1. Lamunan Terhenti

245 15 6
                                    

------
"Mana shin hye ? kata nak rehat sama-sama ??" Tiffany sudah memuncungkan mulutnya kerana terpaksa menunggu lama akan kehadiran Shin hye . Lama 2 minit je pun -,-

"Sabar lah.. kejap lagi sampai lah tu kot" balas Miho rileks . Beberapa minit kemudian, Shin Hye muncul dalam keadaan tergesa-gesa

"Hi ! sorry lambat .. tadi tolong cikgu angkat barang" ujar Shin Hye

"Gwenchana .. Miho ok je .. tapi si Fany ni haa .. lambat sikit pun tak boleh " kata Miho sambil menyiku lengan Fany

"Auchh ! Sakit lah" marah Fany . Mulut nya makin dimuncungkan

"Alah Fany ni.. Sikit jelah, tak yah lah marah Miho .. " Shin hye mula menenangkan Fany . Tiba-tiba baru dia terperasan sesuatu, Krys !

"eh ! krys mana krys ??" soal Shin hye apabila tidak melihat susuk tubuh krys . Pagi tadi pun dia tak nampak krys di tapak perhimpunan

"Ouh.. Krys tak datang sekolah harini, dia demam.." balas Fany sambil menggosok-gosok lengan nya yang disiku miho

Shin hye mengangguk tanda paham . Dan mereka berjalan beriringan ke kantin untuk membeli makanan .

"Petang ni apa kata kita keluar ? Fany bosan lah duduk rumah" luah Fany sebelum menyuap sesudu nasi goreng kimchi ke dalam mulut nya

"Boleh jugak .. tapi nak pergi mana??" soal Miho sambil memandang Fany dan Shin hye

"Apa kata kita pergi Namsan Tower ?" Shin hye mula memberi buah fikiran

"Wah.. ok jugak tu , tapi tak best lah pergi tanpa krys" rungut Miho

"Apa susah, ajak jelah krys tuh .. Mesti dia nak punya.. " Kata Fany

"Krys kan demam.. Nanti makin melarat pulak demam dia kalau kita ajak dia " Kerisauan mula timbul di dalam diri Shin hye

"Fany pasti.. Krys akan ikut kita dan demam dia akan pulih.. " kata Fany seraya menaikkan kening kanannya dan tersenyum . Ada sesuatu yang bermain di dalam minda nya

-SKIP-

Shin hye menunggu miho dan fany di ruang tamu . Mereka berjanji akan ke sana tepat pada pukul 3 petang dengan menaiki kereta milik appa Shin hye . Siap ada driver sekali . Maklumlah, orang kaya kan ? Sebelum keluar rumah, Shin hye meminta izin omma nya terlebih dahulu . Nasib menyebelahi Shin hye . Omma nya telah mengizinkan anak tunggalnya bersiar siar di Namsan Tower .

"Dah lama sampai ?" satu suara mula menegur Shin hye yang keseorangan di atas sofa ruang tamu . Shinhye berpaling ke belakang dan ternyata suara itu suara Jessica . Kakak Miho, Fany dan Krys

"Ha'ah baru je sampai . Ni unnie jessica ye?" soal Shin hye . Memang sebelum ni dia tak pernah langsung tengok rupa unnie Jessica yang selalu diceritakan Miho,Krys dan Fany . Baru kali ini Shin hye berpeluang untuk melihat rupa unnie Jessica . Cantik orang nya ..

"Ya, Tapi tak usah kot panggil akak unnie Jessica .. Panggil je Kak Sica" kata Jessica

"Ouh, okay kak sica" kata Shin hye . Perasaan awkward menyelubungi mereka berdua . Almaklumlah, mereka berdua belum pernah bertemu lagi

"Nak akak buat kan air ke? " pelawa Jessica

"Takpe lah.. tekak ni masih basah lagi . lagipun saya taknak susahkan akak" jelas Shinhye

"Shin hye, sorry lambat .. Ni haa, fany ni make up punya lah lama . Mengalahkan orang nak kawin" kata Miho yang baru turun dari tingkat atas . Kelihatan Fany menyusul dari belakang nya

"Biarlah, Fany nak cantik macam pelakon Choi Ji Woo tu" gumam Fany

"Hahahaha.. jom lah kita pergi sekarang .." kata Shinhye

"Eh ! tunggu lah krys !" jerit Krys sambil memakai heels

"Eh! bukan Krys demam ke? Ni dah elok ke ni ?" Soal Shin hye sambil cuba memegang dahi Krys, lalu ditepis krys

"Eh! krys demam krys dah elok sikit lah" balas Krys

"Eh! perlu ke tepis tangan shin hye" kata Shin hye

"Eh! dah Shin hye yang pegang dahi Krys tanpa izin.. Krys tepis jelah "

"Eh! krys tepis tangan shin hye tanpa izin boleh pulak ?"

