"Tetamu tak diundang kan Zania Wareesya?" Zania terus saja mencebik mendengar itu. Kurang asam. Terasa kang dia ha. Tidak mempedulikan Daneen lagi Zania mengalihkan pandangan dia terhadap Dahlan yang kelihatan khusyuk menilik bungkusan hadiah ditangannya. Nampak gaya budak tu terleka sangat dan tak perasan langsung dengan kedatangan dia.
"Hai boyfriend." Sapa Zania lembut kearah Dahlan tersenyum lebar dia apabila terpusing terus kepala si kecil. Mata cantik itu jelas membesar. Betul-betul terkejut.
"Mama gojes!"
"Auw my babyboy." Zania lantas mendepakan tangannya bersedia mahu menyambut Dahlan. Dah nampak budak tu berusaha turun dari kerusi yang sudah terhias cantik disediakan untuknya. Dihadapan budak tu dah ada keknya. Bukan 1 malah 5 yang penting semua spiderman.
"Mama gojes..." Gumam Dahlan apabila sudah berjaya memeluk paha Zania. Terkebil-kebil ibu mengandung itu dibuatnya. Oh salah. Dahlan tecik lagi dan dia pula tak boleh menyemai ketinggian Dahlan sebab perut dia dah besar.
Lupa-lupa.
Walaupun begitu tangannya masih setia didepakan tetapi kepalanya sudah menunduk memandang Dahlan yang sudah menyebamkan muka dipaha hadapannya.
Tersenggih.
Manakala Daneen sudah menahan ketawanya. Dia ingat Dahlan tu dah tinggi mana agaknya ye? Macam-macam mak buyung sorang ni.
"Dahlan ingat mama gojes tak datang." Kepala didonggak memandang Zania. Jelas kelihatan mulut Dahlan memuncung. Tak nampak pula muka Mama gojes dia sebab perut tu besar sangat. Tapi nampaklah sikit-sikit. Dia kan sangkut dagu dekat paha mama gojes dia.
"Alo. Apa pula tak datangnya. Mestilah mama gojes datang. Boyfriend saya kot befday!." Lancar mulut Zania menjawab. Tangannya diturunkan sebelum menunduk sikit dan kedua tangan sudah memegang tepi wajah Dahlan sebelum ditolak menjauh perlahan dari pahanya. Mahu memperlihatkan wajah tampan itu.
"Tapi mama gojes lambat." Masih tidak puas hati sangat. Dahlan menyambung kini suaranya kedengaran sedikit merajuk. Tengah hari baru mama gojes dia munculkan diri. Tak macam uncle Daffa dan aunty Dareena. Nenek dia juga. Pagi-pagi dah sampai. Atok dia pun.
"Ala bukan mama gojes sengaja pun. Tu papa sengal kau punya pasal." Bebel Zania tak puas hati. Dia pagi-pagi dah bersiap tapi. Suaminya tiba-tiba ada hal dekat pejabat terpaksa pergi sana sebelum kesini. Dekat pejabat bukan sekejap ambil berjam juga sampai dia mahu menangis dah sebab-sebab rimas dan tak sabar nak sampai sini. Nak jumpa Dahlan lah nak jumpa makanan juga. Hmm.
"Ha apa-apa." Ketiga mereka menoleh ketepi sebelum kelihatan kedua kelibat lelaki datang menghampiri mereka. Melihat salah satu lelaki disitu. Zania membuat muka sebelum menjeling selamba kelibat tersebut.
Melihat jelingan maut sang isterinya. Dia tersenyum kecil. Masih merajuk rupanya.
"Hala Dahlan. Papa dengan mama tak bawa hadiah lah Dahlan. Sedihlah kalau macam ni." Sesampai dihadapan mereka selamba kelibat tersebut melontarkan ayat begitu. Wajah simpati ditayangkan kepada budak kecil dihadapannya yang sudah terdiam dibawah isterinya.
"Abang ni kan."
"Awak diam eh Khalif. Nangis anak saya. Halau korang laki bini karang." Khalif tersenggih mendengar ugutan daripada Daneen. Kelihatan wanita itu mencerlungkan mata kearahnya.
YOU ARE READING
[C]✓Prince Aizack
Romance[Stand alone series] "To--tolong saya" - DANEEN YADAWIYYAH "Shh don't cry, I will help you..." - PRINCE AIZACK PRINCE AIZACK - Jejaka yang berkacukan Turkey dan berusia 28 tahun. mempunyai paras yang tampan dan mampu menarik perhatian sesiapa pun. s...
EPILOG
Start from the beginning
![[C]✓Prince Aizack](https://img.wattpad.com/cover/317324472-64-k626005.jpg)