*************

Teja tertawa. "Mak Yam memang suka kenduri. Dia suka panggil orang makan-makan."

"Tu lah. Abah cakap macam tu gak," balas Tariq.

"Saya jadi segan. Honestly, I'm worried people might talk bad about mak and abah. Macam.. I don't know... susah nak explain..."

Teja diam sejenak. Bantal peluk di dada dirapatkan lagi.

"Kenapa pulak?" Tanyanya polos.

"You know, you are supposed to be married to Thor. Their son. But, now Thor tak ada, awak akan kahwin dengan saya, diorang tetap nak raikan dengan majlis and all. It just feel awkward. Takut orang fikir Thor dah dilupakan. I don't know..."

Lama Teja diam kali ini. Jujur, dia tak terfikir langsung tentang itu.

Kemudian dia tarik nafas panjang.

"Well, kita semua tahu, Ayah Haji dan Mak Yam tu bukan calang-calang orangnya. Diorang nak raikan awak, bermakna diorang redha dan terima takdir Tuhan. Jodoh kami tak panjang."

"Awak?" Tiba-tiba Tariq bertanya.

"Hmm?"

"Awak terima whole heartedly yang awak dan Thor tak ada jodoh? Awak terima saya jadi pengganti Thor?"

Teja lepaskan keluhan panjang. "You are never a replacement, Tariq. Tak ada siapa boleh ganti Thor dalam hati saya."

Dia dengar lelaki itu mengeluh.

"Tapi, awak ada tempat istimewa yang lain dalam hati saya. I created another place in my heart specially for you, my future husband." Perlahan sahaja dia bersuara.

"Really?"

"Thor ada dalam hati saya. Hati kita semua, I believe. But doesn't mean awak tak istimewa. Saya rasa, macam tu jugak perasaan Mak Yam dan Ayah Haji."

Sepi.

"Awak?"

"Hmm..."

"Kenapa diam?"

"Saya tengah blushing. Tengah guling-guling ni... Suka ah dengar awak cakap I'm special in your heart."

Teja tertawa. "Ceh! Apalah! Saya yang patut blushing ni!"

Tariq ketawa kuat kali ini.

"I love you, sayang. I really do..." ucap Tariq selepas itu.

"Err... awak. Saya... mengantuk pulak.. Dahlah ya. Nanti kita sembang lagi..."

"Eh, lek la. Baru pukul 10."

"Dahlah! Mengantuk..."

Lelaki itu ketawa. "Okey. Tidur awal puas-puas. Lepas kahwin, pukul 10 macam ni saya kacau tau!"

Teja berdecit, lalu terus mengetap bibir malu.

Hampeh!

"Ok, bye, sayang. Good night. Love you. Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam. Good night..."

Talian dimatikan. Teja tersenyum sendiri memandang telefon yang diletakkan di atas katil itu. Nafas ditarik panjang.

Tinggal 3 minggu lebih sahaja lagi, sebelum menjadi isteri. Isteri kepada Edison Ng @ Muhammad Tariq Abdullah.

Semoga dipermudah... Aamin...

*************

"Jemput, jemput! Jangan segan-segan."

"Amboi, Kak Yam. Macam Kak Yam yang nak menantu ni. Bukan main sukanya tu," usik salah seorang jemputan.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now