Aku panggung wajah dan senyum. "I'll try my best..."

Daddy turut senyum. "Then daddy doakan the best for you two.."

"Thanks, dad." Aku peluk daddy sekali lagi.

Entah kenapa, aku terasa ragu. Entah kenapa, aku terasa was-was. 

Boleh ke? Selama ni aku bukan seorang yang bertanggungjawab sangat. Hidup sendiri huru-hara dan tak tentu hala, boleh ke aku jadi suami yang baik untuk dia?

Kalau aku gagal?

**********************

"Sah."

"Sah."

Dua orang saksi nikah hari ini mengesahkan ijab dan qabul yang termeterai antara aku dan abah sekejap tadi. Tok kadi mula membaca doa, dan aku lihat abah menutup wajah dengan tangannya yang diangkat untuk berdoa. Tak susah mengagak. Abah menangis.

Entahkan menangis sesal. Atau menangis gembira. Entah.. Aku tak tahu.

Aku berpaling sejenak pada si manis yang berbaju kurung yang berona sedondon denganku. Kurung rekaan pahang yang ringkas, tetapi elegant. Seperti yang dia idamkan.

Semuanya yang dia ceritakan pada aku dalam kapal terbang tempoh hari, aku taip dan hantarkan pada Fika setelah kapal terbang mendarat. Aku minta Fika dapatkan semuanya. 

+Sis, I need help

+Carikan I baju melayu teluk belanga, baju kurung pahang klasik yang suitable for nikah. Not too fancy. Simple, yet elegant. Less detailing, but vogue. Color silverish grey. 

+Baju melayu, my size. I don't know, M? jangan senteng pulak tau! Baju kurung, I think, about your size kot. Pendek sikit dari you.

+Pandan gula melaka cake. Yang tersedap. Cukup besar for kita satu family makan sama-sama.

+Hand bouquet. Fresh flowers. pastel color. Make it match dengan color baju tu.

Send.

Fika Sis: Woahh... hello tak ada, salam tak ada. Banyak pulak request!

Aku sengih membaca balasan mesej adikku itu.

Fika Sis: Consider it's done, bro. For your 'kahwin lari' mission ni kan? Sure... I'm in!

+Sengal! tak payah nak mission sangat!

Fika Sis: I'll find some one to do her make up and hair as well.

+Sis, dia pakai tudung. Tak payah hair stylist.

Fika Sis: Ooo ya ke? Tak sangka ada hijabista sudi kahwin dengan you, Fan! Alright. Full set of tudung accessories then.. noted, boss

Semampu mungkin, aku tunaikan permintaannya. Tetapi nakkan majlis 3 hari 3 malam tak dapatlah. Kan kena buat tertutup. Nak berhari-hari macam mana.

"Aamin, aamin ya rabbal alamin..." Sedar tak sedar, doa usai dibaca tok kadi.

Aku meraup wajah.

Dengan itu, aku rasmi menjadi suami kepada si dia, adik tiriku, Busyra Nafeesa binti Abdul Nasir.

Sekali lagi aku berpaling memandang dia. Matanya yang kelihatan kosong itu juga memandangku.

Aku tarik nafas panjang kemudian aku senyum.

Dia turut senyum sebelum menunduk.

No turning back, Irfan Syahmi. Tak boleh U-turn dah! Mahu tak mahu, jalan terus!

The Untold Stories (Vol 2)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt