Ya, Allah.

Jagakan sahabat ku.

"Aku... Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab selalu marah kau." Suara Farraz sudah kedengaran serak. Suara Arian yang memekik dihiraukan.

"Janji dengan aku... Jadi diri kau sendiri. Lakukan apa yang buatkan kau bahagia. Hidup ni terlalu singkat..." Mata Farraz menangkap kereta yang semakin rapat dibelakangnya. Nafas ditarik.

"Sangat singkat untuk memenuhi harapan orang lain." Matanya dipejam bila dia sedar akan kelekaannya sehinggakan dia tersalah masuk selekoh. Jalan mati. Nafas ditarik lemah. Pasrah jika ini takdirnya.

"Aku..."

Bam!

Tercampak telefon Farraz. Terpelanting tubuhnya. Matanya terpejam rapat bila tubuhnya sudah terseret ke tengah jalan. Bahkan topi keledar yang pada asalnya terletak elok di kepala juga sudah hilang entah ke mana.

Farraz pejam kelopak mata bila silauan kereta yang mengejarnya tadi menyuluh tepat ke matanya. Kepalanya sakit. Telinga sudah berdengung dengan kesakitan yang maha hebat. Tangan dan kakinya seakan lumpuh tak mampu bergerak. Menitis air matanya merasakan kesakitan yang tak terhingga itu.

Sakit.

Sangat sakit.

"Aku dah kata jangan berani nak lawan aku."

Suara seseorang buatkan Farraz angkat sedikit wajah memandang sosok itu. Dengan penuh bersusah payah, bila matanya dapat mengecam wajah itu terus saja bibirnya tersenyum lemah.

"Aku... Aku dah agak itu kau..." Penuh bersusah payah Farraz bersuara. Dadanya rasa sesak seolah olah jantungnya tak dapat bekerja dengan baik. Wajahnya sudah penuh dengan darah. Dari kepala, hidung dan telinga. Hampir kesemua anggota tubuhnya sudah dibanjiri darah.

"Dah nak mati pun, banyak mulut lagi kau ni." Kaki itu selamba menendang kuat kepala Farraz.

"Ergh!" Terteleng wajahnya. Tak mampu melawan. Kudratnya seakan hilang di bawa bayu malam. Sakit. Hanya sakit yang tinggal.

"Why? Did I hurt you?" Kedengaran gelak sinis itu.

"Kau tak akan-"

"Kau pernah cakap, aku kena langkah mayat kau dulu kalau aku nak buat apa apa dekat laki bini tu. So..."

"No. Don't... Don't do that. Kau perlu beralah... Takdir Allah-"

Pak!

Belakang tubuh Farraz dihentak sesuatu buatkan nafasnya semakin memberat. Tercunggap cunggap dia mengambil nafas. Sesekali dia terbatuk dan saat itu ada darah yang tersembur dari bibirnya.

Farraz pejamkan mata. Sakit. Dia tak rasa dia tak mampu bertahan lagi. "Its not the stab in the back kills me... Its when I turn around and see who holding the knife..."

"Diam!" Kuat suara itu menjerkah sebelum kembali tergelak kecil.

"Maafkan aku, Arian... Aku tak mampu nak terus jadi... Sahabat kau. Jumpa aku di sana..." Saat ini ucapan itu hanya mampu terluah di hati. Bibirnya terkunci dengan kesakitan ini. Pandangannya sudah berbalam.

Pak!

Sekali lagi tubuh Farraz dihentam sesuatu. Kali ini nyawanya bagaikan dicabut dengan kesakitan yang tak terperi. Sangat sakit. Menitis air matanya. Ya, Allah. Tarik saja nyawaku. Aku sudah tak sanggup menanggung kesakitan ini. Perlahan matanya terpejam rapat.

Tubuh yang tadinya berdiri tegak kini bertinggung di sebelah Farraz. Nadi lelaki itu diperiksa sebelum dia tergelak lagi. Lagi dan lagi. Tawanya terus mengisi kepekatan malam.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now