01 : The beginning.

Start from the beginning
                                    

"Bencilah papa ni. Tak sweet langsung."

Pecah ketawa Asyraf. Sukalah dia dapat usik Dahlia. Reaksi gadis kecil itu amat menghiburkan!

Dahlia dengan amarah yang terpaksa dipendam, menjeling papanya setajam mungkin. Seakan boleh ditikam tubuh Asyraf dengan jelingan setajam pedang itu.

Perasan dirinya diancam kepupusan, lagi galak Asyraf ketawa. Bukannya dia nak jaga hati Dahlia.

Haih, Asyraf... Asyraf...

"Kalau awak selalu ketawa macam ni, mesti lagi ramai orang nak berkawan dengan awak kan? Nampak easy going and friendly," sampuk Liyyan. Terbukti dia sangat suka tawa milik suaminya itu. Tawa yang sukar nak berlagu waktu sebelum mereka kahwin. Tidak sangka, Liyyan akan dapat nikmatinya seumur hidup sekarang.

Langsung cemberut muka Asyraf. Tawanya juga sekelip mata berhenti. Membantah idea itu.

"Tak naklah. This laughter made just for the one that I love."

Liyyan senyum nipis. Suaminya, Asyraf. Suami yang tidak pandai menggulakan ayat-ayat seperti lelaki lain. Apa yang tersirat di hati, itu yang diutarakan di lidah. Tidak perlu berbunga-bunga, Asyraf jujur tidak bertapis.

Malas berbasa-basi, bukan stail Asyraf.

Asyraf... bukanlah suami yang sweet.

Lelaki itu bangun setelah licin pinggannya. Kaki melangkah ke sinki. Sempat dititipkan pesanan buat anaknya yang diam sedari tadi, fokus makan. Malas cari gaduh dengan Asyraf lagi mungkin.

Seterusnya, pinggan dibasuh cermat. Kuali dan spatula yang ditinggalkan dalam sinki itu turut Asyraf basuh sama tanpa disuruh.

Tidak lekang senyum Liyyan memerhati tindak-tanduk suaminya.

Ya, suaminya tidak sweet.

Tapi, dia belajar untuk jadi sempurna dalam caranya yang tersendiri. Asyraf sentiasa belajar. Asyraf sentiasa mencuba untuk jadi suami dan ayah yang sempurna.

Bagi Liyyan, itu sudah cukup.














































TERHENTI kereta Asyraf di depan sebuah sekolah yang dimeriahkan oleh ramai pelajar berbaju putih berlari sana-sini. Bersama beg warna-warni, pelbagai ragam dan karenah. Dari sebalik tingkap kereta, Dahlia mengintai isi sekolah barunya tapi tiada daya untuk melangkah keluar kereta.

Hari bersejarah. Hari pertama persekolahan untuk Dahlia.

Malam semalam punyalah dia tidak dapat tidur. Sampai menyibuk bawah ketiak Asyraf dan bertanya, tak boleh ke pergi sekolah sehari awal?

Terus Asyraf tutup mata Dahlia dan nyanyikan lullaby. Cara awal mengelak daripada diserang soalan-soalan luar kotak lagi. Nasib baik terlelap juga anaknya yang seorang itu.

Sampai hari ini, tak berani masuk pula?

Asyraf membuka pintu bahagian penumpang untuk anaknya. Dia menghadap Dahlia yang membatu. Bahu si kecil disentuh. "Tunggu apa? Keluarlah."

Sunyi menghambat mereka. Mata Dahlia bertemu kasut putihnya. Dia memegang erat tangan Asyraf, seperti hendak memberitahu sesuatu namun bibirnya terkunci kemas.

Perasan perubahan riak wajah anaknya, terus Asyraf melutut satu kaki depan kereta. Tidak peduli mata-mata yang menjelingnya aneh. Dahlia prioriti utama.

"Kenapa dengan anak papa ni?" Asyraf menyoal. Pipi mulus Dahlia dibelai lembut. Terserlah sifat kebapaan miliknya.

"Dahlia takutlah, papa..."

HIS LAST PRAYERWhere stories live. Discover now