05 | dinner.

32 6 0
                                    

• segala kesalahan bahasa, mohon ditegur agar saya boleh membaiki cara penulisan saya dan sila juga menjaga tutur bahasa dalam ruangan komen, terima kasih.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Datin Fazryn menuruni anak tangga perlahan-lahan. Matanya melilau mencari kelibat anak lelakinya itu. Kemana lah Muhammad Fariz Aryan ini? Seminggu lesap terus.

Matanya menangkap sosok tubuh lelaki yang baru sahaja keluar dari ruangan dapur bersama botol air ditangan.

"Muhammad Fariz Aryan bin Affendi,"

Mendengarkan itu, langkah Fariz terus terhenti. Kepalanya berpaling kearah mummy yang sedang bercekak pinggang. Tersengih dia. Belakang kepala yang tidak gatal dia garu.

"Good morning, mummy!" ujar Fariz tersengih.

"Good morning,"

Datin Fazryn merapati anaknya itu lalu matanya memandang atas bawah. Fariz masih tersengih janggal. Hehe.

"You look so beautiful today, Mummy! Cantik sangat, manis pula Fariz tengok! Cantik-cantik ni nak kemana? Hehe," puji Fariz bersungguh-sungguh. Mummy mengangguk seraya menjenggilkan matanya.

"Tak payah nak hehe hehe, Fariz Aryan. Where were you seminggu ni? Mummy tanya Reza, he told me that he don't know where you at. Mind to tell me where were you, my son?" Soal Mummy sambil berpeluk tubuh. Fariz memandang riak wajah mummy yang agak menakutkan itu lalu meneguk air liur.

"Aa.. aa.. tak.. takda mummy. Fariz tidur rumah ibu lagi. Urm.. Fariz memang nak bagitahu mummy semalam.. tapi.. tapi..." Fariz menggigit bibirnya. Mummy menjongketkan keningnya, "Tapi apa?"

"Fariz selalu terlupa....." perlahan sahaja suara Fariz. Dia menunduk sambil mengembungkan mulutnya. Mummy tak marah kan?

Keluhan oleh Mummy dilepaskan. "You know what? I'm so worried about you. Sampai Mummy tak boleh nak tidur. Mummy tak kisah Fariz nak tidur rumah ibu, nak teman ibu lama-lama, but atleast tell me, okay? Mummy tak marah, mummy risau,"

Fariz mengangguk tanda faham. Tangan berkedut mummy itu dia ambil lalu dikucupnya. "I'm sorry, Mummy. I won't do anything that will makes you worried anymore, okay?"

"Anything please tell me, okay my son?" ujar mummy lembut seraya mengusap rambut anaknya itu. Fariz tersenyum lalu mengangguk sebelum dia teringat sesuatu.

"Mummy. If you don't mind, this Friday, Fariz wants to bring someone to our house, have a dinner together, is that okay?" Soal Fariz dengan sebaris senyuman lembut. "Sure. Pukul berapa nanti bagitahu, mummy nak masak. Mummy nak ajak ibu dan Aidan dinner sekali,"

"Fariz memang ingat nak ajak ibu dengan abang. Thank you, mummy! Fariz dah lambat ni, nanti Reza membebel pula. Got to go, I love you so much," ujar Fariz mengambil tangan mummynya dan mengucup tangan itu lembut.

Mummy hanya tersenyum. "Take care okay?"

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Aidan senyum. Dia menilik penampilannya didalam cermin. Kemas berpakaian t-shirt biasa biru cair berserta seluar hitam. Rambutnya dibetulkan. Hatinya gembira. Telefon dan kunci keretanya diambil. Dompet dimasukkan kedalam kocek seluar.

"Amboi anak ibu, segak-segak nak kemana, sayang?" Soal ibu lembut menyapa anak terunanya itu. Aidan berpaling.

"Nak keluar kejap, ibu. Ibu ada nak kirim apa-apa tak?"

beautiful chances.Where stories live. Discover now