memberi dia kasih sayang yang sebetul-betulnya. Dan berjaya memberi dia kesempatan merasakan kasih sayang sebuah keluarga. Contohnya. Ibu mertua serta abang dan kakak iparnya. Daffa dan Dareena yang sudah menganggap dia sebagai adik. Kedua birasnya juga.

Merekalah keluarga sebenarnya.

Kasih sayang mereka betul-betul ikhlas terhadapnya.

Dan untuk keluarga dia yang Sebenar-benarnya? Mereka sudah betul-betul berpecah belah selepas kejadian itu. Hanya dia dengan papanya sekarang ini. Keluarga dia yang lain? Entah kemana sudah yang pastinya dia sudah lama tidak bersua. Ego dia tinggi. Ego mereka lebih tinggi malah tiada perubahan daripada mereka. Masih angkuh. Dan dengar cerita. Qafeel bukan saja ditahan selama 1 tahun malah ditambah. sepupunya itu bertindak menikam orang didalam penjara sana nasib baik mangsa tidak kehilangan nyawa.

Irish? Kalau bukan sebab papa dia yang bagitahu mungkin saja dia sudah tidak mendengar apa-apa pasal mereka. Papanya walaupun sudah tidak berjumpa mereka. Papanya tetap saja bertanya khabar tentang mamanya. Wanita itu sama saja tiada perubahan. Agaknya puan sri Haridah memang sebegitu lah perangai dia. Dan papa dia bagitahu. Irish sudah lama menghilangkan diri. Entah kemana gadis itu membawa diri. Sudah hampir 5 tahun tidak kelihatan.

[C]✓Prince Aizack Donde viven las historias. Descúbrelo ahora