Hala gurau sikit pun tak bolehlah budak Daneen ni.
"Apa pula aku kena sekali? Halau jelah khalif." Suara Zania pula yang kedengaran tidak puas hati. Dia yang diam-diam dekat sini pun kena eh. Dah dua kali dia kena dengan Daneen. Tunggu koyak je dia ni tau.
"Khalif? Seriusly sayang?" Amboi biasheee dia. Tubuhnya dibawa mendekati isterinya. Geram pula dia. Main khalif-khalif ye dengannya.
"Kau jangan buat hal dekat sini. Aku campak kau masuk kolam sana khalif." Belum sempat mendekati isterinya terasa belakang bajunya ditarik. Terundur dia kembali akibat tarikan seseorang dari belakang. Terus kepala dipaling memandang anak mata hijau cantik yang hanya menatapnya kosong.
Khalif menjulingkan matanya keatas.
"Ha bagus campak je Aiz." Membulat matanya memandang isterinya kembali. Kelihatan Zania yang menjelirkan lidah kearahnya. Amboi makin geram dah dia. Ada dia gomol kang dekat sini.
"Betul ni?" Aizack bertanya seolah-olah menginginkan kepastian.
"Cubalah kau, Dahlah lepas bro. Kusutlah baju aku tahu tak." Pinta Khalif sebelum menepuk tangan Aizack meminta untuk dilepaskan. Kusut bajunya kalau macam ni.
Aizack tersenyum senget. Walaupun begitu dilepaskan juga baju sahabatnya.
Sahabat?
Yup. Khalif bukan lagi orang kanannya malah sahabat kepadanya. Tiada lagi panggilan Tuan Muda terhadapnya. Khalif sudah tidak berkerja dengannya sejak 4 tahun lepas. Diberikan satu syarikat bawahnya kepada sahabatnya ini. Sekarang khalif mengurus syarikat dibawah syarikatnya. Tetapi tahun hadapan khalif akan ada syarikat sendiri dan bukan lagi dibawahnya. Masih dalam proses.
Coming soon. Your CEO Khalif Iffan.
Kerja keras dibawahnya tetapi dalam masa yang sama berusaha membuat syarikat ditempat lain. Khalif seorang yang tidak menyalah gunakan kuasa yang dia berikan. Hasilnya. Khalif berjaya mendirikan sebuah syarikat atas hasil sendiri tanpa adanya bantuan dia.
Hebat tak abe Khalif korang?
Dan Zania?
Zania gadis yang dia pinangkan sendiri untuk khalif haha. Nasib baik keduanya sudi tau. Tengok dah sekarang? Dah nak jadi mak bapa orang dah. Selepas bertahun menanti zuriat akhirnya tercapai juga keinginan keduanya.
Alhamdulillah.
Usia Perkahwinan pasangan tersebut sudah 4 tahun. Baru tahun ini mereka berdua ada rezeki. Dah 8 bulan. InsyaAllah lagi sebulan lebih.
"Dahlan jom sayang. Kita tiup lilin sekarang. Abang angkat dia."
"Kau nak makan sekarang ke? Pergi makan." Sebelum berpusing menghadap tetamu lain Daneen sempat berpesan kearah sahabatnya. Dia sengaja membuat perty ni pagi. Kan kebanyakkan tetamu rakan Dahlan saja. Kalau malam kesian pula dekat budak-budak lain.
"Taknak aku. Nak tengok boyfriend saya tiup lilin." Melihat Aizack yang sudah mengangkat Dahlan sebelum kedua beranak itu kembali mendekati pelamin party birthday itu. Laju Zania menuruti daripada belakang. Melihat itu khalif laju mendapatkan mak buyung itu.
"Nakal eh? Tunggu sayang." Tangannya terus meraih pinggang kecil itu dari tepi sebelum mereka berjalan untuk kehadapan. Zania mencebik mendengar itu tetapi dia membiarkan saja perlakuan khalif.
Suka sebenarnya.
"Abang kenapa tak bawa hadiah?" Soal Zania. Ada je hadiah mereka dalam kereta tapi kenapa khalif tak bawakan ye?
YOU ARE READING
[C]✓Prince Aizack
Romance[Stand alone series] "To--tolong saya" - DANEEN YADAWIYYAH "Shh don't cry, I will help you..." - PRINCE AIZACK PRINCE AIZACK - Jejaka yang berkacukan Turkey dan berusia 28 tahun. mempunyai paras yang tampan dan mampu menarik perhatian sesiapa pun. s...
EPILOG
Start from the beginning
![[C]✓Prince Aizack](https://img.wattpad.com/cover/317324472-64-k626005.jpg)