— End of Dani's POV —
Dani terus membuka pintu rumahnya dan bergegas ke biliknya. Dani bersandar pada pintu dan perlahan-lahan duduk di atas lantai. Riaksi muka Dani yang sukar untuk digambarkan. Dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri.
Tiba-tiba, dia teringat yang dia memegang sebuah diari. Dia mengusap diari tersebut lalu memeluknya. Akhirnya, Dani melepaskan air mata yang sudah lama bergenang di matanya. Dia menangis dengan sepuas-puasnya namun...itu tidak akan memulangkan kembali orang yang dia sayang. Pemilik diari tersebut.
Beberapa minit kemudian, Dani berhenti menangis dan mula bangun. Dia pergi ke cermin lalu melihat dirinya sendiri. Dani sudah membuat keputusan. Dani akan mencari pemilik diari tersebut dan akan bersama dengannya.
"Aku akan cari kau. Aku dah tak larat nak tanggung apa yang aku rasa sekarang ini. Aku nak bersama kau. Kau selalu ada dengan aku waktu susah dan senang. Kau tunggu aku ye..."
Monolog Dani di depan cermin sambil merapatkan diari yang dipegangnya ke dada seolah-olah tidak mahu melepaskan diari tersebut.
~Di ruang tamu~
Nampaknya, ibu bapa Dani masih lagi bermasam muka. Ada sahaja perkara yang mahu dipergaduhkan.
"Eh sudah lah! Malas aku nak layan kau. Asal jumpa kau jer gaduh. Tak tenang lah aku kat rumah ni."
Marah si bapa sambil berjalan menuju ke meja untuk mengambil kunci keretanya. Namun, kunci tersebut tiada di situ. Si bapa masih lagi ingat bahawa meja itulah di mana letaknya kunci kereta tersebut.
"Mana kunci kereta aku ni! Erghhhh! Woi, perempuan! Mana kunci kereta aku?"
"Ehh aku pulak kena. Kau tanya lah anak lelaki kau seorang tu. Haihh, mesti dia keluar lagi ni. Tak guna betul budak tu."
Si ibu pula mula bersuara.
Tanpa berlengah masa, si bapa terus ke bilik anak lelakinya dan mengetuk pintu tersebut dengan sekuat hati.
"Woi, Dani! Buka pintu ni! Kau ambik kunci kereta aku kan? Kau jangan nak tipu aku. Kau keluar sekarang sebelum aku pecah pintu ini. Dani!!!"
Sudah beberapa ketukan dilakukan namun tiada apa-apa sahutan daripada Dani. Makin baran si bapa dibuatnya.
"Dani!! Aku kira sampi tiga. Kalau kau tak buka pintu ni, aku sendiri akan pecahkan pintu ni. Satu....dua..."
Si ibu pula berasa pelik dan risau dengan tindakan Dani.
"Tiga!"
Sebelum si bapa cuba untuk memecahkan pintu itu, si ibu menghalang. Si ibu pergi ke almari untuk mencari kunci bilik tersebut. Jumpa sahaja kunci, bergegas si ibu ke pintu dan cuba untuk membukanya.
Apabila si ibu dapat membuka pintu, si bapa dahulu yang memasuki bilik tersebut.
"Woi, Dani! Asal kau tak buka pin-"
Kata-kata si bapa terputus apabila menyaksikan kejadian di depan matanya. Dia terkedu dan...sedih...
"Ya Allah Dani!!!"
Jerit si ibu dan terus bergegas ke anak lelakinya yang terbaring di atas lantai dengan mulut yang penuh dengan buih. Ubat yang berteraburan di atas lantai berhampiran dengan tapak tangan Dani. Si bapa pergi ke Dani lalu cuba untuk sedarkannya. Akan tetapi, si bapa perasan satu diari yang terbuka ke muka surat yang paling baharu. Seperti baharu sahaja ditulis oleh Dani beberapa minit lepas. Si bapa membaca muka surat tersebut...
"Mak...Ayah...
Maafkan Dani sebab selalu menyusahkan Mak dan Ayah. Dani tahu. Dani ni anak lelaki tak guna. Sama macam apa yang Mak dan Ayah selaku cakap kat Dani. Jadi, untuk meringankan beban Mak dan Ayah. Dani membuat keputusan untuk pergi bersama dengan Kakak. Dani nak cari dan bersama dengan Kakak. Kakak selalu cakap yang dia sayang Dani dan takkan tinggalkan Dani. Sekarang, biar Dani pula yang cari Kakak dan jaga Kakak. Harap Mak dan Ayah gembira dan tak gaduh lagi ye. Dani sayang Mak dan Ayah...."
Apabila selesai sahaja si bapa baca muka surat tersebut, dia perasan di atas lantai juga terdapat keratan daripada helaian surat khabar.
28 MAY 2022
SEORANG GADIS MATI LEMAS AKIBAT TERJATUH DI PINGGIR LAUT
Gadis yang bersama-sana dengan Dani selama ini merupakan kakaknya. Tetapi, hanya bayangan semata-mata.
Mulai saat itu juga, pasangan ibu bapa tersebut sudah kehilangan kedua-dua anak mereka.
— Tamat —
ESTÁS LEYENDO
Random Short Story
De TodoShort story ni tersangat lah random ye. So kalau rasa nak baca dipersilakan. Kalau taknak, takpe saya tak terasa pon hehehe.
