Nun senja kekuningan di petang hari, Nur mengeluh kerana pada esok hari ,dia sudah mula dikehendaki untuk pulang dan menetap di kolej. Setelah 2 semester dia berada di rumah, dan selesa tidak bercampur dengan manusia. Kini, dia perlu hadapi manusia manusia baru yang bakal menjadi kenalan sementara atau abadi?. Nur bukannya sejenis introvert person, cuma Nur risau tidak dapat menghadapi sebarang cabaran semasa di kolej kelak. Perasaan bercampur baur antara takut dan risau menyelibungi dirinya tanpa segan silu. Nur berasa berat hati untuk mengemas pakaian dan barang barang perkakasan untuk dibawa ke kolej pada hari esok.
" Hurmm nak bawa baju apa lagi eh pergi kolej" Nur menanyakan kepada dirinya sendiri
" Ala bawa baju sikit sikit je , kang nanti tak muat almari kat kolej , bawa almari rumah sekali" balas daripada ibunya, Puan Zai yang diam diam mengintai perbuatan anaknya
Hampir seminggu Nur mengemas perkakasannya untuk dibawa ke kolej tetapi tak siap siap.
'Ah lantak la baju tu semua esok esok kemas la' celoteh Nur apabila sikap malas menyelimbugi diri
Pada keesokan harinya ....
" Adikk !!!!!!!!!!!! Bangun !! dah lambat , barang tak siap packing lagi , kata nak daftar kolej awal" jerit ditambahi bebelan Puan Zai
" Ye ye adik bangun dah ni" kelat mata Nur untuk bangun dari tidur. Dia segera bangun dari tidur bagi mempersiapkan segala perkakasan. Dengan erti kata lain dia hentam je apa nak dibawa tanpa berfikir panjang.
Tiba diperkarangan kolej kediaman UIM ,
Nur dikehendaki menyerahkan keputusan saliva test kit untuk memastikan keadaan kesihatannya baik. Nur mendapat keistimewaan untuk menetap di aras bawah kerana mempunyai sejarah penyakit kronik. Nur dengan terkedek kedek berbaju kurung , mengangkat barang barangnya dari kereta ke bilik. Selepas bersalam dan mengucapkan selamat tinggal kepada ibu ayahnya , Nur segera kembali ke bilik untuk mengemas barang barangnya ke almari yang disediakan dan menyusun perkakas belajarnya di meja belajar.
"Fuh penat teruk eh kemas , ingatkan bawak sikit je , kalau macam ni, baik aku bawak rumah je" omelan Nur dengan dirinya ketika baring
' Harap harap takda roommate ke housemate hmmm tak suka la' bisik dirinya sambil melihat keadaan bilik
Dua hari kemudian ...
Nur melihat keadaan sekeliling kafeteria UIM yang lebih teruk daripada jangkaan. Sedang Melihat makanan dan mencari tempat duduk. Tiba tiba dirinya didatangi oleh Wada,Adam & Lutfi, yang sedia membawa makanan untuk makan bersamanya. Nur berasa janggal dan pelik sebab Nur memang mengenali mereka dari awal semester dan agak peramah di media sosial tetapi apabila berjumpa berdepan , dia tidak dapat menjadi peramah seperti di socmed .
" Ni Nur kan ? Kitaorang boleh makan sini ke ? " sapaan Lutfi kepada Nur
" Ha aah , eh makan la , tapi aku belum beli makanan" jelas Nur kepada kawan kawannya
" Eh beli la dulu, nak aku teman ke" soal Lutfi kepada Nur
" takpa , aku beli jap, korang tunggu lah sini, nak makan, makan dulu" jelas Nur sebelum bangun dari tempat duduk dan pergi ke gerai makanan nasi campur.
Selepas makan, Nur segera membuang sisa makanan dan meminta diri untuk beredar sebab jam hampir menunjukkan pukul 10 pagi. Itu bermakna kelas online hampir bermula. Dalam perjalanan menuju ke perpustakaan untuk menyertai kelas online, dia terserempak dengan seseorang yang amat dikenali iaitu ....
YOU ARE READING
Love Semester
Teen FictionNur, kisah seorang gadis berumur lingkungan belia. Setiap perjalanan hidupnya dari kecil yang penuh dengan duka melebihi daripada tawa, mengubah dirinya. Kepergian , kehilangan dan kedatangan setiap insan di dalam hidupnya memberi ceritera sebenar. ...
