𝐁𝐀𝐁 𝟏 | 𝐊𝐈𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐎𝐍

33.9K 1.5K 125
                                    

TIDAK BERHENTI DIA  membelek badan di hadapan cermin. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Fungsi dia apa? Fungsi dia sebab nak tengok outfit baju harini! Biasalah perempuan, kalau tak ada orang nak puji selain diri sendiri, macam mana nak bersemangat untuk buat kerja. 

Betul tak? 

Mungkin setengah orang akan kata yang outfit pergi kerja sebenarnya tak penting. Tapi sebenarnya salah! Salah sama sekali dalam sisi undang - undang wanita. Diaorang tak tahu ke sebenarnya outfit kita ni menjadi pembakar semangat buat pergi kerja. 

Setelah berasa sudah puas dengan penampilan sendiri,  barulah gadis itu bergerak melangkah pergi meninggalkan perkarangan rumahnya. Nafas ditarik panjang, lalu dihembuskan perlahan – lahan.

Jam tangan dilihat sekilas. Tepat menunjukkan pukul 7.30 am. Masih awal, ada lagi masa tiga puluh minit sebelum masuk waktu bekerja. Sarah berjalan pergi ke Café yang baru saja dibuka minggu lepas. Ingatkan nak pergi sewaktu balik kerja semalam, tapi tidak sempat pulak atas kekangan masa.

"Selamat datang!" sapa pekerja tersebut dengan mesra sebaik sahaja Sarah Emilia melangkah masuk ke dalam café. 

"Yes, nak order apa, Miss?"

"Bagi saya chocolate smoothie satu."

"RM 10.90, Miss"

Wang kertas yang bernilai dua puluh ringgit dikeluarkan dari dompetnya. Tanpa menunggu lama air yang di pesan oleh Sarah Emilia sebentar tadi sudah siap sepenuhnya. Automatik, terlakar senyuman manis pada bibir milik Sarah Emilia.

Nampak tak, sebenarnya nak dapat kebahagiaan seorang perempuan itu sederhana saja. Tak perlu bagi hadiah mahal – mahal. Bagi saja, makanan atau minuman. Pasti dia senyum sampai masuk dalam mimpi.

Sarah Emilia menunduk dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi meninggalkan café. Sedang dia leka menikmati pemandangan indah yang ada pada sekitar kawasan yang dia laluinya, dapat dengan jelas gadis itu terdengar suara haiwan.

Iya, haiwan dan suara haiwan ni memang tak asing sangat. Dekat tepi jalan selalu jumpa. Cuba teka haiwan apa? 

Tet!

Salah!

Cuba lagi!

"Meow"

"Meow!!"

Automatik Sarah Emilia mendongak memandang ke atas. Jelas sekali itu Cik Meow. Dahinya ditepuk perlahan sebelum bercekak pinggang. Apa pasal lah kucing ni boleh sampai ke atas sana. Dan lagi satu, macam mana dia boleh panjat pokok yang tinggi gila ni? 

Serius soalan. 

Kucing ni dia ada kuasa macam spiderman ke? Hebat sungguh kucing zaman sekarang. 

"Aduh, Cik Meow macam mana saya nak tolong awak ni?" Rungut Sarah Emilia.

"Meow!"

Sarah Emilia menggulingkan matanya ke atas. 

"Itulah Cik Meow, lain kali dah pandai naik, pandai jugaklah turun. Ini tak pasal - pasal saya yang kena tolong Cik Meow turun bawah. Fikir saya ni tak ada kerja lain ke? Saya dah lambat tau datang kerja. Baru saja harini nak jadi staff paling terbaik dekat kedai bunga kak Delilah. Hesy."

Mahu tidak mahu terpaksa jugak Sarah Emilia panjat naik ke atas. Kasutnya dibuka terlebih dahulu dan diletak di tepi. Walaupun kasut bundle, tetap saja kasut. Nanti kena curi, dia nak pakai apa untuk jalan? 

Lengan baju pula disising sehingga paras siku.

"Fine! Sabar kejap saya pergi naik atas tolong awak Cik Meow. Nanti saya dah tolong, Cik Meow jangan cakar saya pulak. Kalau Cik Meow cakar, saya cakar Cik Meow balik." Gertak Sarah Emilia tapi kucing tersebut hanya diam saja. 

KING RION | REVAMPWhere stories live. Discover now