"Eh ! takda tulis pun jangan tepis "

"Eh ! ada ar.. Tak nampak ke"

"Eh! mana ada . Buta ke?"

"Eh! kalau Shinhye buta dah lama shin hye jalan pakai tongkat"

"Eh! shin hye ni, dah buta tu buta jelah "

"Eh! Eh! Eh! korang ni !! Bila nak abis ni ? pergi cepat .. Balik cepat" marah Jessica

"Entah -,- dari tadi asyik eh! eh! je" balas Fany dan Miho serentak

"Hahaaha kitorang gurau je tadi" kata Krys

"Betul tu, okay lah kami pergi dulu . Bye kak sica" kata Shin hye

"Bye ... Hati - hati tau .. Jangan merayau jauh-jauh" pesan Jessica

Mereka berempat hanya mengangguk tanda paham dan mula melangkah masuk ke dalam kereta berjenama Hyundai

-SKIP-

Petang itu, mereka ke bersiar-siar di kawasan Namsan Tower . Shin hye telah membeli mangga yang bewarna merah muda, dia menulis nama nya, Krys, Miho dan Fany . Dia juga tulis 'We are 4 people who are so different from each other and now become one as a bestie forever' . Kemudian mereka berempat berdoa sebelum mangga itu di kunci .

"Cik.. oh.. cik.." seseorang telah membuat lamunan aku terhenti . Aku kembali ke dunia realiti .

"Ye? " balas aku

"Dari tadi saya panggil cik, tapi cik termenung je. Cik teringatkan apa?"

"Kan saya dah bagitahu, jangan bercik-cik dengan saya.. Panggil je saya Shin Hye, lagipun kita sebaya lah Jimin" kataku kepada pembantu peribadi ku , Park Jimin

"urm, mianhae . Baiklah Cik Shin hye" kata nya . Dan ini membuatkan aku ingin ketuk-ketuk je kepala nya . Nasib baik lah sekarang ni dalam kapal terbang . Ouh ye, Aku dan pembantu peribadi aku kini sekarang berada didalam kapal terbang selepas 20 minit bertolak untuk ke Los Angeles U.S . Aku kini mengambil alih tempat appa ku, sebagai CEO di syarikat Liciously Holding dan aku juga ialah pemegang saham terbesar di Korea . Tujuan aku ke Los Angeles ni adalah untuk bertemu dengan klien . Kalau ikutkan hati, aku malas hendak ke luar negara, tapi atas desakan appa aku . Aku pun turuti jelah . Appa kata dia klien terpenting bagi Liciously Holding . Nak mahupun tidak . Aku terpaksa ke Los Angeles . Ni juga untuk kebaikan Liciously Holding juga .

"Cik.. marah saya ke ?" soal Jimin kepada aku . Mungkin dia fikir aku marahkan dia sebab dia panggil aku dengan panggilan Cik

"Takde lah.. Buat apa saya nak marah awak . Saya cuma pening memikir masalah pasal klien yang bakal kita jumpa nanti . Saya harap dia tak minta macam macam dekat Liciously Holding"

"Saya pun berharap begitu lah" kata Jimin . Perbualan kami berdua terhenti disitu kerana dia ingin ke tandas .

'Apa khabar agak nya Mong Family ?' Aku bermonolog sendirian . Sejujurnya, memang aku rindukan mereka semua . . . Aku rindu kak gyuri, kak yuri, kak sica, kak min ah, miho , krys dan fany . Kini sudah 9 tahun aku tidak bersua muka dengan mereka . Entah apa rupa mereka sekarang ni . Mungkin kak gyuri sudah beranak pinak ? Sebenar nya aku lost contact dengan mereka semua . . .

Cerita nya macam ni . . . . . . . . .

_ToBeContinue_

The Beginning for whisper of my soul season 2 . So, how is it ? Drop your comment . . .

Whisper Of My Soul 2  [MONG FAMILY FANFIC]Where stories live. Discover now