04 | we met again.

Start from the beginning
                                    

"I.. i miss you. So much. Deeya Ayesha. I miss you so much, I really do,"

"Okay. That's all?" Ayesha kini jelas menayangkan wajah yang tiada perasaan. Kosong. Aidan tersenyum.

"So, you work here?" Soal Aidan seraya menilik wajah Ayesha. Aidan rindu. Wajah jelita gadis ini sentiasa berlayar di kotak fikirannya. Bahkah semasa dia di luar negara. Dia tidak pernah lupa akan cinta pertamanya ini. Tidak pernah. Dia menolak terlalu banyak cinta hanya untuk si gadis Deeya Ayesha.

"Yes I am. Itu je kan? Can you excuse me now?" Tutur Ayesha selamba. Langkahnya ingin diatur untuk memasuki ke dalam kafe semula. Namun lengan bajunya ditarik.

"Wait,"

"Nak apa lagi, Aidan? Saya ada banyak kerja,"

"I just want to say, take care and I hope we met again,"  ujar Aidan dengan senyum manisnya.

Ayesha menghela nafasnya berat. "Saya pandai jaga diri saya, and I hope not,"

Ayesha berkata sebelum bertindak menarik lengan bajunya dan pantas menyusun langkah masuk ke dalam kafe. Meninggalkan Aidan yang terkedu dengan balasan Ayesha. Aidan juga perlahan menapak semula ke dalam kafe dan duduk ditempatnya. Muffin dan minumannya itu ditatap hiba. Sakit.

Sakit mendengar respon Ayesha yang acuh tak acuh.

Benci benarkah Deeya Ayesha terhadapnya?

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

41 missed call.

Fariz mengetap giginya tatkala melihat panggilan yang tak terangkat itu. Alamak! Hari ini sibuk betul dia dengan galeri. Banyak pula lukisan baru yang hendak diuruskan. Mesti balik rumah kena bebel.

Telefon langsung tak disentuhnya.

"Matilah aku," Ujar Fariz sendiri.

"Apahal Riz? Ada orang nak bunuh kau ke?" Soal Reza menepuk bahu sahabatnya. Terhinjut bahu Fariz dibuatnya. Reza tersengih menayang cantik barisan giginya kepada sahabatnya itu.

"Abang aku. Dia kan baru balik Malaysia. Cuba kau tengok ni. 5 jam aku sidai dia!" Ujar Fariz gelabah lalu menunjukkan telefonnya pada Reza. Tergeleng Reza melihat itu.

"Ish ish ish, tak patut, tak patut. Matilah kau, Riz! Habislah kau!"

"Kau ni tak membantu langsung,"

Sekali lagi Reza tersenyum sebelum dia teringat sesuatu.

"Eh, kau dah call bidadari kau belum harini?" Soal Reza menggoyangkan tubuh Fariz beberapa kali. Kedepan kebelakang sahabatnya itu dibuatnya.

"Sabarlah! Macam mana aku nak call jantung hati aku kalau kau macam nak bunuh aku ni?" Ujar Fariz menahan amarahnya.

"Sorry sorry, sila sila," Reza melepaskan tubuh sahabatnya dan menapak pergi dengan tawanya. Fariz tergeleng sendiri. Macam mana lah aku boleh berkawan dengan mamat tu? Senget betul.

Incoming call..

"Assalamualaikum bidadari aku!" Sapa Fariz sebaik sahaja 'bidadari'nya itu menjawab panggilannya. Kakinya menapak ke arah tangga yang tersorok disebalik dinding. Perlahan kakinya memanjat anak tangga itu satu persatu.

"Waalaikumussalam, Fariz," Balas satu suara halus dihujung talian. Tersenyum Fariz mendengar.

"Kau kat mana sekarang, cantik? Dah balik rumah ke?" Soal Fariz lembut. Tiba sahaja ditingkat atas galeri, Fariz terus memulas tombol pintu dan menapak masuk ke dalam sebuah bilik yang telah menjadi salah satu ruang untuk dia tidur.

beautiful chances.Where stories live. Discover now