Ayra letakkan mop di tangan. Peluh di dahi diseka perlahan. Sesekali kepalanya menjenguk ke luar tingkap. Mencari kelibat Arian, Farraz dan opah. Arian tengah hari lagi dah keluar. Katanya ada perkara nak diselesaikan. Ayra pula ditinggalkan bersama opah da Farraz. Tak lama selepas itu opah pula keluar. Diheret Farraz bersama. Katanya hendak bawa Farraz ke kebun. Ayra pula tak rasa nak turut serta. Lagi pula Arian dah awal awal tinggalkan pesan agar dia tunggu di rumah sehingga lelaki itu kembali pulang.

Baru saja Ayra hendak labuhkan punggung kedengaran suara seseorang memberi salam. Berkerut hebat kening Ayra. Bagi salam tu normal, yang tak normal dah kenapa orang tu duk panggil nama Arian? Ada orang nak kutip hutang ke?

Langkah di buka menuju ke arah pintu. Kuak saja pintu matanya menangkap kelibat seseorang. Serentak itu Ayra ukir senyuman senget. Tubuhnya selamba disandarkan ke birai pintu.

"Waalaikumsalam. Amboi! Terpekik panggil suami orang." Ayra menyinis dengan wajah jengkel.

Citra merengus. Nak saja dia layangkan basikal ni ke muka Ayra. Panasnya rasa hati! Nak lagi bila dia lihat Ayra dah ukir senyuman mengejek.

"Aku cari abang Arian. Dia ada?" Citra menyoal. Matanya sesekali meliar memandang ke sekeliling rumah. Senyap sunyi tanpa sebarang bunyi. Tak ada orang ke?

"Tak ada."

"Dia ke mana?"

"Tu husband saya. Kenapa awak sibuk nak tahu?" Ayra menyoal garang. Haih! Budak Citra ni karang ada juga yang dia sekolahkan cukup cukup.

"Aku tanya dia ke mana?"

Ayra tarik nafas. Ya Allah, tolonglah berikan aku kesabaran nak hadap jebon ni.

"Citra saya rasa ada baiknya awak pergi balik. Saya tak ada masa nak layan perangai tak senonoh awak ni. Tak malu ke? Datang rumah orang, cari suami orang pula tu." Ayra gelengkan kepala. Bukan niat nak beri layanan teruk pada Citra. Tapi budak sorang ni rasanya tak pernah rasa penampar. Tu yang biadap semacam.

"Kurang ajar. Ni ke perempuan yang abang Arian jadikan bini tu? Perangai berlagak-"

"Dont confuse my personality with my attitude. My personality is who i am and my atittude depends on who you're" Ayra buka langkah menghampiri Citra. Matanya tajam menikam anak mata Citra buatkan gadis itu kelu sendiri. Mungkin tak menduga Ayra seberani ini untuk melawannya.

Citra menolak kasar bahu Ayra. Penumbuk dikepal erat. Geram! Dia sakit hati bila Ayra melawan setiap kata katanya. Dia salah anggap! Dia ingatkan Ayra akan jadi perempuan yang lemah. Tapi tak. Ayra membalas setiap kata katanya dengan lebih tajam dan berbisa! "Kau ingat kau hebat sangat ke? Kau ni perempuan yang entah datang dari ceruk mana tiba tiba kahwin dengan abang Arian. Eh! Entah entah kau ni tak setaraf pun dengan-"

"Your words could not bring me down, dear. Cause I'm the one who picked up myself and I'm the only one who is able to bring myself down." Ayra buat gaya menepis debu di bahunya. Matanya melirik Citra sekelis sebelum gelak kecil dia lepaskan. Psiko!

"The power is 100 percent on me. If you think you can drag me down..." Ayra pandang Citra dari atas hingga ke bawah sebelum bibirnya kembali menyeget nakal.

"Pity you. You're delusional." Ayra kembali berundur. Nak kembali masuk ke dalam rumah. Malas nak melayan perangai perempuan miang macam Citra. Menyebalkan!

"Aku boleh buat macam macam, Ayra. Jangan cabar aku." Citra ketap gigi. Sakit hati. Geram. Marah. Emosinya bercampur aduk. Nak saja dia layangkan penampar ke wajah Ayra. Muka polos itu buatkan kemarahannya nak meletup. Muka polos, mulut bisa! Sangat kontra dengan Arian yang hanya senyap tiap kali ada yang menyembur.

Ayra berpaling seketika. Perlahan kepalanya menggeleng sambil senyumannya melebar. Senyuman tulus ikhlas dari hati. Saja nak menyakitkan hati Citra. "Citra, we are in the same game... Just different levels."

Serentak itu senyuman manis di bibir Ayra mati. Wajahnya kosong tanpa riak. "We are dealing with the same hell... Just different devils."

Lupakan Ayra yang lama. Yang rapuh. Yang mudah sangat sedekahkan air mata. Ini Ayra versi baharu!

Arian terlalu sempurna untuk dia sia siakan. Tak ada sebab untuk dia sia siakan Arian. Lelaki itu buktikan ketulusan cintanya pada Ayra. Buktikan segalanya.

Dan...

Dia akan lakukan hal yang sama.

Mempertahankan hubungan mereka sekaligus meletakkan sepenuh kepercayaannya pada Arian.

"Kau ingat kau dah bagus sangat ke nak sound aku? Kau sedar tak kau tu perampas? Ingat sikit kau tu tak adalah bagus sangat!" Lurus jari telunjuk Citra menunding ke arah Ayra.

"Depan depan nampak baik. Bila dekat belakang, setan pun takut dekat perangai awak ni." Ayra mengomel sendiri. Fun fact nak sedarkan kepala otak macam Citra ni, kita tak boleh berlembut. Kena counter back! Biar dia rasa pedas dan perit bila tergigit cili yang dia tanam sendiri.

"Macam ni lah Citra. Saya ni tak suka nak kasar kasar. Tapi saya rasa eloklah kalau awak tak payah nak berpenat lelah ganggu rumah tangga orang lain. Dalam dunia ni punyalah banyak lelaki. Tak akan lah suami orang juga yang awak berkenan. Apa class jadi perampas, kan? Not your level." Serentak itu Ayra terus masuk ke dalam rumah. Pintu di katup rapat. Penat nak melayan Citra!

"Aku tak habis lagi dengan kau!"

Ayra gelengkan kepala mendengar jeritan Citra. Apa apa saja lah!

"Rabbana afrigh 'alayna sabran. Ya allah limpahkanlah kesabaran atas diri ini." Bisik Ayra. Haraplah Citra tak datang lagi. Penat dia nak sembur muka tembok tu. Tak ada perasaan! Tak tahu malu! Tak reti... Argh! Apa apa sajalah yang penting budak Citra tu menyakitkan hati! Menyakitkan kepala otak!





Sementara cuti masih berbaki ni, bagi saya baik hati nak update tiap hari. Once class dah start, saya kena hiatus balik. Yaaa saya manusia yang tak bijak uruskan masa! By the way, konflik coming soon! Gi beli tisu siap siap sebab saya nak bunuh watak dalam story ni! Oh ya, lagi satu kalau korang rasa tak faham apa yang saya tulis please mention tau! Nanti saya ubah semula maklumlah sabahan saya ni kadang kadang pekat macam sos tiram

Kerana CintaWhere stories live. Discover now