"Sebab... Hm..." Arian capai lengan Ayra. Ditarik merapat.

"Sebab awak kusyuk sangat tengok Farraz. You better look at me. Only me. Understand?" Arian jongket kening. Nak tergelak dia lihat Ayra yang macam nak putus nafas. Alahai! Kasihan!

"Faham!" Ayra segera anggukkan kepala. Bila lah darah gemuruh dia ni nak hilang agaknya?

"Good. Now, let's go." Arian tarik lengan Ayra menuju ke arah sungai. Sentuh saja jemari kaki pada air sungai, Ayra terus paut lengan Arian.

"Sejuknya!" Baru dia mengerti mengapa Farraz duk menjerit sakan tadi.

"Don't worry, you have me. I'm hot." Arian pasang wajah selamba. Ceh! Angkat bakul!

Ayra julingkan mata. "Perasan!"

"Well, science is fake. They say the hottest thing is the sun but its obviously... Me." Bibir Arian mengoyak senyuman bangga.

"Apa apa je lah, suami." Ayra dah penat nak melayan perangai perasan Arian. Makin di layan makin menjadi!

Kaki mereka terus melangkah sehingga paras air mencecah ke leher Ayra. Ayra ketap bibir rapat rapat. Gila sejuk!

"Seronoknya!" Ayra terjerit kecil. Tak pernah rasa mandi sungai, dah rasa ni... Agaknya memang setiap bulan dia paksa Arian untuk bawa dia ke kamlung semata mata nak mandi sungai.

Arian tergelak kecil. Senyap. Masing masing senyap. Ayra pandang dada langit. Redup saja. Tak panas dan tak mendung. Sesekali kelihatan beberapa ekor burung terbang melintasi kawasan sungai. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

Arian pula diam memandang wajah Ayra. Cantik. Pemandangan yang sangat menenangkan.

"Hey wife, wanna play a game?" Suara Arian buatkan Ayra kalihkan matanya. Keningnya diangkat sedikit menghantar isyarat 'apa dia?'.

"Let's stare into each other's eyes." Arian tatap wajah Ayra dalam dalam.

"Jangan pandang saya lah! Pandang tempat lain! Saya malu!" Ayra tolak pipi Arian ke kiri. Sumpah dia rasa nak lemaskan kepala sendiri dalam air.

Arian tergelak kecil. "If i look away first, you win."

Kepala Arian mengalih memandang Ayra. Jemari lembut di pipinya itu ditolak menjauh. "And if you look away first, you win too."

Ayra tergelak sinis. Dah dapat agak permainan Arian. Permainan apa bila kemenangan tetap berpihak padanya?

That bossy things.

Makhluk gatal bak kata Farraz.

"That's funny. So... what will be the reward, husband?" Ayra bergerak ke arah batu besar di belakang Arian. Tubuhnya berusaha melompat ke atas batu tersebut. Tak tahan nak berendam lama lama! Sejuk!

Arian bantu Ayra. Di paut pinggang itu sebelum dengan mudah diangkat dan diletakkan di atas batu. "Me. My royalty, wife."

"If you give me your loyalty..." Ayra sentuh dagu sendiri. Buat buat sedang berfikir.

"I give you my whole life." Rambut Arian yang jatuh ke dahi ditolak ke belakang dengan jemarinya.

Bibir Arian menyinis. "Menarik."

"Huh. Loving me is so simple..." Ayra jongket bahu. Wajahnya selamba saja. Bajunya ditarik sedikit agar tak terus melekap pada tubuh.

"If you love me right... I will give you full access of me. I'm yours. You can order me around, husband." Ayra kenyitkan mata.

Kerana CintaKde žijí příběhy. Začni objevovat