bab 16

210 18 0
                                    

Keesokan harinya hana berjumpa dengan asahi di sebabkan seminggu hana asyik elak jumpa dengannya. Elak lama lama pun tak boleh nanti bertambah rindu.

"Hana" panggil asahi dan hana toleh kepadanya.

"Kau marah lagi?" Soal asahi

"Sebab?" Tanya hana

"kau marah aku sebab tak balas perasaan kau?" Soal asahi dan hana angguk.

"Terasa sikit tapi takpelah malas nak fikir benda dah jadi" ucap hana dan kembali termenung ke depan.

"Terasa banyak ke sikit?" Soal asahi

"Banyak tapi mcm aku cakap, perasaan takleh paksa kan? So aku taknak paksa, biar lah kau suka aku bila kau betul betul dah suka aku, dah balas perasaan kau dah terima aku" jawab hana

"Jadi kau marah sebab aku tak balas perasaan kau?" Soal asahi dan hana geleng.

"jangan paksa kalau tak boleh, aku pun taknak paksa" ucap hana tanpa sedar air matanya menitis cepat sahaja dia lap.

"Kenapa menangis?" Soal Asahi

"Habuk" balas hana.

Jawapan bodoh, dalam kereta mana ada habuk hana ni pun.

Entah kenapa dia tiba-tiba nak menangis dekat semua benda, hati tisu terasa, mungkin sebab asahi tak balas perasaannya.

"Sini" asahi tariknya dalam pelukan, cepat saja hana membalas pelukannya.

Asahi taknak bertanya hanya terus tarik perempuan itu dalam pelukannya.

Hana pun tak tahu kenapa dia jadi terlebih emo. Selama ni dia banyak pendam perasaan, langsung takde siapa nak tanya dia okay ke tak, kalau abang jaehyuk pun ada bertanya tapi hana yang suka menipu perasaannya.

Dulu bagitahu je semua benda sekarang suka pendam, dia nak peluk, nak bahu untuk bersandar tapi tak semua tahu dan faham apa yang Hana nak sekarang kecuali asahi.

"Cuba cerita, jangan pendam" suruh asahi dan hana hanya geleng.

"Ni emosi je bukannya ada masalah pun" tipu hana .

"Menipu" ucap asahi dan usap badan belakangnya.

Apa bila hana rasa lega hana pun duduk seperti biasa, dari pada tadi nangis sekarang dah okay.

"Kau kenapa ni nangis?" Soal asahi dan hana geleng.

"Terasa sangat kut dengan kau" ucap hana.

"Dah lah benda dah lepas" balas asahi

"Apa kata kita kahwin, nak?" Soal hana asahi pun terkejut dengan ucapannya itu. Bagi yang lain mungkin mengarut tapi bagi hana itu dah bukan mengarut.

"Kau demam?" Soal asahi dan hana geleng.

"Aku taknak kau jadi milik orang lain sebelum aku, walau pun kau taknak balas perasaan aku tapi aku nak jugak kau balas perasaan aku, aku paksa." Ucap hana

"Kalau aku balas perasaan kau, Kita kene kahwin jugak?" Tanya asahi dan hana angguk.

"Asal kan kau jadi milik aku" ucap hana

"Mengarut" balas asahi

"Kau ingat aku ada masa nak mengarut? Aku tak pernah ajak lelaki kahwin dulu dengan aku tapi bila dengan kau aku nak kau je, kau je jadi milik aku" luah hana

"Itu obses bukannya sayang"

"Yelah, aku obses dengan kau" terang hana

"Jangan jujur sangat, macam ni aku nak kau kumpul duit dulu, duit sendiri" suruh asahi dan hana angguk.

"Boleh je, kalau aku dapat kumpul kau nak buat apa?" Tanya hana

"Kita simpan jelah, nak buat apa?" Soal asahi

"Kahwin lah kalau modal dah cukup kan" balas hana

"Dah lah jangan cakap pasal kahwin, menakutkan la" jawab asahi hana hanya keluh.

"Ajak kahwin pun menakutkan, takpelah takyah kahwin aku redha nanti kau jadi hak orang lain" balas hana

"Bukan macam tu tapi-" ucapan asahi terputus apa bila hana terus memakai earphone nya dan langsung tak dengar apa yang asahi ucapkan.




Minggu menjadi minggu, menjadi bulan hana sekarang jarang keluar walaupun ada kawan-kawannya, even asahi ajak keluar pun dia tak nak, lepas dari kejadian 3 minggu lepas hana dah malas nak jumpa Asahi, ye lah kalau asyik jumpa hari hari hari hari jatuh cinta, dia taknak kahwin dengan hana baik hana larikan diri, nanti asyik jumpa je bertambah suka.

"Hana, kau dah tak keluar dengan asahi ke?" Soal miyeon

"Tak, kenapa?" Tanya hana

"Kenapa dah tak keluar dengan dia?".

"Kalau hari-hari keluar nanti makin suka, tapi dia tak suka aku pun, buat apa beria" balas hana.

"Macam mana kau tahu dia takkan balas perasaan kau?" Soal miyeon.

"Entahlah, malas fikir" ucap hana

"Tapi, dah masuk 5minggu aku tak keluar dengan dia, aku rindu" ucap hana

"Kau rindu lepastu kau yang tak berjumpa dengan dia, ha siapa suruh?" Soal miyeon

"Entahlah, tapi aku sumpah rindu dia gila-gila, tak tahu macam mana nak cakap tapi yang aku tahu aku rindu dia sangat" luah Hana

"Pergi lah jumpa dia, dia mesti tunggu kau" suruh miyeon

"Taknak" geleng hana

"Aku taknak jumpa dia, sakit hati" balas hana

"Kenapa sakit hati?"

"Dia tak balas perasaan aku, dia macam, entahlah tak tahu macam mana nak cakap, takde reaction langsung, aku dah lebih 4 minggu tak jumpa dia tapi dia tak kesah pun, tak cari aku" ucap hana

"Betul dia tak cari kau? Takkan lah"

"Betul, dia mana ada chat aku, call pun tak, padahal dah lebih 4minggu" keluh hana

"Tapi kau masih sayangkan dia kan?" Soal miyeon dan hana angguk.

"Sikit pun tak berubah, miyeon tolong aku"

"Tolong apa?"

"Aku nak berhenti suka dia" balas hana

"Eh mana boleh, orang kalau dah sayang tak boleh henti suka dia, mesti lah kene bertambah sayang orang yang dia suka"

"Tapi dia tak suka aku, dia tak balas perasaan aku should i just stop loving him?" Soal hana. Kini dia rasa buntu sama ada nak berhenti atau pun tidak, semakin terlanjur cintanya untuk asahi.

Falling in love || Hamada•AsahiWo Geschichten leben. Entdecke jetzt