"Hanim tak faham apa yang abang rasa.. Hanim tau tak macam mana hati abang sakit disebabkan perempuan tak guna tu?"

"Siapa? Inara?" gadis itu mengangkat sebelah keningnya.

"Inara dengan Kak Risa orang berbeza, different! memanglah dorang ada pertalian darah, tapi tak bermakna Kak Risa sama macam Inara.."

Berkali-kali Haffaz menghembuskan nafas geram. Memang Inara dengan Darisa orang yang berbeza, tapi tidak mustahil Darisa pun akan mengkhianatinya suatu hari nanti.

"Tolonglah abang, jangan dayus.. Hanim faham kenapa abang marah, tapi tolong redakan kemarahan abang dan cuba terima Kak Risa.. Kenali Kak Risa baik-baik, jangan macam ni.." lengan sasa Haffaz kini digenggam erat. Hanim terus-menerus memujuk abangnya. Haziq pula mendiamkan diri saja dibelakang tubuh adik perempuannya.

Membiarkan Hanim memujuk Haffaz, lagipun Haziq tahu bagaimana rasa sayangnya anak sulung itu kepada anak bongsu tersebut.

Satu-satunya adik perempuan yang mereka ada. Bagaikan puteri didalam keluarga Tengku Raihan.

"Sorry, I can't"

"No, you can.. jangan tutup pintu hati abang, bukak.. Bukak untuk Kak Risa, only for her.. "

Sekali lagi lelaki itu mampu mengeluh. Tangan naik menyeka rambut ke belakang dengan begitu kasar. Si adik pula tidak lepas merenung wajah tampannya.

"Abang tak boleh cintakan dia, Hanim.."

"Boleh! Cinta memang tak boleh dipaksa, tapi kalau abang mencuba.. Insha Allah, dengan izin Allah, cinta tu akan ada.. Kak Adelia pun macam tu, mula-mula je dia tak suka dengan abang Haziq, but now, see.. dah ada anak dah pun.." tiba-tiba saja kisah cinta abang keduanya diungkit. Tergamam Haziq mendengar, mesti ini kes Tengku Nina bercerita kepada Hanim.

"Tak sama.."

"Apa yang tak sama? Hanim rasa sama je, bercinta lepas nikah.." hambur Hanim yang sudah serupa seperti seorang ustazah. Orang kata sepatah, dia jawab panjang lebar.

Kini Haffaz dalam keadaan dilema. Sama ada untuk menerima keberadaan Darisa ataupun tidak. Namun jauh di sudut hati lelaki itu, dia tidak sanggup untuk bertindak kejam terhadap seorang wanita.

Kerana wanita sepatutnya dihargai dan bukannya disakiti. Tapi disebabkan insiden dimana Inara mengkhianati dia, Haffaz mula dikuasai dengan egonya.

"Abang tak rasa abang boleh buat semua tu.." berkeras Haffaz menolak. Dia tidak mahu ada wujudnya perasaan cinta antara dia dengan Darisa. Takut dirinya sendiri yang terluka.

"Jangan cakap macam tu.. Allah dah temukan abang dengan Kak Risa dalam ikatan yang sah.. Jangan sia-siakan seorang bidadari yang hadir tanpa dipinta.. dia wanita berharga untuk abang.." kata Hanim. Lagi dia memujuk. Tidak habis dengan kata-kata memujuk, dia pun mahu abangnya bahagia. Takkan disebabkan hal yang lepas, semua orang perlu terseksa.

Namun begitu, Haffaz hanya diam. Tidak membuka mulut sama sekali. Mengunci rapat-rapat mulut itu daripada terbuka. Satu persoalan bermain-main dalam minda lelaki itu.

Dapatkah dia mencintai gadis itu?

TOK! Tok

Sebaik sahaja mengetuk pintu bilik itu, Darisa memusingkan tombol bilik dengan perlahan kemudian ditolak daun pintu itu. Terlebih dahulu dia mengintai didalam bilik tersebut, memandang Haffaz yang sedang menunaikan kewajipan kepada sang Pencipta.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now