the day after

Magsimula sa umpisa
                                    

"Fan! Makan je boleh tak?"

Aku ketawa. "Malu sebab kita dah share toilet eh? Patutlah. Hari tu duduk bilik asing-asing, toilet masing-masing.. okey je makan banyak."

"Ei, Fan... Dahlah tu..." Dia merengek.

Makin galak aku ketawa. "Indah, relax la. Semua orang berak busuk. Mana ada orang berak wangi. Fan tak pernah expect Indah berak wangi pun.. Sumpah. So kalau busuk pun, Fan tak terkejut... Don't worry..."

"Fan ni jahat la..." dia menunduk dan menekup wajah.

Aku sengih. Hanya memandang sang isteri yang pertama kalinya merajuk.

"Indah..."

Dia tak pedulikan.

"Hey, Indah.." sekali lagi lagi memanggil.

Tetap tak disahut. Lalu aku kuis sedikit tangannya.

"Indah... Pandanglah Fan sini.."

Dia berdecit. Tangan dialihkan dan menjeling marah.

Aku ketawa. "Fan pelik ah. Macam mana ada manusia macam Indah ni, masa marah pun cantik eh?"

Muka yang masam mencuka tadi mulai tersenyum. Walau dia cuba menyembunyikan.

"Mengada!"

Aku sengih. Strike! Dah tak merajuk.

"Makan je. Nanti lapar."

Senyumnya makin lebar dan dia mula menguis mee goreng dengan garfu.

Aku memandang wajah bersih itu. Spontan bibir mengukir senyum tatkala memori-memori indah semalam bermain di fikiran.

"Fan, nan..." terhenti bicaranya apabila mata kami bertaut saat dia nengangkat wajah.

"Ken.. kenapa Fan pandang saya macam tu?"

"Tak leh?"

"Janganlah..."

"Biarlah. Mata Fan, sukahati Fan.."

"Tapi ini muka saya. So saya tak nak Fan pandang saya macam tu."

"Baik sikit, cik adik. Awak tu dah officially Fan punya jugak. So sukahati Fan la nak pandang!"

Dia terdiam. Gigit bibir dan ketawa. Lalu menunduk.

"Are you happy?" Soalku.

"Happy?" Soalnya semula.

"Jadi isteri Fan."

Dia senyum. Angguk. "Fan?"

"Hmm... bolehlah.." balasku bercanda.

"Bolehlah je?"

Aku sengih. "Tak tahu tu perasaan happy ke macam mana. Fan suka Indah menangis dekat bahu Fan. Fan suka Indah harapkan Fan jaga Indah. Fan suka ada roommate and bedmate baru. Fan suka ada buka mata nampak Indah. Ada Indah teman Fan makan. Ada Indah buatkan air Fan. Ada Indah mana-mana."

Dia pandang aku lama, wajah memerah, dan dia menunduk semula.

"Finally, I feel like I belong somewhere. I'm part of a team. Team yang tak splitted. And I like that..."

Dia angkat wajah semula.

Aku senyum. "Tu camana kira? Happy ke tak?"

Dia tertawa kecil. "Entahlah."

"Jodoh kita pelik, kan? Dahlah abah kahwin dengan mummy awak. Kita ni adik beradik tiri. Awak pulak syok dengan Tal, dan saya kawan dengan Jebat. Tiba-tiba kita pulak dah jadi macam ni," ujarnya.

"Jadi macam mana?"

"Macam ni," ujarnya sambil jari telunjuknya bergilir menunjuk ke arah aku dan dia. "Dah kahwin!"

Aku sengih. "And boleh buat apa yang kita buat semalam?"

"Hesyy!!! Diamlah, Fan!"

Aku ketawa. "Penipu kan drama-drama tu. Kalau dah kahwin, mana ada istilah 'Sorry, I tak bersedia. Bagi I masa'. Masa apa. Jalan je lah. Duduk sebilik, sekatil. Ya sangatlah tak mahu buat apa-apa."

"Fan!" Marahnya lagi lalu mencubit tanganku.

"Aduh, sakitlah!"

"Padan muka! Nakal lagi."

"Ok, ok. Makan! Dari tadi tak makan-makan."

"Salah Fan la. Asyik kacau orang."

"Ok. Fan mengaku salah. Dah, makan!"

Dia sengih lalu mula mengunyah.

"Fan, saya nak tanya."

"Hmm?"

"Kenapa alarm phone Fan bunyi pukul 9 pagi?"

"Sebab hari ni weekend. Memang bangun lambat."

"Tapi, tak dengar pun alarm untuk Subuh. Fan boleh bangun Subuh without alarm ke?"

Aku tersentak. Terus terasa tersedak makanan yang baru aku suapkan. Lalu cepat-cepat aku minum air.

"Pelan-pelanlah, Fan. Jangan gelojoh," pesannya sambil bangkit menepuk belakangku.

Sumpah. Terasa sakit. Bukan di kerongkong kerana tersedak.

Tetapi di hati kerana soalan tadi.

Fan boleh bangun Subuh without alarm ke?

Jawapannya, tak boleh dan tak mungkin.

Jadi macam mana aku Subuh?

Jawapannya, memang terbang tak terbuat.

Tetapi sebelum aku tak rasa apa-apa. Kerana tak pernah ada yang bertanya.

Fan dah solat?

Solat, tiang agama itu, bukan tiang buat aku. Kerana, kurang teguhnya ia berdiri dalam hidup seorang Irfan Syahmi. Aku buat bila aku rasa nak buat. Aku abaikan tanpa sebarang rasa.

Bukan tak pandai, bukan tak tahu. Tetapi aku tak mahu buat.

Aku Islam yang merasakan, jika aku puasa di bulan Ramadhan, solat terawih, tak makan babi atau tak minum arak, tunaikan zakat fitrah menjelang Syawal, cukuplah Islam ku sekadarnya. Akulah jenis Islam itu.

Kini aku hidup bersama dengan dia yang akan nampak hampir seluruh rutin hidup aku.

Kantoi aku seorang culas solat. Banyak cacat-cela. Bukan calon imam terbaik.

Sudikah Indah terus setia bersamaku?

Atau, akhirnya dia akan pergi meninggalkan aku yang tak sempurna ini?

***********

Jeng jeng jenggg.....

Hahaha..

Ok, rasanya cukup setakat ini update budak dua org ni. Hahhaa.. kita tinggalkan korang dengan soalan..

Rasa-rasa apa akan jadi? Hehehe..

Selamat berhari minggu semua. Take care!

The Untold Stories (Vol 2)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon