Ayra kelu. Arian nak balas dendam dekat dia ke?

"Kalau saya basuh cawan tu boleh?"

"Mesti lah boleh." Arian angguk tanpa ragu.

"Kena guna sabun ke?"

"Mestilah." Arian angguk lagi.

"Oh, kalau saya tambah air dekat cawan tu... Kencing syaitan tadi tu ada lagi tak?" Ayra kerut kening memikirkan.

"Ya Allah, my lifeline! Kalau saya kencing dekat dalam cawan tu then awak tambah air, kencing saya tu ada lagi tak?" Arian picit pelipis sendiri. Ayra ni dah kenapa? Tak masuk tengah hari dah tanya soalan merepek. Memang otak orang baru kahwin ni tak berfungsi dengan baik ke macam mana?

"Ada." Ayra angguk. Wajahnya polos saja buatkan Arian tarik nafas.

"Dah tu?" Arian jongket kening.

"Hehe... So betul lah kena basuh dengan sabun kan." Ayra garu kening.

"Mestilah. Look, kencing saya dengan kencing syaitan tadi tu mana lagi kotor?" Ya Allah, Arian stress! Dah kenapa air kencing jadi topik hangat pula ni?

"Kencing... Awak!" Ayra larikan diri sambil ketawa risau jikalau Arian campak getah paip. Pecah gelaknya. Akhirnya Ayra terbongkok melepaskan tawa di tepi kereta.

"Huh elok buat suami macam tu! I tak tahu! I tak tahu! Selagi you tak minta maaf, I tak tahu! Ya Allah, tengok isteri aku ni! Huh ni dosa awak ni awak tanggung sendiri tau! Tak nak saya tolong." Tudia Arian dah jadi pelakon berbakat. Siap tadah tangan dengan bibir memuncung.

Ayra kerutkan kening. Tak lama sebelum dia kembali tergelak lihat mimik muka Arian.

"Huh, elok lah tu gelak kan suami. Derhaka dekat suami. Nanti Allah balas cash baru awak tahu." Arian cekak pinggang. Buat buat garang.

Tapi Ayra tetap Ayra. Dia boleh sambung bantai gelak! Sungguh siapa sangka Arian yang dia kenal dengan muka skema, kaki advice orang, kerek boleh berubah jadi seorang yang cepat malu dan kaki drama. Ni mesti pengaruh rakan sebaya. Siapa lagi kalau bukan Farraz.

"Petang ni kita balik rumah Umi." Arian tiba tiba bersuara buatkan tawa Ayra mati.

"Huh?" Ayra kerutkan kening. Dia silap dengar ke? Haih! Sejak kahwin dia dia asyik dengar tak jelas je. Kena pergi periksa telinga gamaknya.

"Petang ni kita balik rumah Umi." Ulang Arian sambil melangkah mendekati Ayra. Getah paip sudah diletakkan ke tempat asal.

"Saya... Saya tak nak ikut boleh?" Ayra menunduk pandang kaki sendiri. Bukan nak melawan tapi dia tak sedia untuk tinggalkan Encik Khalid sendiri. Hilang terus gelak tawanya diganti dengan rasa serba salah.

Arian tarik nafas perlahan. "My lifeline..."

"Hm..." Ayra angkat kepala bila jemari Arian menyentuh dagunya.

"Kenapa pula tak nak ikut?" Arian bertanya walhal dia tahu apa yang menghalang gadis itu untuk ikut bersamanya.

"Saya tak sedia lagi nak tinggalkan ayah sendiri." Ayra akhirnya luahkan apa yang terpendam. Kepalanya menunduk. Takut jikalau Arian marah.

Arian senyap. Kepalanya menggangguk perlahan buatkan Ayra kecut perut. Arian... Marah ke?

"Awak... Marah?" Polos. Matanya mengerdip perlahan memandang wajah sang suami.

Arian senyum. Tangannya mengusap kepala Ayra. "Tak."

Ayra angkat wajah memandang suaminya. Cuba mencari jawapan dalam sinar mata lelaki itu.

"Sikit pun tak?" Ayra angkat jemari. Jari telunjuk dan ibu jari dirapatkan sedikit.

"Saya tak marah. Sikit pun tak." Arian tolak lembut tangan itu kemudian digenggam erat.

