AIZACK-DANEEN | 27

Start from the beginning
                                    

"Baiklah Puan Muda, Nanti kalau Tuan Muda nakal-nakal saya terus roger..." Khalif turut mengikuti rentak wanita itu sebelum keduanya tergelak.

"Ehem."

Daneen mengemam bibirnya apabila mendengar dehaman daripada suaminya, Khalif turut terdiam.

"Bye Khalif, Hati-hati drive." Laju Daneen melangkah pergi meninggalkan kedua lelaki itu, Nak selamatkan diri sendiri dulu.

Khalif kembali menaikkan cermin tingkap keretanya sebelum dia memerhati kelibat Tuan Mudanya dicermin kereta hadapannya.

"So Tuan Muda Aizack are you--"

"Diam, Diam, Jalan je jangan bising." Khalif terus mencebik apabila terus dibidas oleh lelaki itu, Kelihatan Tuan Muda nya itu sudah berpeluk tubuh sebelum memejamkan kelopak mata.

Eleh orang tua ni.

Daneen menuruni tangga satu persatu, Salah satu pembantu rumah memberitahu dia bahawa ada tetamu yang datang, Dan sudah menunggu diruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daneen menuruni tangga satu persatu, Salah satu pembantu rumah memberitahu dia bahawa ada tetamu yang datang, Dan sudah menunggu diruang tamu.

Siapa agaknya ye.

Daneen terus mengatur langkah kearah ruang tamu sebelum kening dia berkerut apabila melihat ada seorang gadis yang sedang membelakanginya dan elok saja duduk disofa ruang tamu rumah mereka.

Kening sempat digaru sebelum dia mendekati gerangan tersebut.

"Assalamualaikum." Ramah suara Daneen kedengaran memberi salam terhadap si tetamu itu, Dan terus gadis itu bertindak memalingkan kepala kearahnya. Semakin berkerut Daneen apabila melihat wajah gadis dihadapannya, Macam pernah jumpa tapi dia tidak tahu dimana.

"Walaikumsalam." Apabila perasan dengan kelibatnya gadis itu pantas berdiri dari duduknya.

"Eh takpela Cik duduk je." Ujar Daneen sedikit kekok apabila gadis itu menyusahkan diri lagi berdiri deminya, Dia tidak kenal tapi terasa macam pernahlah pula jumpa.

Tapi siapa ye perempuan ni? Kawan Aizack ke? Keluarga ke? Ke kekasih!

Hoi jauh sangat otak dia pergi melayang ni.

Tiada bantahan gadis itu kembali melabuhkan punggungnya, Dan Daneen tidak menunggu lama turut mengambil tempat dihadapan gadis itu.

"Just Irish, I Irish Arfabella sepupu Aizack." Tidak sempat bertanya lebih lanjut wanita itu terlebih dahulu memperkenalkan diri, Mulut Daneen berbentuk O kecil.

Lah sepupu.

"Ah sepupu? Err maaflah Irish, Tapi Aizack takde sekarang dia kerja." Kata Daneen lagi, Satu senyuman paksa dimaniskan, Kenapa datang waktu tengah hari macam ni? Datanglah malam ke pagi ke, Takpun hari minggu, Sebab Aizack selalu cuti ahad saja. Ha takpun datang tempat kerja Aizack terus.

Jahat.

"I datang sini bukan nak jumpa Aizack, Tapi you." Daneen terdiam, Matanya terkedip sekejap, Cari dia? Aik. Dah kenapa cari dia pula.

"Ah nak jumpa I, Eh Saya." Daneen menggigit bibir bawahnya, Dah kenapa dengan dia nak ikut gadis dihadapannya main I,You dah buang tebiat ke apa kau ni Daneen.

Buat malu saja.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Daneen lembut kearah gadis dihadapannya, Irish cantik, Mungkin lah mungkin gadis ini lebih tua dari dia, Sebab aura gadis dihadapannya lebih kepada kakak-kakak macam tu, Kotlah, Selalunya orang muka je tua tengok-tengok diri ini lebih tua.

"I nak bagitahu you something, About me and Aizack." Mendatar saja suara Irish kedengaran, Dan dalam diam matanya menjalar diseluruh wajah polos isteri kepada lelaki idamannya.

Jujur dia katakan, Wanita dihadapannya sangatlah cantik, Putih mulus lagi-lagi mata bulat itu. Dan semestinya ada tahi lalat kecil tepi mata bahagian bawah. Menambahkan lagi aura kecantikkan wanita itu.

Kali ini Daneen betul-betul terdiam, Pasal gadis ini dengan Aizack? Kenapa dia tiba-tiba rasa lain?.

"We're both grow together, Habis study pun bersama, Senang cerita I ada bersama dia susah dan senang, I tahu semua masalah dia, Pasal dia, Everything..."

"And of course I have feeling toward him bukan sekejap tapi waktu kami masih kecil lagi."

"He said to everyone yang dia takkan pernah kahwin, I can't do anything waktu dia bercakap macam tu, I sanggup tunggu dia bertahun-tahun, I tolak semua lelaki yang nakkan I sebab-sebab nak tunggu dia tukar pikiran, But semuanya sia-sia apabila you hadir." Tidak menunggu untuk wanita itu membenarkan dia bercerita, Irish terus saja meluahkan kesemuanya dihadapan wanita itu, Dan matanya menatap lembut anak mata milik wanita itu yang jelas sudah terkedu. Panjang lebar dia bercakap pasal masa-masa kecil mereka.

"I yang tunggu dia berpuluh tahun kalah dengan you yang entah baru berapa lama dia jumpa, It's really hurt me apabila dia berkahwin dengan you dan bukannya I." Satu senyuman hambar terbit dibibir Irish, Jelas kini reaksi wajahnya sedang rapuh, Masih sakit dan semakin sakit apabila lelaki yang dicintai sudah menjadi milik orang lain.

Dan orangnya sudah pun berada dihadapannya. Dia tidak kisah dengan apa yang wanita ini rasakan selepas dia meluahkan kesemuanya, Hati dia lagi sakit.

Daneen terkelu mendengar luahan gadis dihadapannya, Jantung dia sudah berdegup laju, Kenapa dia merasakan yang dia sudah merampas kebahagiaan orang lain?

Berpuluh-puluh tahun?

Gadis ini menunggu Aizack berpuluh-puluh tahun tetapi lelaki itu lebih memilih untuk berkahwin dengannya yang langsung tidak pernah pun lelaki itu kenali.

Ya Allah apa ni?

Sumpah dia hilang kata-kata, Terasa diri dia sudah merampas milik orang lain, Tapi dia tidak tahu langsung pun.

Liur ditelan dan pandangan dia semakin mendalam menatap mata gadis dihadapannya, Apa yang perlu dia buat?.

Kenapa sakit eh?

Dia merampas hak orang lain ke?

Kalau betul dia merampas, Apa yang perlu dia buat?

Ya Allah apa ni...

To be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continued

Asyik sweet je rasalah pula
pahitnya🤣

[C]✓Prince Aizack Where stories live. Discover now