"Make me, lifeline." Sekali lagi Arian tersengih jahat.

Ya Allah, Ayra rasa lemah lutut. Kalau bukan disebabkan Arian memegang kejap bahunya pasti dia sudah terjelupuk jatuh. Suami dia ni memang kerja nak buat perut dia penuh dengan rama rama ke setiap hari?

Arian tergelak kecil. Tangannya dijauhkan dari terus menyentuh bahu Ayra. Terus dia berundur setapak. Kesian pula lihat wajah gelabah Ayra. Pengsan kang!

Ayra tarik nafas lega bila Arian sudah menjauh darinya. Rentak jantung cuba distabilkan. Aduhai! Seketika mata Ayra naik memandang ke hadapan bila dia rasa sedang diperhati.

Zap!

Mata mereka bertemu. Ayra kelu. Mata Arian masih menikam tepat ke anak matanya.

"Ke... Kenapa awak pandang saya macam tu?" Gagap! Ayra rasa nak tampar mulut sendiri. Dah kenapa tiba tiba gagap pula ni.

Arian senyum. Dia maju setapak. Menghapus semula jarak antara mereka.

"Saja. Nak bagi awak ingat abang." Serentak itu jari telunjuknya mencuit pucuk hidung Ayra.

Huh?

Mata Ayra membulat sempurna. Arian... Gelar diri dia...

Ish! Entah entah dia dah pekak!

"Awak... Apa?"

Arian tahan senyum. Mesti Ayra tak percaya apa yang keluar dari bibirnya tadi.

"Tak apalah. Abang ada banyak benda nak cakap tapi badan ni dah melekit. Abang nak mandi. So..." Arian kulum senyum. Matanya sengaja dilarikan agar tak memandang Ayra. Namun, sesekali reaksi terkejut di wajah itu dikerling dengan ekor mata. Comel!

"So, abang singkatkan. Abang..." Arian dah nak tergelak bila pipi Ayra dah berubah warna. Amboi! Merah sangat tu! Malu ke cik isteri? Hahaha!

"Abang love you, lifeline." Serentak itu Arian kenyitkan mata dan keluar dari dapur.

Ayra rasa lututnya dah lembik. Segera tangannya berpaut pada kerusi untuk menahan tubuh dari melorot jatuh.

Ya Allah.

Dia tak pekak...

Arian bahasakan diri dia abang...

Arian...

Abang?

"Yes, lifeline! Abang love you!" Suara Arian sekali lagi bergema. Serentak itu kedengaran tawa besar lelaki itu.

Lagi lah Ayra rasa nak pengsan. Badan dah serupa sotong tak bertulang. Lembik semacam!

Gelak pun macho!

Eh?

Cringe?

Tu sebab anda semua single!

Farraz duduk di pondok dengan wajah masam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farraz duduk di pondok dengan wajah masam. Sesekali nyamuk yang menggigit mesra kulitnya ditampar kuat. Kelibat opah yang sedang memetik cili di kebun sesekali dikerling.

"Opah! Lama lagi ke? Panas lah!" Farraz melaung buatkan opah berpaling. Terus saja opah buka langkah ke arah Farraz. Bekas berisi cili di letakkan ke tepi.

"Lama lagi. Petang nanti kita balik lah." Opah sambut huluran air mineral dari Farraz. Diteguk sedikit. Peluh yang merinik di dahi diseka perlahan.

"Huh! Petang?" Farraz terbangun dari duduk. Petang? Ni tak sampai pukul satu lagi dia dah kebas punggung.

"Ya, petang. Kamu ni masa kecil kecil tertelan mic ke? Suara mengalahkan speaker." Opah mendengus kasar. Farraz ni kalau bercakap tak reti nak rendahkan ton suara. Asyik terpekik je!

"Opah..." Dah mula dah perangai tiga suku Farraz. Lengan opah digoyangkan. Bibirnya pula tak sudah sudah merengek minta pulang.

Opah picit pelipisnya. Aduh! Memang naya lah dia nak menghadap budak ni. "Kamu pergi petik kacang panjang dekat hujung tu. Lepas tu kita balik."

Opah tunding ke satu arah. Serentak itu Farraz bangun dari duduk. Memecut dia ke arah yang opah tunjuk. Yeay! Boleh balik!

"Hari hari menghadap budak ni mahunya aku goal ke lubang kubur." Opah berdecit kasar. Patutlah Arian mati matian nak Farraz pulang semula ke Kuala Lumpur. Rupanya perangai tiga suku lelaki tu dah jadi berlipat kali ganda.

"Opah! Tak ada pun kacang panjang dekat sini!" Farraz sudah berkerut di bawah terik matahari. Opah scam ke? Dia tak nampak pun pokok kacang panjang dekat kawasan yang opah tunjuk. Hanya beberapa batang pokok pisang berada di situ.

Opah tergelak kecil. Saja nak kenakan budak tu. Naik sakit telinganya dengar Farraz merengek macam anak kecil. "Tahu. Kamu cari lah dekat area mana kacang panjang tu. Selagi kamu tak jumpa, selagi tu tak boleh balik."

Farraz hentak kaki. Opah kenakan dia!

"Farraz doa gigi palsu opah kena gigit tikus! Kena sorok musang!"

Opah tergelak lagi.



Kerana CintaWhere stories live. Discover now