"Macam ni lah. Layan saya lebih-lebih. Saya rasa tak layak untuk terima layanan macam ni."

"Wait. What you mean? Ayra, awak tu isteri saya. Mestilah saya nak berikan yang terbaik untuk awak." Arian mengerut tak mengerti.

"Awak... Macam ni Arian, kita sendiri tak tahu hala tuju perkahwinan kita. Saya takut kalau ketakutan saya selama ni akan hancurkan awak juga. Saya pernah ditinggalkan. Awak faham kan?" Ayra menunduk. Ini lah yang paling dia takuti. Dia dapat rasakan yang masa lalunya seolah olah mengejarnya saat ini.

Arian senyum. "Tak apa, Ayra. Kita berdua..." Arian cuba fikirkan ayat terbaik saat ini. Dia tak mahu kata katanya membebankan Ayra. Dia inginkan rumah tangga yang harmoni.

"Macam ni, sayang." Arian capai jemari Ayra. Dikucup sekilas sebelum matanya tunak memandang Ayra. Bibirnya menguntum senyuman.

"Kita sama sama ada masa lalu yang tak... Hm, tak begitu baik soal hubungan macam ni. It's okay. Kita bantu satu sama lain. Sama sama keluar dari kegelapan tu. Faham?" Arian usap pipi Ayra. Sungguh, kasihnya tumpah sepenuhnya buat Ayra.

Ayra mengangguk. Seketika kepalanya kembali menunduk. Oh, hati. Tolonglah belajar untuk kuat. "This is the moment i realize that i finally find a green flags man who treats me better than my past did but then... I realized i'm the biggest red flag because all of my trauma and trust issue."

"Hey, no worries okay. You aren’t red flags. You... You just need a bit of time to accept someone after getting hurt. I understand. Don't worry, okay?"

"Lifeline, falling in love was never in my plan before. Until one day i..." Arian ukir senyuman bila Ayra mendongak memandangnya. Mujur saja cuaca tak panas. Redup saja. Jikalau tak, pasti dia sudah basah dek peluh berdiri di tepi kereta sejak tadi.

"Until one day i realized that i love this person so much."

Meleret senyuman Ayra. Dada Arian ditolak sedikit. "Mulut awak manis sangat!"

"Then, you should try my lips."

"Pervert!"

Arian gelak. Seronok dapat menyakat Ayra. Dia suka melihat wajah Ayra yang kian memerah.

"Awak kata, kita bantu sama lain. Memandangkan awak dah act totally like man with effort and hardwork. Then, i guess i should be a woman with appreciation and care." Ayra jongket kening. Wajah selamba dia tayang pada Arian. Buatkan Arian tersenyum kekok sambil mengusap tengkuk sendiri. Janggal.

"Jadi sekarang, awak dah faham kan. Tak ada istilah lebih-lebih dalam layanan saya untuk awak. Awak tak salah. Masa lalu tu banyak mengajar kita. Sekarang saya nak awak percayakan saya. Bergantung pada saya. Paling penting, saya nak awak percayakan diri awak juga. Yakin, yang awak mampu buka hati untuk terima dan percayakan saya and make sure awak tak terlalu merendahkan diri lagi. Cause..." Arian rapatkan tubuh pada Ayra.

"You better love yourself before I do it for you.” Perlahan suara Arian bergema buatkan mata Ayra membulat. Terkejut. Lebih lebih lagi kedudukan tubuh Arian yang sudah merapat dengannya. Pucuk hidung mereka hampir saja bersentuh. Dia dapat tangkap wangian Arian! Gila!

"Noted!" Spontan tubuh Ayra terdorong rapat ke kerusi. Melekap sepenuhnya pada kerusi. Suaranya juga naik sedikit dengan getaran pada suara. Tak kisah lah, yang penting jantungnya rasa nak melompat keluar dengan kedudukan mereka saat ini!

“So, you already love yourself?" Arian peluk tubuh. Namun, separuh tubuhnya masih berada di dalam kereta. Hampir dengan tubuh Ayra.

Laju laju Ayra mengangguk. Ikutkan sajalah. Dia nak Arian jauhkan tubuh dengan segera. Sikit masa lagi wajahnya akan biru dek kekurangan oksigen. Aura Arian buatkan jantungnya berdetak tak normal!

"I guess we love the same person." Arian kenyitkan mata sebelum menjauhkan tubuhnya. Tangan Ayra dicapai sebelum ditarik lembut untuk keluar dari kereta. Ayra kelu. Dia bagaikan dijampi. Matanya mengerdip perlahan namun kakinya setia mengikut langkah Arian.

"Kita singgah makan." Suara Arian buatkan Ayra kembali sedar. Terus saja dia anggukkan kepala. Matanya sempat menangkap kelibat Farraz yang sudah mencapai pinggan. Mungkin bersedia untuk mencapai beberapa lauk campur yang dihidangkan di dalam restoran.

Kemudian, dia pandang pula wajah Arian dari tepi. Lama. Sehingga Arian bertindak mencubit pipi Ayra dengan lembut. Ayra lihat telinga lelaki itu sudah memerah. Mjngkin segan bila Ayra landang terlalu lama.

"Stop dreaming, lifeline. I'm all yours." Arian kulum senyum.

I don’t want this feeling
I can't afford love
I try to find reason to pull us apart
It aint working
Cause you perfect
And I know that you worth it
I can’t walk away

Ayra rasa dia dah boleh terbang dengan semua rama rama di dalam perutnya! Arian versi mulut manis ini buatkan kakinya terasa lembik untuk terus berdiri.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now