Arian tarik nafas perlahan. "Saya tak marah. Saya faham perasaan awak dan saya suka bila awak jujur dekat saya tentang apa yang awak rasa. My beautiful wife, teruskan dengan sikap macam ni. Beritahu saya tentang semua yang awak rasa. Saya nak tahu. Saya nak jadi pendengar awak. Saya nak jadi orang yang mampu fahami awak." Arian senyum segaris. Jujur dia sangat perlukan sikap Ayra yang sebegini. Dia percaya bahawa komunikasi dalam rumah tangga tu penting. Dan dia pegang prinsip tu. Sebagai suami dia yakin yang dia perlu tahu dan dengar pendapat isteri walaupun suami merupakan ketua keluarga.

Bergenang air mata Ayra. Memerah matanya menahan sebak. Entah mengapa setiap perilaku Arian sangat menyentuh hatinya. Walhal tak sampai seminggu mereka berada dalam hubungan yang halal tapi hati Ayra dah terikat pada lelaki itu. Terikat mati. Buatkan dia mahu sehidup dan semati dengan Arian.

Lihat wajah sebak Ayra, Arian terus usap pipi isterinya. Dikucup lembut dahi Ayra. "My lifeline, did you know why i always give you forehead kiss?"

Ayra terkebil. Arian tatap mata itu. "It was not only a forehead kiss it was my promise and choice to stay with you, to understand, to protect, to respect and to be loyal to you. I believe that promises are sugar coated lies. So, I'm gonna show you my love cause my action are louder than my words."

Menitis air mata Ayra. Tersentuh dengan setiap ungkapan yang keluar dari bibir Arian. Ayra ketap bibir. Sebak.

"Most of the time people break up, move on and find new people. But it would not happen in our relationship. If you tired or mad with me, then take a nap and come back. We gonna fix it. Together-"

Mati bicara Arian bila tiba tiba saja tubuhnya di dakap erat oleh sang isterinya. Arian ukir senyuman. Tangannya spontan mengusap lembut belakang tubuh Ayra. Jelas, sistem pendengarannya menangkap bunyi esakan. Selembut itu hati Ayra? Hanya dengan kata kata mampu buatkan hati wanita itu luluh.

"Awak... Awak tak perlu buat semua ni untuk saya... Saya-"

"I have to... Cause i want to be a loyal man for you. Just for you. I'm here to build your trust toward man not to destroy it." Nekad. Ya, itu yang Arian sematkan dalam diri sejurus dia bergelar suami kepada Ayra. Arian tahu dan arif yang Ayra punya masalah dengan masa lalunya. Penceraian ibu bapanya dan kisah peritnya dengan Taufik. Dia faham dan sebabkan itu dia nekad untuk pulihkan kepercayaan Ayra pada semua orang.

"Maaf..." Ayra semakin menunduk.

"Kenapa pula nak minta maaf?"

"Maaf sebab bawa awak masuk dalam hidup saya walhal ada banyak kaca yang akan sakitkan awak. Maaf, saya tak mampu jadi yang terbaik untuk awak. Maaf-"

"My lifeline, I don't want you to ruin our future by living in the past. That chapter is closed by me and now I'm gonna open new chapter for you. Maybe... Maybe I'm not the best person in your life but I love you with all my heart. So, don't worry love. I love you. I'm gonna fix you." Lembut nada Arian.

"I don't need a perfect relationship, I just need someone who scared to lose me, respect my efforts, be proud to have me and need me the most. Saya akan buktikan... Bahwa hati ni hanya untuk awak, my lifeline."

Menitis air mata Ayra. Kejamkah dia sebelum ini meletakkan pelbagai syarat buat Arian?

"Shh... Jangan nangis." Arian lap air mata di pipi isterinya.

Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Al- Taubah : 40

"Saya ingat tentang syarat ketiga awak. Jangan risau saya tak akan langgar syarat tu. Saya nak bawa awak ke rumah Umi untuk ambil beberapa barang sebelum kita pergi balik kampung esok."

"Huh? Balik kampung?" Ayra segera pandang wajah suaminya.

Arian mengangguk. "Ya, saya nak bawa awak tenangkan diri dekat sana. Hirup udara segar. Ayah kata awak tak pernah merasa kehidupan dekat kampung jadi ada baiknya saya bawa ke sana. Ke awak honeymoon dekat tempat lain?"

Ayra senyum sambil menggeleng. "Mesti best kan?"

"Mesti lah." Arian mengangguk mengiyakan. Jemarinya mengusap pipi Ayra. Menghapus air mata yang bertandang sebentar tadi.

"Thank you, Arian. You have a place in my heart that no one could ever have." Bisik hati Ayra. Cukup hanya dia dan yang Maha Esa mengetahui apa saja yang dia rasakan saat ini. Bahagia? Alhamdulillah. Dia yakin ini adalah ganjaran untuk peritnya luka sebelum ini. 

Kerana CintaWhere stories live. Discover now