Damn it! Apa yang jadi??

Apa maksud Sara 'I understand the feeling of wanting to end everything'?

Indah cuba bunuh diri?

Takkan kut! Indah aku kuat.

Tapi...

Buah hatinya itu masih muda. Ditimpa dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Mungkin.... dia dah terlalu letih? Mungkin dia rasa melepaskan diri sendiri cara itu hilangkan kesakitan?

Dia garu kepala yang tak gatal, berjalan ke hulu, ke hilir tak tentu hala.

"Macam mana ni? Aku nak call siapa ni? Tapi kalau aku call Sara or Fika, kantoilah."

Dia picit pelipis. Aduh....

Indah, apa Indah buat ni? Jangan macam ni, baby...

Dia mendengus. "Damn it! Tak boleh jadi! Aku kena balik..."

Indah... tunggu Fan. Fan datang....

***********************

Dia berbaring lemah di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumahnya itu. Lengan yang bertampal itu dipandang sekilas. Dia tarik nafas panjang. Terasa begitu lemah tubuh badan hari ini.

Ding, dong! Ding, dong!

Nafeesa gagahkan diri untuk bangkit daripada pembaringan.

Siapa pulak?

Ding, dong! Ding, dong!

"Siapa pulak tu? Dekna, tolong tengok sekejap. Mama tengah masak."

Nafeesa mengeluh. Dia capai tudung yang dia kenakan ke hospital tadi dan dikenakan ala kadar. Perlahan-lahan langkah diatur ke pintu utama, dek kelesuan yang dia rasa.

Ding,dong! Sekali lagi loceng ditekan.

"Kejap...." ujarnya dengan suara agak kuat. Pintu papan besar itu dingangakan.

Dia cuba mengintai daripada pintu itu melihat siapa yang berada di luar pagar.

"Siapa tu?" soalnya.

Tertunduk-tunduk dia melihat melalui celah-celah pagar.

"Indah..."

Nafeesa kaku. Terkesima di situ mendengar suara itu. Cepat-cepat dia tekan punat membuka pagar automatik.

Dan jelaslah di matanya susuk yang sedang berdiri tegak di hadapan pagar yang masih sedang terbuka itu. "Indah..."

Sumpah, segala daya kekuatan tadi terbang. Nafeesa terjelepok terduduk di muka pintu. "Fan.." perlahan suaranya menyebut nama itu.

Nama si dia yang dirindui saban waktu. Nama si dia yang sering ada dalam doa-doanya. Kini si dia itu di depan mata. Terasa bagai sedang bermimpi.

"Indah!" Berlari lelaki itu menghampirinya. Terus dipaut lengan kiri dan kanan Nafeesa memberi sokongan.

"Fan... Fan dah balik. Ini bukan mimpi kan?"

Lelaki itu hanya diam memandang wajah pucatnya. Perlahan-lahan senyum terukir. "Ini Fan.. Bukan mimpi..." bisiknya.

"Ya Allah...." Nafeesa mula menangis. Entahkan menangis lega. Entahkan menangis sedih. Entahkan menangis gembira.

Tangan Irfan mulai merangkul tubuh kecilnya. "I miss you, baby."

Spontan Nafeesa menyandar kepala ke dada bidang itu. Di pelukan lelaki ini, buat Nafeesa begitu selamat dan selesa.

"Irfan!!!! Apa yang kamu buat ni?? Lepaskan dia!!!"

Mereka sama-sama menoleh. Pelukan dah terlerai. Dan mereka lihat, mama berwajah bengis sedang berdiri tegak memandang ke arah mereka.

Nafeesa telan air liur. Irfan cuak.

Mereka berpandangan seketika sebelum memandang ke arah mama semula.

"Mama, please..."

*************************

Ok, dah! cukup sampai sini.. Hahaha.. Yang penting, Fan dah balik...

Doakan kita ada tenaga, idea melimpah ruah, dan masa untuk siapkan cepat cerita ni.. Supaya boleh publish secepat mungkin, ya?

rasa-rasa, mama akan support Indah-Fan ke tak? and betul ke Indah cuba bunuh diri? 😝

gonna be HIATUS for a while... jangan rindu tau! (acahhhhh) haha



The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now