Fifi mengeluh. "Kita tak naik lagi, macam mana nak tahu?"

Ipin berdecit. "Aku tak biasa tempat-tempat macam ni."

"Tak apa. I ada. You duduk tepi je, main phone. Tak payah bother orang lain."

Ipin garu kepala. Tarik nafas panjang. "Okeylah. Jom!"

Dengan berat hati, mereka berdua turun daripada kereta dan naik ke tingkat tiga bangunan rumah kedai di kota raya Kuala Lumpur ini. 

Studio penggambaran, di mana Fifi selalu bekerja sebagai model separuh masa. Hari ini, dia diberikan tawaran bekerja untuk penggambaran busana pengantin sebuah butik. Bakal dipasangkan dengan Ryan yang juga sering dipanggil bekerja di sini.

Fifi mendapat tahu yang dia bakal digandingkan dengan Ryan dan beberapa model lain untuk projek kali ini. Oleh itu, dia bersetuju dan mengajak Ipin sama. Dia mahu terlihat berdua dengan kekasih-tipu-tipunya ini di hadapan Ryan dan kekasih Ryan. Dia pasti Ryan masih ada perasaan terhadapnya. Melihat dia bermesra dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa cemburu dalam hati bekas kekasihnya itu. Cemburu pula akan menyedarkan Ryan yang dia masih mahukan Fifi. Itu misinya! Mengejar kembali cinta sang kekasih! Dan dia perlukan Mr Annoying Ipin ini untuk menjayakan rancangan meganya.

"You.." panggil Fifi sebaik saja pintu lif terkatup.

"Hmm?"

"Be convincing tau! I nak semua orang convince yang kita memang bercinta. Show some affections."

Ipin hanya diam. Tak mengangguk. Tak juga mengeyakan.

"Dengar tak?"

"Kau ni bisinglah. Pot-pet... pot-pet... Hish..."

Ting! Dan pintu lif ternganga.

Fifi menjeling si dia di sisinya. Ei, annoying nyaaaaa

Tiba di hadapan studio, Fifi menekan loceng. Tatkala bunyi beep kedengaran tanda kunci dah dibuka, Ipin dahulu yang menolak pintu kaca itu. Kemudian dia ngangakan, memberi ruang Fifi masuk dahulu.

Entah kenapa, hati Fifi diasak satu rasa.

Sweet juga mamat ni... 

Dia senyum dan terus masuk. Nafas ditarik panjang. Matanya tertancap pada kelibat lelaki yang sedang duduk bersilang kaki si satu ruang sambil membelek telefon bimbit.

Senyum makin lebar.

Here we go, Fifi! The show is on...

***********************

"Fifi!!! Oh em geee.... lamanya tak jumpa you...." 

Ipin usik telinga kanannya melihat adegan di hadapan mata. Dua gadis gedik sedang bersilaturahim gamaknya. 

"Hey, I heard. You dengan Ryan..."

Fifi terus berdecit. "Oh, come on girl. You are so outdated. Tu cerita lama la.." Lekas-lekas dia memotong.

"So...this guy..."

"Oh, ini Arif. My new... err.. my new partner.." kekok dia nak memperkenalkan lelaki di sisinya yang sibuk memandang sekeliling studio. 

"Hi, Arif! I'm Delisha.." Gadis itu menghulurkan salam.

Ipin memandang tangan yang terhulur menunggu jabatnya disahut. Dia angkat wajah semula.

"Hi, Delisha!" balasnya sambil menunduk sedikit dengan tangan di dada.

"Oh..., I.. err.. oh okay.. Hi, hi!" merah wajah Delisha apabila jelas salamnya tak disambut lelaki itu. Cepat-cepat dia tarik tangannya ke bibir.

The Untold Stories (Vol 2)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