As long as you want me...

Start from the beginning
                                    

"Masalahnya dia sendiri layan menantu macam ke hape, Kak Ain. Depan Abang Apit bukan main. Belakang dia, bukan main buli kau! Aku dengar pun sakit hati. Ni pulak Abang Apit. Mak dia sendiri kut!" jawab Afi.

"Kak Ain happy tak dapat duduk sendiri?" soal Ana pula.

"Akak happy finally dapat privacy duduk sendiri dengan Apit. Tapi entahlah... Rasa bersalah jugak sebab dia dengan mak dia.."

"Amboi-amboi anak dara berdua ni! Melepak pulak. Pergi tolong ayah dan Abang Apit angkat barang tu!" Mama yang tiba entah dari mana membebel.

Terhenti perbualan mereka tiga beradik, apabila Ana dan Afi mengangkat punggung.

Ain sekadar sengih mengejek pada adik-adiknya yang dikerah kerja. Namun dia pandang ke arah bilik di mana Apit sedang berkemas.

Is he going to be okay?

********
3 minggu kemudian,

Lauk terakhir yang siap dimasak diletakkan di atas meja makan berbentuk bulat di kondominium itu.

"Apit, jom makan! Ain siap masak dah," ajak Ain.

Apit suaminya itu sedang ralit dengan komputer riba di ruang tamu.

"Okey, jap! 1 minute. Apit send email ni sekejap."

Ain sengih sambil geleng kepala.

"Dah siap proposal Apit tu?"

Apit sepi tak menjawab. Beberapa ketika kemudian barulah dia nampak tubuh suaminya itu tegak berdiri dan melangkah ke arah meja makan.

"Apa Ain tanya?"

"Dah siap ke proposal Apit?"

"Belum. Baru dapat info baru pasal project tu. Papa suruh alter."

Ain sekadar mengangguk sambil menyendukkan nasi.  

"Ain okey ke duduk rumah? Hari ni ada muntah? Ada gangguan?"

Hari ini hari pertama dia menjadi suri rumah sepenuh masa setelah berhenti kerja. Setelah berbincang dengan majikan yang jelas tak puas hati dengan keadaannya yang asyik bercuti dan tak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya atas alasan masalah peribadi, dia akhirnya ambil keputusan berhenti kerja. Notis 2 minggu. Tak adil untuk dia syarikat untuk dia terus digajikan, kalau dia sendiri tak dapat berikan komitmen. Tambah pula, Apit mampu menyara mereka suami isteri buat masa ni.  

"Macam biasalah. Adalah jugak muntah tu. Tapi tak teruk. Don't worry. Gangguan pun tak ada," balas Ain sambil senyum.

Apit mengangguk. "Alhamdulillah. Officemate Apit cakap, petua dia kena sibukkan diri. Jangan fikir sangat. Entah ya entah tidak. So, kalau Ain boring duduk rumah, pergilah rumah mama. Apit okey je."

Ain mengangguk. "Okey. For today, Ain okey je."

Apit mula menyuap makanan setelah membaca doa perlahan.

"Apit, weekend ni, Apit ada plan?"

Apit geleng kepala. "Tak ada. Ain nak pergi mana? Shopping?"

Ain turut geleng. "Mm..., kita... err.. kita balik rumah papa sekejap, nak? Dah lama Ain tak jumpa papa."

Apit pandang sepasang mata Ain lama sebelum mengeluh, lantas menggeleng.

"Esok ikut Apit pergi office. Boleh jumpa papa."

Ain berdecit. "Tapi.... err.... dekat office.. err... tak.. tak sesuai. Ha, tak sesuai. Tu kan tempat kerja. Bukan tempat gathering keluarga."

"Then esok Apit ajak papa datang rumah. Cakap Ain nak jumpa."

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now