Terdampar

582 62 77
                                    

"Ahh... "

Perkara pertama yang dirasai oleh Boboiboy tatkala membuka kelopak matanya ialah kesakitan.  Setiap sudut tubuhnya dihambat perit,  seolah olah ada bisa mematikan yang mengalir di setiap urat sarafnya.

Kesakitan dan kedinginan yang sama dia rasakan sewaktu dia jatuh ke dalam tasik beku selepas tembak seekor-monyet-angkasa-biru-yang gilakan-kuasa ke angkasa raya.

Telinga sang penguasa 7 elemental itu menangkap bunyi desiran air.  Seperti ombak yang menghempas permukaan pantai.  Dan setiap kali 'ombak'itu berbunyi,  badannya turut sama terapung tersorong ke hadapan dan belakang mengikut nada hempasan 'ombak' itu.

Bayu malam yang dingin menampar lembut wajah Boboiboy yang comot dah penuh luka.  Surai coklat gelapnya beralun mengikut alunan air.

Dengan sedikit kewarasan yang berjaya dikumpulkan,  otaknya memetik satu kesimpulan.

'Aku... dekat pantai?.. '

Boboiboy mendesah kesakitan,  air laut yang masin membuatkan seluruh luka di tubuhnya mencengkap perit. Terutama sekali di bahagian abdomen kirinya mencucuk cucuk bisanya.  Dan Boboiboy yakin keadaan di sebalik bajunya itu bukan sesuatu yang baik.

"Ahh... "

Dengan saki baki kekuatan yang berjaya dikumpulkan, remaja 15 tahun itu mengesotkan tubuhnya  naik ke permukaan. Pergerakan dia amat perlahan tetapi pasti.  Ironinya dengan dirinya yang terkenal di seluruh galaxy dengan julukan superhero yang tak reti duk diam dan selalu melompat sana sini.

Setelah keluar dari kedinginan air laut itu,  Boboiboy menyentuh abdomen kirinya yang lain macam sakit... well semua badan dia sakit, tapi bahagian situ entah kenapa terlebih pula sakitnya.  hanya untuk mendapati tangannya kini sudah basah.

Well mestilah dah basah dia baru lepas keluar dari laut kot.  Apa kau pikir?  Tapi cecair di bajunya terasa lebih hangat kontra dengan air laut yang sejuk.

Sambil mengetap bibirnya menahan pedih, Boboiboy struggel cuba membuka jaket jingganya yang sudah tak serupa jaket.  Koyak sana sini.  Kerja mudah seperti buka jaket pun terasa begitu susah bagi remaja ini terutamanya dengan hanya sebelah tangan.

Korang tanya sebelah lagi mana?  Tangan kanan dia patah gais.  Yess patah!

Sebaik sahaja jaket itu berjaya di nyahzipkan,  Boboiboy menyelak t-shirt hitamnya,  hanya untuk melihat  satu luka panjang terukir di situ.

Okey,  dia ada berita baik dan berita buruk.

Berita baiknya,  luka tu tak adalah sedalam dan seteruk yang disangka. (peringatan mesra sedalam dan seteruk tu adalah sedalam dan seteruk bagi seorang budak yang sentiasa  dapat kecederaan lepas buat misi) Berita buruknya pula ialah,  luka tu masih mengalirkan darah. Oh, yeah he is bleeding guys!

Boboiboy tahu dia tak boleh biarkan luka itu terus mengalir, atau ia akan memberikan kesan yang lebih teruk nanti.

Kawasan sekeliling dipandang, cuba mencari sesiapa yang boleh membantu. Sayangnya hanya kegelapan malam dan pokok bakau tebal terhidang pada pandangannya matanya. Dia kembali menghadap hadapan hanya untuk melihat lautan  yang sangat gelap terhampar luas.

Ok, bagi dia fikir kejap, sekarang dia terdampar di tepi pantai yang sunyi di tengah tengah malam yang gelap gelita entah celah ceruk planet mana tanpa sebarang makanan atau alatan dengan perut yang terbelah dan tangan yang patah seorang diri tanpa sebarang tanda tanda kehidupan dia boleh lihat di situ. Tambahan pula dia tak ingat langsung apa yang dah jadi pada dia sebelum dia boleh terdampar keseorangan dekat situ.

Yeahh.... kesimpulan terbaik.

"Aaghhhhhh...." makin lama makin berbisa luka di abdomennya itu. Ah, macam mana dia nak tutup luka ni? Rasanya, dia yakin pernah tak tertidur buat pertama kali  dalam kelas rawatan Tapops buat dulu. Tetapi, tak ada satu memori yang berguna untuk dilakukan dengan apa yang dia ada.

EncounterWhere stories live. Discover now