"Adelia dengan Risa tak payah dengar apa budak ni cakap, ni lah umi malas kalau dia dah balik sini, nak cari pasal sangat dengan umi" marah Tengku Nina, geram dengan sikap anak daranya seorang itu. Ada-ada saja.

"Lah.. Apa umi ni, kata malas nak layan bila Hanim balik sini, tapi masa Hanim kat Dubai, bukan main rindu merindu yer..." keningnya diangkat sebelah, mempamerkan senyuman senget. Bukan dia tidak tahu bagaimana ibunya sewaktu ketiadaannya.

"Umi malas nak bermain dengan kamu, Hanim.." nada suara sang ibu kedengaran perlahan. Namun tatapan matanya begitu tajam merenung wajah Hanim. Geram sebenarnya tapi cuba ditahan.

"Erm.. Yelah.." Hanim angguk kepala. Menjulingkan mata keatas, dia pun malas nak mengajak ibunya bergaduh, kang tak pasal-pasal kena bebel oleh suami ibu sendiri.

Pada masa yang sama, Adelia menyedari Darisa sejak tadi hanya mendiamkan diri. Tidak ada sepatah perkataan keluar daripada hujung bibir gadis muda itu.

"Darisa, awak okay ke?" soal Adelia, peha Darisa ditepuk perlahan.

"Okay je.." balas Darisa, bibir lakar senyuman hambar. Satu persatu wajah dihadapannya ditatap. Sungguh kata-kata suaminya malam semalam sudah meninggalkan luka didalam hatinya.

"Apa yang jadi semalam? Risa dengan Haffaz gaduh?" soal ibu mertuanya.

Tatkala mendengarkan soalan itu, Darisa ketap bibir merahnya dengan rapat.

"Taklah.." nafi gadis itu, tidak mahu memberitahu hal sebenar. Nanti tidak tentu pasal Haffaz memarahinya sekali lagi.

"Apa yang tak, umi nampak sendiri Haffaz keluar daripada bilik tidur dengan muka marah-marah.." semua mata tertumpu kepada Darisa. Semua ternanti-nanti apa yang sedang berlaku.

"Gad--"

"Assalamualaikum.." belum habis Darisa melontarkan ayatnya, suara Haziq memberikan salam pula kedengaran. Terus terdiam gadis itu, anak mata kemudiannya beralih menatap figura suaminya yang sedang berdiri dibelakang Haziq.

"Waalaikumsalam.. baru nak balik, ni Haziq, nak jadi bapak budak, tinggalkan bini mengandung kat rumah.." omel sang ibu. Terus dia bingkas bangun daripada tempat duduknya, menghampiri tubuh tinggi anak lelakinya.

"Lah, bukan selalu umi.. Lagipun Adelia okay je, okay kan sayang?" senyuman dipamerkan kearah isterinya. Adelia pun hanya mengangguk mengiakan, dia okey saja, lagipun bukannya Haziq buat benda lain.

Tengku Nina mencebik, tangan terus dihayun memukul bahu bidang anak keduanya. Memang terlampau sayangkan bini betullah. Tidak lama kemudian, anak mata wanita tua itu beralih memandang anak sulungnya, muka bengis seperti hendak bergaduh. Sudah diagak pasti ada sesuatu yang terjadi antara anak dan menantunya.

"Haffaz, tak baik tunjuk muka macam tu depan bini.. Cubalah layan Risa baik-baik, sekarang ni Haffaz kene tahu, Haffaz tu dah ada isteri.." lembut wanita tua itu menegur anak lelakinya. Tak sampai hati melihat Darisa diperlakukan kejam seperti itu.

"Faz mana ada isteri.." ucapnya ringkas. Kata-kata itu membuatkan Tengku Nina terpana.

"Allahuakbar, apa Faz cakap ni.. Darisa tu isteri Faz.. Jangan cakap macam tu, jaga perasaan dan hati Risa" nada suara wanita tua itu naik seoktaf. Marah dengan sikap kasar anak lelakinya.

"Umi tak payah backup lah perempuan macam ni, dia tu pentingkan diri, sanggup nak berkahwin dengan Haffaz.. Jual diri.."

"Haffaz Daiyan!" bentak Tengku Nina. Dada naik turun menahan amarah.

"Apa dah jadi dengan Haffaz sekarang ni?! Umi tak pernah ajar Haffaz layan perempuan kejam gini! Haffaz bukan lelaki macam ni, umi kenal macam mana anak umi.. Kenapa Haffaz kecewakan umi?!" luah si ibu, dadanya ditepuk perlahan. Pilu hati seorang ibu melihat kelakuan anak lelakinya, lebih-lebih lagi dengan menantunya.

"Umi tanya kan, Faz macam ni sebab sepupu perempuan ni.. Sia-sia tunggu enam tahun, rupanya Faz ni kene perbodoh bodohkan, cinta mati dengan perempuan tak guna tu, pastu kene tinggalkan.. Lebih teruk lagi kahwin dengan perempuan jual diri ni.."

Pang!

Tidak teragak-agak Tengku Nina menghayunkan tangannya sehingga melekap pada pipi lelaki itu. Semua terkejut dengan aksi ganas Tengku Nina.

Haffaz tertawa kecil, tangan naik mengusap pipi. "Just because of her? Umi sanggup pukul anak umi?"

"Umi pukul sebab umi nak Haffaz sedar diri! Umi nak Haffaz tahu Haffaz ada tanggungjawab besar sekarang!" bergema suara Tengku Nina diseluruh ruangan villa itu. Yang lain mampu berdiam diri, tidak mahu masuk campur.

Haffaz mengetapkan bibir merahnya dengan begitu rapat. Melirik tajam kearah Darisa yang sudah dalam ketakutan.

"She's not my wife... " lelaki itu menggelengkan kepalanya dengan nada suara agak keras didengari. Seusai sahaja melontarkan ayat itu, langkah bergegas meninggalkan keluarganya. Darisa sama sekali tidak dipedulikan.

"Allahuakbar..." wanita tua itu sudah mula membawa mengucap. Memandang wajah menantunya yang sudah dibanjiri dengan airmata.

"Risa.." bisik Tengku Nina perlahan. Tubuh kecil menantunya dimasukkan kedalam dakapan. Mengusap-usap lembut belakang tubuh gadis itu.

"Umi.. Risa mintak maaf.." Darisa meluahkan rasa bersalahnya. Angkaranya, keluarga bahagia ini mula kacau bilau. Airmata mengalir deras sehingga kedua dua bahunya terhinjut-hinjut.

"Tak, Risa tak salah.. Risa tak salah apa-apa.."

Pada masa yang sama, Haziq, Adelia dan Hanim memerhati ibu dan menantu ini saling bertangisan satu sama lain. Sungguh, Haziq tidak dapat menahan amarahnya.

'Kau betul-betul dah melampau, Haffaz..'

Tanpa melengahkan masa, kaki diatur laju menuju ke bilik yang menempatkan Haffaz berada. Hanim yang sudah menduga apa yang bakal terjadi laju mengejar tubuh si abang.

"Abang!"

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐂Where stories live. Discover now