Perangai jimat-cermat memang tak berubah walaupun sekarang dah bekerja sebagai pensyarah kanan. Tak suka berbelanja untuk benda-benda tak perlu, contohnya gajet.

Dia terus ambil telefon bimbit itu.

"Boleh pakai lagi ke ni?" Soalnya sendiri.

Lalu dia cuba hidupkan.

Senyum terukir apabila melihat skrin telefon itu menyala.

"Yeay, alhamdulillah. Boleh pakai.."

Dia terus menggodek telefon itu. Nampaknya telefon itu masih menggunakan alamat emel Kimi.

Dia sengih nakal. "Usha jap.." ujarnya lantas menyelesakan duduk.

Benda pertama dia buka ialah emel.

Banyak emel-emel urusan pengajian PhD Kimi. Dia terus scroll ke bawah lagi, hingga ke emel-emel lama sebelum mereka berkahwin.

Kut-kut dekat Sydney, ada awek mengurat laki aku ke...

Tiba-tiba matanya menangkap satu nama. Cepat-cepat dia scroll ke atas semula.

Aafiqabdullah@gmail.com

Subject: warning from her brother!

Wina sengih. Heh? Abenda pulak abang acah ni..

Lalu dia sentuh skrin membuka emel itu.

Assalamualaikum bro,

Dah lama aku tak tulis email macam ni. Macam geli. Tapi aku rasa perlu aku tulis and hantar email ni pada kau.

Aku boleh panggil dan jumpa kau untuk cakap benda ni. Tapi aku pilih to write, so that you can re-read this again and again as reminder.

Terus-terang cakap, masa kau decide tinggalkan Wina, putuskan engagement korang, without a word, aku panas gila bro. Kalau kau depan mata aku, aku sure aku dah terajang kau.

Kau kawan aku. Tapi Wina adik aku. Aku tengok adik aku menangis masa tu, sumpah hati aku pun pecah berderai. I'm pretty sure, if your sister was treated that way, kau pun akan mengamuk.

But, aku percaya semua orang deserve a second chance. Dan aku percaya kau acted out of desperation. Sebab tu aku support decision abah dan ibu untuk satukan korang semula.

But bro, i'm warning you.

JANGAN BUAT WINA SEDIH LAGI.
JANGAN KECEWAKAN ADIK AKU LAGI.
JANGAN SIA-SIAKAN MY BABY SISTER, Kimi.

If you do, kawan tak kawan, aku belasah kau

Treat her good. Didik dia baik-baik. Sayang and cintakan dia sampai akhir hayat.

Aku percaya, kau yang terbaik untuk Wina. Tolong jangan spoil kepercayaan aku.

Take care of her, Kimi. Jaga adik kesayangan aku tu baik-baik.

Kalau tak, you'll have to deal with me

Emel itu habis begitu sahaja tanpa sebarang ayat penutup. Namun si pembaca terasa berat dada menahan rasa.

Wina kemam bibir. Air mata terus jatuh laju.

"Abang...." rengeknya. Terkenang si abang yang selalunya nampak seperti tak kisah dan tak memberi perhatian.

Kadang-kadang Wina rasa abang sayangkan semua orang lain, kecuali dirinya.

Ketika ditunangkan kali kedua dengan Kimi yang merupakan sahabat baik abangnya itu, betapa dia marah dan benci abang. Dia rasa abang mengkhianati dirinya. Membiarkan maruah dan perasaan si adik dipijak-pijak sang sahabat.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now