Mesti kemas dan cantik.
Dia sebagai Ibu pun dah teruja.
"Wah..." Sesampai mereka dipelamin birthday party itu Dahlan yang sudah diturunkan oleh Daneen laju saja menyentuh lembut belon-belon berwarna merah disitu. Tanpa sedar dia menarik senyuman lebar.
Sukanya!
Daneen memandang hiasan dihadapannya. Puas hati. Cantik je.
Jam tangannya dilirik sekilas sudah waktunya untuk makan tengah hari. Daneen kembali menunduk memandang anaknya. Keadaan anaknya masih sama. Tekun memegang belon.
"Sayang. Jom masuk dalam. Dahlan kena makan dulu nanti kita datang balik okey?" Mendengar itu mendonggak dia memandang mommy nya sebelum dia mengangguk. Tangannya disua terus kearah mummynya meminta untuk dipimpin. Laju Daneen menyambut.
"Jom."
"Nanti rehatlah kejap ye. Kejap lagi makanan nak sampai tu. Makanlah dulu ye." Sebelum menghilang masuk kedalam sempat Daneen berpesan kearah pekerja disitu. Dia orderkan mereka makanan saja. Tak larat nak masak kan. Bukan sorang tu ramai! Jadi jalan terbaik orderkan makanan je. Ada je pembantu tapi... Macam dia kata ramai haha.
"Baik Puan."
Selepas mendengar balasan daripada mereka. Daneen sudah meninggalkan mereka disitu dan masuk kedalam rumah kembali. Dahlan kena makan. Mesti dah lapar budak ni.
Langkah kedua beranak itu diatur menuju terus keruangan dapur. Sesampai mereka diruang dapur Daneen mengangkat perlahan anaknya untuk didudukkan diatas kerusi. Makanan sudah tersedia diatas meja. Pembantu sudah habis hidangkan.
"Nak Daddy."
Terhenti pergerakkan Daneen yang mencedokkan nasi untuk anaknya. Kepala dipaling ketepi sebelum dia terkebil-kebil menatap anaknya yang sudah terdonggak memandangnya.
Mula dah.
"Daddy?"
Kelihatan anaknya mengangguk. Sempat dia menggigit bibir bawahnya sebelum kembali mencedokkan nasi kepinggan anaknya. Pikir-pikir nak jawab apa sebenarnya. Sebab sekali silap ada yang bergegar kang dalam rumah ni.
Anaknya ini pasal daddy dia tak boleh bawa main. Kalau dia kata nak daddy kena bapanya itu munculkan diri sekarang juga.
Tapi masalanya. Aizack tiada. Belum balik outstation. Katanya nanti balik hari ini tak tahu lah pulak pukul berapa sampai.
"Nak daddy. Mummy." Sambung Dahlan lagi apabila melihat tiada reaksi dari mamanya. Seakan wanita itu termenung pun ada. Mata cantiknya terkedip-kedip menunggu mummy nya.
Daneen yang sudah tersedar mula berdeham. Dia tersengih. Tangannya sudah mula dimasukkan kedalam poket seluarnya mengambil iPhone nya.
"Okey jom vc daddy." Ujarnya lembut sebelum mula menekan-nekan skrin iPhone nya. Daneen mula membuat panggilan. Lebih kepada video call. Sambil menunggu panggilannya disambut Daneen memberikan senyuman kearaj sikecil. Tangannya juga sudah mengusap kepala anaknya perlahan.
Seketika kedua beranak itu menoleh apabila kedengaran jelas bunyi panggilan masuk dari arah belakang. Toleh saja keduanya terkebil melihat kelibat seseorang yang sudah tercegat dibelakang mereka sambil mengangkat sebelah kening kearah mereka. Tangan sebelah juga siap dimasukkan kedalam poket seluar manakala sebelah setia memegang gajetnya.
YOU ARE READING
[C]✓Prince Aizack
Romance[Stand alone series] "To--tolong saya" - DANEEN YADAWIYYAH "Shh don't cry, I will help you..." - PRINCE AIZACK PRINCE AIZACK - Jejaka yang berkacukan Turkey dan berusia 28 tahun. mempunyai paras yang tampan dan mampu menarik perhatian sesiapa pun. s...
EPILOG
Start from the beginning
![[C]✓Prince Aizack](https://img.wattpad.com/cover/317324472-64-k626005.jpg)