Ayra tayang wajah jengkel. Matanya selamba menjeling Arian. Ayra tarik jemari besar Arian. Ni jari besar besar nak ke mana? Sekali tangan tu melayang ke muka, mahu berdarah hidung. "Tapi tangan ni. Laju je bergerak nak jentik lah. Nak cubit orang lah. Hmph!"

"Tu nama dia love language by physical attack." Arian tarik jemarinya. Kepala Ayra diusap sedikit kasar buatkan wajah itu kembali cemberut.

"Baik awak smackdown je saya!" Ayra tolak tangan Arian. Habis rosak tudung dia! Ni kalau tudung rosak, memang dia calarkan kereta Arian. Biar dia tahu laut pasifik tu dalam ke tak.

Arian ketuk hujung dagu runcingnya sebelum dia tersengih kecil.

That smile...

Look creepy!

"Gonna do that soon, lifeline."

"Susah lah bercakap dengan awak ni. Asyik nak menang je." Malas Ayra nak melayan. Rasanya kesejukan yang menyapa tubuhnya tadi dah hilang dek haba di hati. Bersembang dengan Arian ni kadang boleh buatkan dia sakit hati.

"Then, stop. Kita boleh berbalas surat. Macam dulu."

"Such a sweet talker, sweetest and loveable man i've ever met in this generation." Suara Ayra yang kedengaran sarkastik itu buatkan Arian tergelak.

"Lucky you for having me." Arian jongket bahu dengan wajah riak. Ceh! Angkat bakul pula mamat ni! Ayra rasa nak tolak Arian dekat bendang belakang tu!

Arian menyengih. Matanya tajam memandang Ayra. Tubuhnya bergerak merapat ke arah Ayra. Terundur setapak wanita itu."Cause i have no word that can describe how deeply i'm inlove with you."

Tiba tiba suara Arian berubah lebih lembut. Gemersik menyapa halwa telinga Ayra. Mata Ayra membulat. Gila! Wangian Arian sekali lagi berpusu pusu masuk ke hidungnya. Jantungnya bagai nak tercabut dari soket.

"Stay... Stay away..." Tangan Ayra menahan dada suaminya.

"Why should I, lifeline?" Bibir Arian menyenget buatkan degupan jantung Ayra semakin laju. Dah macam lepas marathon!

"Sebab..." Ayra ketap gigi bila suaranya seakan tak nak keluar, pakej gagap sekali! Tolonglah wahai mulut jangan nak derhaka waktu waktu genting macam ni!

"Sebab?" Senyuman Arian meleret. Jemari Arian menolak helaian rambut Ayra yang terkeluar di bahagian pipi tudungnya. Mungkin terkeluar semasa dia usap kepala itu tadi.  Ayra dah macam cacing kepanasan. Sekejap dia pandang mata Arian. Sekejap dia pandang dada lelaki itu. Boleh tak kalau dia nak kata Arian nampak hot?

"Arian ni pegang pegang pula! Aku ni dah lah ada darah gemuruh kang tersepak lagi mahunya tak ada keturunan." Dalam diam Ayra mengomel di hati. Aduh! Arian ni kalau ye pun nak buat scene romantik tak payahlah buat dekat tengah jalan macam ni! Kalau orang lalu jalan ni sia sia je dapat malu!

"Saya rasa oksigen tak cukup kalau awak dekat dekat dengan saya." Terketar ketar suara Ayra. Sama ada sejuk atau... Takut? Siapa je tak takut dengan aura Arian sekarang? Ni lutut dah ketar ketir tahu tak?

"Hm, don't worry my wife. I know how to do CPR."

"Still-"

"Or did you want more than that?" Arian kembali bergerak merapatkan kedudukan antara mereka.

"Manusia gatal!" Dengan seluruh tenaga, Ayra tolak dada bidang Arian dengan kuat. Ya Allah! Jantung rasa nak luruh. Mukanya pasti saja sudah merah menahan malu.

Terlepas tawa Arian. Boleh tahan kuat tolakan Ayra sehingga dia terundur dua tapak ke belakang. Sebenarnya, ada dua kemungkinan sama ada tolakan Ayra yang terlebih kuat atau Arian yang terlalu leka memandang seraut wajah itu. Huh! Mana mana pun tak penting!

Kerana CintaWhere stories live. Discover now