04 | we met again.

Start from the beginning
                                    

"Dah balik. Abang Ameer yang ambil aku tadi. Kau pula kat mana?" Soal gadis itu.

"Aku masih berada di galeri ni, cantik. Maaf, aku tak dapat nak ambil kau harini. Ramai sangat client yang nak tengok lukisan. Lepastu, banyak pula tu lukisan baru yang nak kena urus. Tak sempat aku nak call kau petang tadi," Terang Fariz panjang lebar.

"Takpa, aku faham. Kau dah makan ke?"

Fariz tersenyum mendengar soalan itu. Kanvas besar yang belum selesai dilukis olehnya itu ditatapnya lama disudut bilik tersebut.

"Belum. Aku tak sempat jamah apa-apa lagi. Minum air je. Kau pula dah makan ke?" Soal lelaki itu tak lepas memandang kanvas besar tersebut. Kakinya menapak mendekati lukisan itu sebelum kerusi ditarik untuk melabuhkan punggungnya.

"Aku dah makan tadi. Sibuk macam mana pun, kau kena makan. Jangan nak biar saja perut tu langsung tak diisi. Nanti kau sakit, Fariz Aryan,"Ujar gadis itu mendatar. Makin mekar senyuman Fariz, hatinya juga berbunga-bunga.

Ah rindunya dengan si cantiknya ini!

"Baiklah cik Deeya Ayesha yang anggun lagikan jelita! Aku akan makan lepasni!" ujar Fariz semangat. Ayesha pula tertawa kecil dihujung talian.

"Aku letak dulu. Aku nak sambung baca satu chapter lagi. Dah sampai rumah nanti, terus mandi, makan, faham?" Ayesha berkata lembut.

"Faham! Aku ganggu kau membaca ke tadi, cantik? Aku minta maaf, tau! Nanti aku beli novel yang lain pula. Jaga diri okey, 143!"

"It's okay. I don't mind at all. Take care, Fariz. Anything, directly call me okay. 1432!" Ujar Ayesha lembut sebelum dia mematikan panggilan. Fariz tersenyum manis.

Matanya kembali terarah pada kanvas besar itu. Kain yang menutupi kanvas itu pula diselaknya. Terpapar wajah seorang gadis cantik yang tersenyum riang.

Walaupun lukisan tersebut belum selesai, dia yakin lukisan ini secantik tuannya.

"Deeya Ayesha, si cantik aku,"

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

"Assalamualaikum,"  ucap lelaki itu usai sahaja menapak masuk ke dalam rumah. Kasutnya disusun di rak kasut. Nafas berat dihela.

"Waalaikumussalam, Aidan. Lewat balik, pergi mana?" Soal ibu menjenggilkan matanya. Aidan tersengih seraya menghulurkan salamnya.

"Pergi mana, ibu tanya. Tersengih-sengih," ujar ibu menggelengkan kepala dengan senyuman. Amboi anak teruna dia ni, baru beberapa hari kat Malaysia, dah pandai balik lewat ya!

"Aidan pergi jumpa kawan-kawan lama tadi, ibu. Nah, air cappucino dengan chocolate's muffin's!" Aidan menghulur beg kertas kepada ibu. Ibu tersenyum.

"Nakkkkkkkk!" Kedengaran suara entah dari mana muncul dihadapannya. Adik dia rupanya.

"Eh kau buat apa kat sini?" Soal Aidan hairan.

"Saja. Nak teman ibu," balas Fariz bersama senyum sengetnya. Tergeleng kepala abangnya itu. Beg kertas yang dihulur oleh ibu itu dia ambil. Hehe.

"Aip! Aku beli untuk ibu tau, bukan kau,"

"Takpa, boleh kongsi. Kan ibu kan?" Fariz mengangkat keningnya beberapa kali. Terhambur ketawa ibunya dan abangnya. Comel betul gelagat Fariz Aryan ni.

"Ada-ada je kau kan!" Ujar Aidan dengan tawa kecilnya. Mereka berdua melangkah bersama-sama ke dapur seraya Aidan mengusap kepala adiknya yang tertawa.

Ibu tersenyum. Semoga hubungan adik-beradik ini kekal tanpa sebarang pergaduhan besar. Anak-anak ibu. Aidan Fathi. Fariz Aryan.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

write on ; 10th of July 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

write on ; 10th of July 2022.

[ jangan lupa vote dan tinggalkan comment tanda support tau, thank you! 🖇️🌷 ]

beautiful chances.Where stories live. Discover now